Review K-Drama Hometown Cha Cha Cha - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, January 20, 2022

Review K-Drama Hometown Cha Cha Cha

Review K-Drama Hometown Cha Cha Cha. Mama decide nak tengokk drama ni sebab nama drama ni selalu disebut-sebut walaupun pada mulanya tak rasa macam nak tengok. Setelah beberapa bulan download barulah ada masa nak tonton. Mama bagi 8/10 bintang. Cerita dia ringat dan heartwarning. Kalau nak relax-relax boleh lah tengok. 


Drama yang sama vibe, Baca ni gak:


Review K-Drama Hometown Cha Cha Cha

pic fari allkpop.com


Tajuk Drama: Hometown Cha-Cha-Cha

Jumlah Episod: 16

Tahun Tayangan: August - October 2021

Genre: Drama, comedy, love

Pelakon: Yoon Hye-Jin (Shin Min-A), Hong Du-Sik (Kim Sun-Ho), Ji Seong-Hyeon (Lee Sang-Yi)


Sinopsis K-Drama Hometown Cha Cha Cha

Mengisahkan Hye Jin seorang doktor gigi di bandar besar Seoul yang mempunyai lifestyle orang bandar, suka beli barang branded, bergaya, outspoken, etc. Satu hari dia berhenti kerja kerana tak sefahaman degan boss dia. Dia menghadapi masalah utk cari kerja di dental clinic lain sebab boss lama dia sebarkan keburukan dia dgn clinic lain. 


Satu hari dia menenagkan fikiran di satu perkampungan di Gongjin. Di situ dia bertemu dengan Du Shik yang nampak rude. Tapi dia terpaksa minta pertolongan Du Shik seperti, pinjam duit, carikan kasut, repair kereta dia yang rosak, etc. Tapi semua permintaan dia tu bukan senang-senang dipatuhi Du Shik. Contohnya untuk dapatkan duit, Du Shik suruh dia siang sotong bersama nenek-nenek kat jeti.


Lama kelamaan dia decide buka klinik gigi di situ sebab kampung ni takde klinik gigi lagi. Tapi disebabkan attitude dia sebagai orang bandar, dia ada masalah berbaik dengan penduduk kampung. Du Shik banyak tolong dia dan akhirnya dia kenal lebih dekat dengan penduduk kampung dan klinik dia mendapat sambutan.


Du Shik ni pula sebenarnya adalah seorang yang lonely tapi dari luaran dia nampak ceria. Dia melakukan serba serbi pekerjaan part time untuk mencari pendapatan. Dia rajin menolong semua penduduk kampung. 5 tahun sebelum tu dia kembali ke kampungnya di Gongjin dan tiada sorang pun tahu kisah dia dan kenapa dia tetiba muncul di kampung tu semula. Dia menyimpan kisah yang tak diketahui oleh sesiapa. Du Shik sebenarnya seorang yang educated, pelajar cemerlang lulusan engineering tapi berakhir dengan bekerja sebagai part timer.. Du Shik dan Hye Jin akhirnya suka menyukai dan mereka saling complement each other walaupun sikap dan sifat mereka sangat bertentangan.




Episod ke episod mengisahkan kisah dan ragam penduduk di kampung Gongjin. Banyak juga adegan kelakar dan mencuit hari. Tiada rahsia yang dapat disorokkan dari penduduk kampung. Seronok bila tengok penduduk kampung yang ada pelbagai personaliti bersatu hati menyelesaikan masalah-masalah di kampung dan membantu sesama mereka. Mesti best kalau dapat jiran-jiran yang kepochi dan saling bantu membantu macam ni. 


Cerita ni adalah kisah realistik sehari-hari. Antara perkara yang disentuh adalah bagaimana perceraian memberi kesan kepada anak-anak, bagaimanakah keadaan membesar tanpa ibu/bapa dan juga mempunyai ibu tiri. Ada juga menyentuh tentang ibu hamil.


Cerita ni membuatkan kita berfikir yang wang dan harta benda tu bukanlah satunya perkara yang memberikan bahagia. Walaupun tak kaya tapi kita boleh bahagia dengan tempat, perkara dan orang sekeliling yang positif. Bila tengok cerita ni macam dimple fiesta pula sebab hero dan heroin ada lesung pipit especially heroin tu adudu dalamnya lesung pipit dia boleh tambuk sambal belacan dalam tu.. Kalau mengandung maunye kenan lesung pipit diorang ni.




Overall cerita ni sweet tapi episod 15 & 16 banyak buat mama menangis. Pada mama cerita ni takdelah terlalu best tapi ia membuka mata kita tentang kehidupan. Bolehlah untuk ditonton sambil berehat dan tenangkan fikiran. Sambil tu cuci mata tengok pemandangan cantik kampung ni. 


18 comments:

  1. plot yg santai..feel good drama..

    ReplyDelete
  2. ringan citer ni. nice. nyaman je tonton nya.
    aida memang folo ari tu. kebetulan je time wfh kan.
    nenek tu, sedih :( hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye aida. nyaman kan. mmg sedih part nenek tu huhu

      Delete
  3. Wah macam menarik juga nie Adda..

    ReplyDelete
  4. Best kan citer dia..syg nak habiskan..citer dia sweet..lepas tu ada sedih yang Nenek tu meninggal tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, cuma pada saya utk fill time ok la layan citer ni. ada lagi yg best tau nanti saya review

      Delete
  5. layan drama ni masa tengah ditayangkan. memang suka la tengok.hihi

    ReplyDelete
  6. suka chief hong, comel je tapi tak expect juga jalan cerita kat hujung-hujung sedih betul tapi best lah drama ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tiara. boleh rasa semua emosi dlm cite ni

      Delete
  7. I enjoy with this kdrama. Sebab tidak banyak suspend macam penthouse. HAHA

    ReplyDelete
  8. Alaaa ketinggalan betul kalau bab K Drama ni. Harap dapat layan drama ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nora. tak dosa pun kalau tertinggal hikhik. jgn lagho je udah. risau gak jadi lagho akak ni hihi

      Delete
  9. aku suka cerita ni.. jadi aku terminat pulak cerita drama korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer pertama kdrama ko ke ta.. ada lagi best tau. nanti baca review kat sini tau

      Delete
  10. Dalam list nak tengok sebab suka Shin Min-ah.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tengok K-Drama ni. Tapi memang trending kan.

    ReplyDelete

Words of wisdom