Bila Kau Keje Sorang-Sorang Tapi Ada Pula Yang Teman - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 18, 2021

Bila Kau Keje Sorang-Sorang Tapi Ada Pula Yang Teman

Bila Kau Keje Sorang-Sorang Tapi Ada Pula Yang Teman. Alahai siri mistik "Bila Kau Sorang Nampak" tu hanya sampai episod ke 4 saja dan nampaknya dah mula kelaut. Rasanya ada yang mama dah tulis sikit-sikit tapi masih dalam draft. Sebelum ni mama pernah cerita tentang Madame N yang selalu usik mengusik kitaorang kat opis kan. Mama mention nama manja dia kat sini, masa mama kena kacau dgn dia sekejap  Kisah Mistik 2: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Perempuan Cantik di Sebelah)


Kali ni mama nak cerita sikit tentang "Madame N" ni juga. Setelah lebih 10 tahun bekerja kat syarikat ni, macam-macam cerita sebenarnya kat opis mama. Mama pun dah naik lali dah dengan teguran-teguran manja si N ni. Dia dah ada sejak kami beli bangunan ni lagi. Kira macam pakej sekali la kan haha.. Zaman dulu-dulu  cleaner sampai takut nak bersihkan area tangga pusing tempat N suka bermain, sebab ada yang nampak perempuan rambut panjang duduk sambil menunduk dan rambut mengurai ke bawah kat anak tangga pusing tu. Kat tingkat atas jangan cakap la, lagi la dia galak. Hmm.. perlu ke mama cerita semuanya. Panjang pula post ni nanti. Next time la ye kalau ada kesempatan mama cerita lagi. Baca ni juga:


Mula-mula ingat nak ambil gambar tangga pusing, tapi takut pula keluar menda lain haha. so mama letak gambar ni je la ye..


Alkisah, beberapa minggu lalu mama pergi bekerja di office pada hujung minggu. Mama nak siapkan report untuk bulan sebelumnya. Selalunya mama siap buat report awal tapi bulan tu lambat sikit sebab terlalu sibuk dengan training, event ISO, etc. Maka, mama nekad lah masuk kerja hari Sabtu tu. Mama dah agak dah takde orang sebab staff mama pula kebetulan bercuti hari tu. Mama tau si N ni mesti akan teman mama huhu. Dia memang pantang kalau tengok orang keje sorang-sorang.


First half an hour di office aje dah buat mama berkira-kira macam nak balik rumah aje haha. Sambil mata tengok jam, dan monitor komputer, dengan hati berdebarnya mama berkira-kira nak balik aje.. Kejung badan rasanya. Mana tak, sekejap dengar bunyi laci meja ditutup, sekejap lagi dengar bunyi kerusi ditarik dan kerusi berkeriuk macam ada orang duduk di belakang mama. Selalunya kalau hari biasa pun memang dengar bunyi-bunyi di arah belakang mama tu. Tapi hari biasa ada orang lain kira berani la juga kan.


Mula-mula mama memang tak hiraukan macam biasa. Tapi bila kekadang bunyi tu dtg tiba-tiba dan agak kuat, mama tertoleh juga ke belakang. Mana tau ada yang baru sampai kerja ke. Bunyi-bunyi tu memang macam orang baru sampai office., buka laci dan duduk di kerusi Berulangkali dan berselang seli bunyinya. Hmm... sabo je la. Akhirnya mama buat derk ajer dan sambung buat report mama. Lantak ko la N. Aku nak siapkan report.


Alhamdulillah lebih kurang kul 10.30am sorang kawan mama datang keje. Walaupun dia duduk di area lain tapi kurang la rasa keseorangan tu kan. Dan pukul 11 pula ada sorang lagi datang. Dia pun duduk tempat lain. Maka, pada pukul 1 tu setel la kerja mama sambil ditemani si N. Lantak la dia main apa kat belakang tu, bior je la. Sabo je kan..


Si N ni kalau ada orang pun dia selalu kacau tau. Especially selepas waktu kerja sebab time tu dah masa dia nak masuk keje pula kot. Sampai mama dan kengkawan boleh ngata dia depan-depan aje. Selepas waktu keje ada yang ajak kawan teman kalau nak stay back. Sejak PKP dulu sampai sekarang kami selalu dengar dia main mouse. Area tempat duduk mama tu cuma ada 2-3 orang aje dan selainnya banyak berada di plant. Terang-terang kami dengar bunyi orang klik mouse dan tekan keyboard. Mula-mula mama ingat mama sorang aje dengar, tapi akhirnya bila ditanya pada kawan mama, dia pun dengar juga.. 


