Kontraktor Rumah Selangor Nas Nuri Construction - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 1, 2021

Kontraktor Rumah Selangor Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Selangor Nas Nuri Construction. Sebuah rumah adalah keperluan setiap keluarga. Memliki rumah idaman tentulah menjadi impian semua. Kerana itu pembinaan sebuah rumah idaman perlukan perancangan yang rapi. Paling utama adalah pemilihan kontraktor yang terbaik, berpengalaman dan dipercayai. Kontraktor Rumah Selangor Nas Nuri Construction.


Kawasan di sekitar Shah Alam, Sepang, Bangi dan Kajang adalah antara kawasan most wanted untuk membina rumah. Sebab kawasan ni well developed dan dilengkapi kemudahan seperti tempat makan, tempat beriadah, shopping semua ada. Bagi yang ingin membina rumah di kawasan ni mama nak suggest satu kontraktor yang berpengalaman dan dipercayai, iaitu Nas Nuri.


Kontraktor Rumah Selangor Nas Nuri Construction

Sebelum tu mari mama kenalkan dengan Nas Nri, satu construction company milik bumiputra yang boleh di percayai. Buat pengetahuan korang, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman dan ditukar kepada nama sekarang pada penghujung 2009. NAS Nuri Construction Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00. Nas Nuri fokus dalam pembinaan banglo berkualiti tinggi.


Cantiknya pelan rumah ni. Ada 30 Pelan rumah 1 2 & 3 tingkat, design terbaru tahun 2021 korang boleh dapatkan dari webste dawaibesi. Refer link di bawah sekali. 


Mengapa Nas Nuri Dipercayai


Ini antara sebab mengapa ramai yang memilih Nas Nuri.

Kontraktor berdaftar CIDB G5
Kontraktor yang di percayai kerana berdaftar dengan CIDB. Maka, tak perlu lah risau jika projek terbengkalau atau perkara tak diingini berlaku.

Lebih 20 Tahun Dalam Pembinaan Rumah & Dilengkapi Sehingga 3 Tahun Warranty
Pengalaman Nas Nuri memang banyak. Sehingga sekarang 100 banglo telah dibina. Setiap binaan ada 3 tahun warranty untuk Struktur dan 1 tahun warranty untun kemasan. Memang berbaloi kan.

Kualiti Kemasan Mengikut Standard Qlassic & CIDB Binaan
Dalam setahun, Nas Nuri hanya mengambil 15 slot saja, maka dari sini kita boleh tahu bahawa Nas Nuri bukanlah syarikat kontraktor yang mementingkan keuntungan. Mereka lebih mementingkan kualiti. 

Rekabentuk dalaman disediakan dengan kos menarik
Selepas rumah siap, tentu sekali kita teringin memberikan sentuhan terbaik untuk rekabentuk dalaman rumah, kan. Korang jangan risau, Nas Nuri ada sediakan rekabentuk dalaman dengan kos yang menarik. So, bila masuk rumah cuma cuci kaki saja kan. Selain itu khidmat servis selepas jualan juga disediakan..


Contoh Banglo Hasil Binaan Nas Nuri

Berikut adalah beberapa contoh hasil kerja Nas Nuri di sekitar Shah Alam, Sepang, Bangi & Kajang. Seronok mama cuci mata tengok hasil binaan yang cantik-cantik ni. Selain dari Selangor, Nas Nuri ada cover juga Negeri Sembilan. Harap maklum, harga yang dinyatakan di bawah adalah untuk tahun binaan rumah tersebut. 


Shah Alam

Kontraktor Rumah Shah Alam Selangor. Bagi kawasan Shah Alam, urusan untuk bina rumah atas tanah sendiri perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Shah Alam - Banglo 1.

Rumah ini telah dibina di Jalan Kebun Shah Alam menggunakan spesifikasi premium. Kos keseluruhan anggaran RM 900k. Perbezaan antara spec premium & standard terletak pada kualiti & jenama bahan binaan yang dipilih oleh tuan rumah. Contohnya, pemilihan frame tingkap, jenis jubin lantai, dapur, atap genting & toiletries.

