Percutian Bajet Kami Di Kuala Lumpur

Seronok sungguh cuti panjang minggu ni. Mula-mula Tu blur juga mama tak tau nak pergi mana. Akhirnya kami pergi jalan-jalan Di KL saja lah. Percutian Bajet Kami Di Kuala Lumpur Kali ni memang jimat Dan pada masa Yang Sama seronok juga. Dari pagi sampai petang berjalan memang terbakar juga lemak tu haha.. jom baca Percutian Bajet Kami Di Kuala Lumpur

Mama memang macam ni. Kalau tak tau ke mana-mana akan pergi ke area Tasik Perdana saja. Banyak tarikan menarik Di kawasan sekitar. Jimat sebab kebanyakannya masuk free Dan kalau Ada bayaran pun murah saja. Parking senang Dan kawasan redup saja sebab banyak pokok. Inilah tempat Yang mama pergi semalam. Mama cerita serba Ringkas saja ye. Kalau Ada masa nanti mama buat entry lain.

Planetarium Negara


Masuk sini free saja tau. Tapi kalau korang nak Naik space pod kena bayar RM 12 Dan kalau nak tengok tayangan planetarium kena bayar RM6 dewasa Dan RM4 untuk Kanak-kanak. Space pod Tu adalah VR space adventure. Tayangan planetarium Pula Ada masanya. Ada beberapa tajuk dan mama pernah tgk tentang the sun Dan Bintang. Memang mcm mengembara ke angkasa lepas .


Banyak tarikan menarik kat sini. Kita boleh tengok misi ke angkasa lepas, fakta sains, dunia dinosaur Dan banyak lagi. Kebetulan sekarang Ada pameran khabar Dari antartika Ada info tentang penguin. Boleh bagi pendedahan tentang dunia sains Dan astronomi buat anak2. Info penting: Hari isnin dia tutup tau.


Muzium Polis

Selepas Tu kitaorang ke muzium Polis Pula. Berdekatan saja dengan planetarium. Masuk sini free saja tau. 

Pemandangan Muzium Polis Dari luar


Boleh lihat kenderaan polis seperti Trak, kapal terbang, motor, basikal pun Ada. Ada pameran senjata dimana dipamerkan senjata rampasan semasa tragedi 13 mei, senjata polis etc. Syafi sukalah sebab byk senjata yg dia jumpa masa dia main game perang Di pc Dan hp. Selain Tu boleh pelajari sejarah tentang penjajahan Dari Portuguese, belanda, British, jepun Dan pameran semasa darurat. Berbaloi ke sini tau. Masuk dah le free. Tapi kalau korang nak menyumbang Ada tabung disediakan di kaunter berdekatan dengan pintu masuk. Info penting: Hari isnin dia tutup tau.


Taman Rama-Rama

Bayaran masuk ke sini cuma RM 11 dewasa, RM6 Kanak-kanak.

Pandangan hadapan Taman Rama-Rama


Berbaloi ke sini kerana banyak Rama-Rama Yang cantik Dan peramah. Sepanjang mama Di sini beberapa ekor Rama-Rama hinggap Di Tangan mama. Peramah Kan. 

Selain Dari Rama-Rama korang boleh lihat ular, ikan, serangga, scorpions Dan binatang lain juga. Ada pameran Berkenaan Rama-Rama, cicada Dan information Berkenaan serangga. Very informative. Yang bestnya kat sini landscape sangat cantik Dan banyak tempat boleh ambil gambar. Tempat kat sini redup saja. 


Muzium Kesenian Islam


Kalau Ada masa bolehlah ke sini. Kami mula-mula Tu nak masuk sini tapi tak jadi sebab perut dah lapar sangat dah. Gigil you haha


Ini antara perkara Yang korang dapat lihat Di muzium Kesenian Islam ni. Masuk sini berbayar RM 14 dewasa Dan RM 7 untuk Kanak-kanak.


Masjid Negara


Selepas berpenat lelah bolehlah  Kita berehat dan solat Di Masjid Negara . Boleh juga melawat makam pahlawan Di sini Di mana terdapat kuburan PM terdahulu Yang sudah meninggal dunia. Alfatihah buat mereka.

Kat masjid ni ramai pelancong Dan Ada juga Yang imitate Kita solat. Semoga mereka mendapat Hidayah Dan menganut agama Islam. Amin.


Penat dah kami. Tu je lah Yang mampu pergi semalam. Sebenarnya, banyak lagi Tempat yang korang boleh pergi Di area situ . Antaranya seperti Di bawah.. kalau korang larat sebenarnya boleh saja berjalan kaki antara satu tempat ke tempat berikut. Masa mama belajar kat UM dulu penah buat tapi dah tua2 ni X larat dah..

Tugu Negara - berdekatan sangat dengan masjid Negara. 

Taman Burung - kalau nak ke sini mama syorkan datang awal pagi sebab Taman burung ni besar. Taman burung ni terbesar Di dunia tau. So, tau-tau je lah Kan. Memang banyak tempat nak jalan Dalam Tu. Pada mama, kalau dah ke sini tak dapat nak pergi banyak tempat lain dah. Separuh Hari confirm habis kat sini.

Taman Botani Tasik Perdana - masuk free saja. Dulu masa mama muda2 selalu ikut aerobic pagi2 kat situ. Landscape cantik Dan sesuai untuk menenangkan fikiran sambil spend masa dgn keluarga.

Taman Rusa - berada Di Dalam Tasik Perdana

Taman Orked - berdekatan dengan Taman burung

Taman Bunga Raya - berdekatan dengan Taman burung

Memorial Tun Abdul Razak - honestly dah banyak Kali lalu lalang kat sini tapi tak berkesempatan nak singgah. Mama teringin nak masuk. Tak tau lah Dalam ni Ada Apa. Ada sesapa penah masuk tak?

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. bestnya dapat jalan jalan, sha punya cuti selang selang haha sedih tul

    ReplyDelete
  2. wow..menarik..

    itulah yang sebaiknya kalau nak bercuti..bajet.

    yang penting anak-anak happy

    ReplyDelete
  3. Best juga dapat jalan-jalan kat sini kan Adda...

    ReplyDelete
  4. Tempat yang mamapp pergi tu semuanya menarik.. ada yang sha pernah sampai ada yang tak pernah..

    ReplyDelete
  5. Wah best juga kat kl ni, selalu duk terjah mall je

    ReplyDelete
  6. lepas ni jalan melaka lak mama :D

    ReplyDelete
  7. org KL, kalau cuti duk rumah..pdhal ada je tmpt2 kat atas ni..haih, dasar sangat tau...menarik gak tmpt2 ni..tapi best kalau bawak budak2...bagi dorang explore...

    ReplyDelete
  8. aida pernah round KL naik hop on hop off.
    tu pun tak turun di setiap tempat.
    rasa nak repeat lagi nanti, in shaa Allah.
    rindu nyer kat KL. 6 thn blaja sana, best!!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post