Dinner di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, August 8, 2022

Dinner di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Alkisahnya, 2 minggu lepas mak mertua mama ajak kami semua Dinner di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Dia selalu pergi dengan adiknya dan dia kta makanan kat sini sedap.  Makanya sempatlah kami adik beradik bawa dia ke sini.

Baca juga:


Dinner di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Ini adalah pertama kali mama makan kat sini. Kakak ipar mama yang tinggal di AMpang cakap memang tempat ni sedap dan sentiasa ramai orang. Buktinya masa kami sampai sudah full house tau. So, menunggu lah kami sebab kami datang kan ramai. So, kenalah tunggu meja clear dulu.


Menu Pilihan di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Kami order lauk-lauk berikut ni..

Tomyam tu pilihan mama. Memang sedap sangat. Ada kailan, claypot tauhu dan beef chilli. Semuanya sedap-sedap tau. Bukan kaleng-kaleng rasanya tau.

Ikan sweet sour dan ayam goreng bahagian drummet. Memang sedap yam goreng tu kononnya order untuk budak tapi mak budak pun makan byk hihi. Ikan sweet sour tu pada mama boleh improve lagi rasa dia..

Ayam pandan yang sedap. chicken chop tu mam tak rasa. sedap juga tu kalau tengok rupa dia.

Antara air minuman yang kami order. Teh tarik dan nescafe tarik dia memang kaw dan potion dia memang byk. Cawan tu saiz besar tau. Memang berbaloi. Ramai juga yang order ice blende limau .. eh lupa plak apa tu.. ingatkan budak2 tak suka.. rupanya diorg pun suka.


Senarai Menu & Harga di Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Ini menu dan senarai harga lauk pauk di sini. Macam-macam ada..







Alamak, terlupa nak rotate pula gambar ni.. Korang sengetkan lah kepa ye kalau nak baca ni. Mama malas nak edit dah haha..

Overall experience makan kat sini memang puas hati kecuali ikan sweet sour tu boleh improve lagi rasa dia. Service memang pantas dan pekerja semua takdelah kelam kabut sangat meskipun full house. sabar dan tabah aje diorang melayan kerenah pelanggan. thumbs up. Harga boleh tahan pricey gak so tak boleh makan selalu kat sini hihii. 

Ni senarai menu dan total harga untuk 6 dewasa dan 5 kanak-kanak

Maklumat Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Restoran Cozy House Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Alamat: Lot 10,11 & 12, 3rd Floor, Great Eastern Mall, Jln Ampang, Desa Pahlawan, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masa operasi : dari 11 pagi - 10 malam


16 comments:

  1. dulu biasa makan di Ampang Park, sekarang dah jarang makan di Cozy House dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye dana ada gak cawangan ampang park tapi kak ipar mama cakap branch great eastern ni sedap

      Delete
  2. Sekali-sekala bawak keluarga makan kat tempat sedap apa salahnya. Tak pernah lagi jejak kaki ke Cozy House tapi nampak menarik makanannya.

    ReplyDelete
  3. Tempat feberwt bos ciknur
    kalau ikut dia lunch sini pilihan ciknur kuew teau kongfuu memang sedapp sgt di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa tetiba terasa nak makan kuey teow kungfu la plak

      Delete
  4. Tempat berhawa dingin, mahal sedikit. Asal sedap. Hehe tapi betul bukan selalu boleh pergi makan.

    ReplyDelete
  5. saya yang duduk Ampang pun tak pernah makan sini. lalu je. memang nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ayam pandan. Dua tiga hari ni teringin nak buay ayam pandan, tapi tak terbuat pula.

    ReplyDelete
  7. kata bapa mertrua dulu, makanlah selagi boleh makan. sekarang, betul katanya tu. saya dah tak boleh makan yang fancy fancy...

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap pilihan makanan yang ada.

    ReplyDelete
  9. boleh tahan harganya tu ... untuk berapa org makan tu?

    ReplyDelete
  10. Rasa macam pernah makan kat sini, Keuw Teow KongFo dia sedap..

    ReplyDelete
  11. Hari tu pergi yg dekat ampang point, biasa2 je rasa dia. Next leh try g sini plak.

    ReplyDelete
  12. All time fav ni...Akak pun suka tomyam dia...elok pekat, cukup rasa...eh...tiber rasa nak pi makan situ plak la....kena tunggu BF turun KL la nampaknya

    ReplyDelete

Words of wisdom