Saiz binaan rumah ini dianggarkan seluas 4800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos termasuk pagar)



Shah Alam - Banglo 2

1 unit banglo dibina di Shah Alam (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 730k .Saiz binaan rumah: anggaran 4500kps (binaan menggunakan gov loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar)


Sepang

Kontraktor rumah Sepang Selangor.Jika anda bercadang membeli tapak rumah. Ataupun sudah pun memiliki tanah di kawasan ini & bercadang membina rumah atas tanah tersebut dengan sijil CCC, perlu membuat permohonan dengan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).


Sepang - Banglo 1

1 unit banglo dibina di Sepang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM420k (harga termasuk retaining wall, gabion dan 6% GST). Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan guna gov loan).


Bangi & Kajang

Kontraktor rumah Bangi Selangor. Rumah yang dibina di Bangi perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi binaan yang memerlukan sijil Certificate of completion & Compliance (CCC). Di bawah ini antara banglo yang telah Nas Nuri Construction bina di kawasan ni.


Bangi - Banglo 1

Rumah banglo 2 tingkat ini dibina dengan spesifikasi standard & menelan kos keseluruhan anggaran RM 700k pada waktu tersebut (termasuk binaan tembok serta retaining wall, binaan rumah comply CCC). Saiz binaan rumah: anggaran 4800 kps.



Bangi - Banglo 2

Rumah kedua ini juga dibina dengan spec standard & merupakan banglo paling baru siap dibina oleh kami (pada Ogos 2019). Kos keseluruhan anggaran RM 530k termasuk retaining wall sepanjang lebih 150ka, kerja infra (longkang infra) dan juga pagar.

Saiz binaan rumah: anggaran 2850kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC)



Bangi - Banglo 3

Banglo 2 tingkat ini dibina dengan standard spec dengan kos keseluruhan anggaran RM 420k.Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar dan infra)



Bangi - Banglo 4

Kos keseluruhan untuk membina banglo dua tingkat ini pada tahun tersebut ialah RM 495k (termasuk porch tambahan dan juga tembok). Saiz binaan rumah: anggaran 3400kps.


4 Langkah Mudah Untuk Membina Banglo Berkualiti Bersama Nas Nuri.

Cantik-cantik kan hasil binaan banglo oleh Nas Nuri. Jika korang berminat nak dapatkan khidmat Nas Nuri untuk membina rumah impian senang saja. Ikuti langkah berikut

1. TEMPAH SLOT RUMAH - Hubungi Nas Nuri untuk perbincangan & tempah slot.(Detail Nas Nuri ada di bawah)

2. REKA DAN PERMOHONAN PBT - Reka rumah mengikut kehendak & bajet. Nas Nuri akan uruskan sekali permohonan ke PBT.

3. PEMBINAAN BANGLO - Kontrak disediakan. Pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui bersama.

4. SERAHAN KUNCI - Rumah kini sedia di diami & waranti binaan bermula.


Maklumat Lanjut Berkenaan Nas Nuri

Jika ada sebarang pertanyaan korang boleh hubungi Nas Nuri melalui details di bawah. Tak perlu risau dan ragu, Nas Nuri adalah kontraktor mahir, berpengalaman yang dipercayai. Korang boleh juga visit website Nas Nuri atau dawaibesi. Ada banyak tips dan ilmu perumahan yang boleh kita ketahui kat situ.




NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852 Sales: 019-3487372
E-mel: sales.nasnuri@gmail.com
Website: https://www.dawaibesi.com/
Website: www.nasnuri.com
Facebook : FB Nas Nuri



5 comments:

  1. Bagus Nas Nuri dipercayai dan kualiti diberikan bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cari kontraktor yg boleh percaya skrg ni kan

      Delete
  2. Cantik- cantik banglo nyer...design pun bleh ikut apa yang kita suka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, nak suruh dia design pun boleh..mana2 berkenan

      Delete
  3. Kena beli tanah dulu kalau nak buat rumah banglo nie...

    ReplyDelete

Words of wisdom