Review Kluang Deer Crossing Homestay, Kluang Johor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 17, 2021

Review Kluang Deer Crossing Homestay, Kluang Johor

Review Kluang Deer Crossing Homestay. Tak habis lagi cerita travelog mama merentas negeri aritu. Selepas ke JB, mama sekeluarga pergi ke Kluang pula untuk melawat makcik di sana. Disebabkan kami ni ramai maka tidak lah kami plan nak tidur kat rumah makcik mama tu. Lagi pu la ada orang tua dan budak-budak tentu lah mereka nak selesa kan. Sebab tu kami cari homestay di Kluang. Kami book homestay ni hanya dalam beberapa jam sebelum check in melalui Airbnb. Review Kluang Deer Crossing Homestay, Kluang Johor.

Baca ni juga


Review Kluang Deer Crossing Homestay

Mama sendiri tak tau kenapa hometay ni dinamakan Kluang Deer Crossing. Mungkin ada deer yang cross ke kat sini. Hakikatnya homestay ni terletak di kawasan perumahan. Walau bagainanapun, mama tertarik dengan rumahnya yang bersih dan berkonsep minimalis. Pada masa yang sama pandai owner decorate rumah dia walaupun secara simple simple aje.

Pinjam gambar dari Airbnb. Gambar yg mama ambil ada budak2 kecik tgh main kat area ni. Seronok diorg bermain sebab ada mainan seketul kat sini. Yg warna nerah tu.


Bedrooms

Rumah ni ada 4 bilik. Rumah ni rumah teres aje tapi jenis high ceiling. So, terasa lebih luas.







4 bilik tidur yang selesa dan minimalist ni semuanya ada 1 katil queen dan aircond. Tiada almari bagai, cuma ada rak dan tempat gantung aje. Memang minimalist dan jimat truang.

Bilik air ada 2, satu attached dgn master bedroom dan satu lagi di sebelah dining area dan dapur.


Dining area. Suka tengok cara owner deco dinding. Guna cat saja tapi nampak classy kan. Kat dalam bilik-bilik pun deco dengan cat aje.

Lampu di bilik tidur  pun nampak cantik kan

Ni pula bahagian dapur. Suka table top dia sebab lebar dan tinggi. Kreatif cara buat rak kat dinding atas tu kan. Bolehlah ambil idea nanti.

Kalau korang ke Kluang dan nak cari homestay bolehlah try search homestay ni kat Airbnb. Rumah dia bersih, linens semua OK. Towel dan shampoo//sabun provided.

Kluang Deer Crossing Homestay ni kitaorang bayar dalam RM 334++ untuk satu malam.



12 comments:

  1. Ingatkan mama nampak deer kat sini :P
    Homestay ni nampak kemas & bersihkan? Berbaloi dgn sewaannya.

    ReplyDelete
  2. waaaa cantikkkkkk deko . ida cukup suka deko deko simple macamnii .. tak serabut mata :)

    ReplyDelete
  3. Lawa deko. Haha Rumah luas jadi sebab nmpk tinggi. ^^ Nice sharing mama

    ReplyDelete
  4. Simple but nice deco dia...
    rumah pun nampak luas sebab syiling dia tinggi kan :)

    ReplyDelete
  5. Dengar nama ingatkan dalam hutan. Suka deko minimalis, sesuai dengan homestay. Betul tu mama, kalau ramai-ramai elok ambil homestay. Tak suka susahkan saudara-mara

    ReplyDelete
  6. cantik dan selesa
    sesuai dengan harganya

    ReplyDelete
  7. Cantik dan selesa nampaknya tu...harga pun mampu milik kan...so...bleh la sesapa nak ke Kluang sewa homestay ni

    ReplyDelete
  8. dinding dia yang paling cantik, macam-macam corak dan style dia cat

    ReplyDelete
  9. kalau 4 bilik..besar rumah ni mama. suka cat bilik tidurnya..sweet je

    ReplyDelete
  10. tu la mama suka deco simple rumah ni. walaupun rumah teres aje. boleh ceduk idea kan

    ReplyDelete
  11. Cantiknya kemas dan selsesa. Lebih kurang rumah suami hahahha bolehlah cedok konsep mcm ni.

    ReplyDelete

Words of wisdom