Review Korean Drama Jugglers - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 1, 2021

Review Korean Drama Jugglers

Review Korean Drama Jugglers. Mama tengok cerita ni selepas tengok cerita Vinsenzo yang pada mama agak berat. Setelah letih tengok cerita Vincenzo maka mama mencari cerita yang ringan, tak perlu fikir banyak dan cerita nyata, bukan cerita pelik-pelik. Lain pula taste mama kali ni kan. Memang tak salah mama pilih Jugglers sebab cerita ni memang light dan rasa tenang aje tak perlu konflik yang terlalu berat. .Mama bagi 9/10 bintang best sangat cerita ni tak sangka mama akan suka. Siap promote kat kengkawan especially kak SA suruh tengok haha..

Cerita ni  tentang dunia di office. Tak sangka cerita office2 macam ni boleh jadi menarik. Kalau nak bina pejabat atau rumah di area Selangor mama boleh rekemen kontraktor.


Review Korean Drama Jugglers


Tajuk Drama: Jugglers

Genre : Romance, comedy

Jumlah Episod: 16

Tahun Tayangan: 2017 - 2018

Pelakon : Baek Jin-Hee (Jwa Yoon-Yi), Daniel Choi(Nam Chi-Won), Kang Hye-Jung (Wang Jung-Ae), Lee Won-Geun (Hwangbo Yool)


Sinopsis Korean Drama Jugglers

Yoon Yi (Baek Jin-Hee) adalah seorang setiausaha  yg bubbly, mahir dan bagus dalam kerjanya. Hobi dia ialah membangunkan forum website bertajuk Jugglers untuk komuniti  setiausaha dan kat situ ada bermacam soalan dan perkongsian jawapan sesama mereka. Satu hari, dia difitnah ada skandal dgn bosnya dan mengakibatkan dia diminta berhenti kerja. Malangnya bos dia yang memang playboy tak buat apa2 utk backing Yoon Yi sebab nak selamatkan jawatan besar yang bakal dia dipegang nanti. 


Yoon Yi akhirnya menjadi setiausaha kepada Chi-Won ( Daniel Choi), seorang pengarah urusan di YB Ad yang dipaksa mengambil setiausaha. Pada asalnya Yoon Yi diambil oleh salah seorang boss di situ sebagai spy Chi Won. Chi Won seorang loner, garang dan tak bergaul dgn pekerja lain. Pekerja bawahan dia semua takut dengan dia. Chi Won ni ada trauma semasa kecil, keluarganya terbunuh dalam kemalangan kereta dan dia adalah satu-satunya yang terselamat. Selepas tu dia terlibat dengan kebakaran yang mengakibatkan pakcik dia meninggal. Kesian juga dengan nasib Chi Won ni. Akhirnya Chi Won menjadi penyewa rumah Yoon Yi sebab nak atasi trauma. Rumah yang diduduki Yoon Yi sekarang adalah rumah yang terbakar masa Chi Won kecil. Tapi hubungan penyewa-tuan rumah ni diorang kena rahsiakan dari rakan sekerja. Bila di rumah Chi Won kena akur dengan syarat2 Yoon Yi.

Sweet scene. Cerita ni untuk 15 tahun ke atas tau

Yoon Yi yang tak putus asa akhirnya berjaya membuatkan boss dia open up. Seronok tengok watak Chi Won berkembang dan sedikit demi sedikit dia menjadi terbuka kepada orang di sekelilingnya. Comel juga Mr Nam aka Chi Won ni. Seronok tengok watak-watak pekerja Chi Won.

Chi Won yang tak sukakan salahlaku office dan kesalahan seperti rasuah etc dia berusaha dedahkan salahlaku dan dijadikan musuh oleh beberapa boss. 

Suka scene ni. Pekerja Mr Nam semua ketandusan kasih sayang boss. Selalu kena marah dan asyik xperfect. Tapi lama kelamaan diorg berani selepas lebih kenal keperibadian Chi Won. Ni scene diorg paksa Chi Won join team dinner lepas Yoon Yi kena transfer dept.. Chi Won down dan stress kerja keras nak jatuhkan org jahat. 



Pada mama, cerita ni membuka minda dan perspektif dalam dunia office dan bagaimana dunia dari kacamata seorang PA. Mama suka sebab walaupun ada konflik, ia menunjukkan kematangan watak utama yang tak cepat melatah. Ia bukan typical reaction yang selalu akan kita tengok dalam drama biasa. Sepanjang episod ada aje adegan lucu dan ada juga menyentuh topik seperti sexual harassment, working mom, etc.


Watak Hwangbo Yool pun adorable juga. Seorang mewarisi jawatan dari ayahnya dan dia takde pengalaman dan sejenis tak cukup kasih sayang juga.


Seronok juga tengok drama berkenaan office politic dan bagaimana team work itu penting dalam kerja. Cerita ni pada mama tak boring dan mama rasa terhibur. Mungkin sebab cerita ni dekat dengan kehidupan mama seharian, bagaimana perspektif kita pada boss akan berubah lepas kita kenal dia, etc. Apapun susah mama nak ceritakan 100% kat sini korang kena tengok sendiri. Ia memberikan definisi pekerjaan setiausaha dari perspektif yang baru. Watak Yoon Yi memang comel suka tengok dia. Soundtrack dia mama suka. Ada yang dah tengok tak cerita ni, komen sket boleh..


8 comments:

  1. hahhaha gelak sy baca sinopsis. sy pun terasa mcm dekat dgn opis life. ok ok. ada ms insya allah nk tgk jg����

    ReplyDelete
  2. hhahaha citer ni ada lawak nya juga...
    tu la sbb dah lama kan, lupa2 dah jalan citer nya :)

    ReplyDelete
  3. Aiguuu~ awat rasa macam tak oernah nampak cita ni. Wajib tengok lawak2 opis life ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ottoke.. haha.. dah terkena demam korea.. best lawak office rupanya baru mama tau

      Delete
  4. Tengok pelakon macam tak familiar pulak. Lawak baca ketandusan kasih sayang boss tu. Ragam pekerja kat pejabat. Best jugak tengok cerita macam ni.

    ReplyDelete

Words of wisdom