Setakat ni mama dan kengkawan tak pernah nampak si N ni, tapi kami selalu dengar bunyi-bunyi, ada yang N tegur dan ada yang nampak kerusi bergerak dalam bilik yang gelap bertutup. Mama pun pernah dengar suara dia masa nak masuk bilik air dulu, di "tegur" nya mama tau. Kuat mengusik betul la ko N hihi...  setengah hari juga mama tak guna tandas yang terletak di bawah tanggal pusing tu. Tangga pusing tu memang semacam.. Sejak tu mama memang beringat bila nak masuk bilik air tu. Buka pintu perlahan-lahan takut dia ada belakang pintu lagi dan baca doa siap2. OK tu je la nak cerita kali ni.. babai.


Psst.. mama ada pengalaman si penyakat mcm si N masa duduk di hostel dulu. 2 tahun kot duduk dengan "dia". Yang tu jenis kuat mengemas pula. Sebab tu mama macam dah lali dgn si N ni sebab perangai diorang sama. Nanti kalau ada mama ngumpat pasal dia tu pula ye.


21 comments:

  1. OO..nasib baiklah si N tu tak tunjukkan diri setakat kacau-kacau gerakkan mouse gan keyboard je kan. kalau tak aishhh tak dapat bayanglah kita pun risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ciktie, kalau tunjuk dirinya tu kalau lawa takpe hikhik. takut tak lawa je

      Delete
  2. alamak.. best pulak ceta mdm n ni... mesti habiskan part lain jugak.. memula ingtkan mdm n ni colleague mama.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Takde dipanggil org alim2 ni ke ajak N dan kawan-kawan tu gi main tempat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah terfikir ammi. agaknya sebab dia pun x ngacau sgt. dia share tempat aje hihi

      Delete
  4. seriau lak akka ni, dana kalau bunyi laci kene tarik biasa dengar kak dari arah bilik bos, terutama bila boss dana meeting kt luar or oustation lama lebih sehari mmg ada la bunyi... pastu nak ilang rasa takut dana akan bukak bilik boss tu dan bilik dana sekali... biar kurang rasa seramnya huhuhu...

    tapi yg si N akak tu macam lain macam galaknya, kalau dana memang idokla nak datang opis sendiri.., nnti akak tunjukla cemana rupa tangga pusing tu, amik gambar waktu siang hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca komen dana ni terus naik bulu roma haha. tak berani nak ambil gambo tu dana oi. berani juga dana buka pintu bilik boss.. tak takut dia keluar ke

      Delete
  5. Seram pulak baca cerita mama ni. Pernah jugak nampak benda-benda cenggitu tapi idaklah sampai kena sakat sampai macam tu sekali😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalalu nampak lagi teruk syu. share la cerita

      Delete
  6. aaa bestnya dapat hantu suka mengemas! Seram jugak ea ada si N tu dekat office, susah nak buat kerja sebab dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye la tu farhana. mcm dia ngemas betul2 haha. kalau tak senang la kan ada bibik x berbayar

      Delete
  7. semoga takda lah yg mengundang ke-seram-an di tempat keja ni. hahaha

    ReplyDelete
  8. Uish seram jugak. Kalau saya pakai earphone la Mama kalau duduk sorang-sorang tu. Cmane lah si N tu boleh sesat kat opis Mama. Teringin nak bekerja jugak kot. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pakai gak earphoone sal, dengar zikir bagi. tapi galak aje dia kat belakang tu haa

      Delete
  9. kena pagar ofis mama tu drp gangguan makhluk halus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti la abe, ni jenis jin atau apa. sebab rasanya memang dia duduk sini

      Delete
  10. Kat opis akak pun selalu..cukup masa shift depa nak masuk macam- macam bunyi keluar..kadang tgh leka buat keja tetiba rasa angin sepintas lalu terbang rambut kita...erm..kalau dah cenggitu....terus capai bag...balik jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasat gak opis akak, selalu macam tu la kan, kena sakat terus kita takde mood nak keje kan

      Delete
  11. Allahu.. takut pulak baca Adda oii.. huhuhu..

    ReplyDelete

Words of wisdom