Kisah Mistik 3: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Lembaga Hitam dalam Bilik air)

Kisah Mistik 3: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Lembaga Hitam dalam Bilik air). Dah sampai episod ke 3 dah siri Kisah Mistik Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu. Kali ni mama nak cerita pula pengalaman terjumpa lembaga hitam dalam bilik air. Kalau korang ada pengalaman macam ni share la kat komen ye.

Sambil-sambil tu baca ni juga:


Kisah Mistik 3: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Lembaga Hitam dalam Bilik air)


Kisah ni terjadi semasa mama di sekolah menengah. Mama tinggal di asrama dan perkara ni terjadi semasa bulan Ramadhan. Tak ingat pula masa form berapa.

Alkisah, selepas makan sahur di dewan makan dalam pukul 3 pagi, mama masuk ke bilik air yang terletak di hadapan dewan makan. Bilik air dan ground floor ni selalu black out. Nak dijadikan cerita pagi tu pun dia blackout. Mama guna tandas yang terletak di tepi sekali so that cahaya dari dewan makan boleh membantu sikit pencahayaan kat tandas tu.


Gambar hiasan aje. Untung la kalau toilet asrama cam gini hihi. Sejak dulu mama selalu dapat nightmare tentang toilet asrama tau.. Bukan nighmare hantu, tapi nighmare toilet yang "bersihhhhh" sangat. huhu. Ngeri betul mimpi tu, kalau bangun tidur mesti terbayang-bayang, x move on.


Tandas yang mama guna ni macam tandas di asrama, korang boleh bayangkan kan. Sederet dengan tandas yang mama masuk tu ada lebih kurang 5-6 tandas semuanya dan dinding tandas tak tutup sampai ceiling. Means that kita boleh tengok bahagian atas tandas sebelah tu.

Selepas mama dah setel berhajat kat situ, mama pun hulurkan tangan untuk buka pintu. Sambil berdiri, secara tak sengaja mama terlihat di bahagian atas tandas sebelah. Mama nampak satu lembaga hitam yang besar sedang bergerak dengan cara menurun dari atas ke bawah. Pergerakan yang perlahan saja. 

Mama cuma nampak bahagian atas / "kepala" dia saja tapi kalau ikut saiznya, rasanya penuh satu toilet dengan "badan dia" tu. Lembaga hitam tu memang besar,  rupa dia macam batu sungai berwarna hitam tapi saiz dia lebih besar dari orang, malahan lagi besar dari saiz tandas tu sendiri. Bahagian yang mama nampak tu agak lonjong dan besar dan hampir kena ceiling tandas dah...

Sambil mata tengok dia, dan sambil nak buka pintu bilik air untuk keluar, sempat mama bermonolog dalam hati "EH, BULAN PUASA PUN ADA KE?". Sempat pula mama rasa pelik di situ haha..

Selepas mama keluar dari tandas, ada beberapa kawan kat depan toilet dan mama tanya pada diorang, ada orang ke kat tandas sebelah? Diorang kata takde. Tandas tu memang kosong. Tandas nombor 2 tu memang jarang orang guna sebab pam dia rosak. Sempat mama jengah toilet no 2 tu, memang takde apa.. 

Erkk.. Ada yang menumpang toilet agaknya kot. Tapi bulan puasa pun dia ada ke.. Penampakan ni tak menyeramkan mama tapi menerbitkan rasa pelik pula di hati. Sesungguhnya di bulan Ramadhan itu benda2 tu masih ada. Mungkin jin kot.


p/s: Kalau korang baca kisah mistik mama ni, mama selalu diserang rasa pelik setiap kali jumpa benda2 tu kan.. Uish, ke mama ni je yang pelik, ntah ler..


OK, tu je lah kisah mistik mama no 3. Tunggu kisah no 4 pula nanti ye. tataa..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. fuh seramnya! besar betul saiznya tu!

    ReplyDelete
  2. Jin itu suka tempat kotor.
    Memang seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jin kan. bulan puasa jin x kena ikat kan

      Delete
  3. beraninya mama. kalau saya lah, puasa ke tak puasa memang akan ajak member ramai-ramai teman. haih, horror kat tandas asrama ada banyak jenis. kalau punca dia manusia memang geli geleman satu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish mama ni tak berani mana sal. ada kawan-kawan lain dalam bilik airu tu. bukan mama sorang

      Delete
  4. dana ni kak penakut memang tak boleh cakap, tapi mujurlah masa dekat uitm jengka dulu tu pernah kene usik sekali jelah... lepas tu takde dah kalau tak mau la nangis ku takmo duduk asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. cu citer dana kena usik cane. boleh share2 story hihi.. kalau duk asrama mmg macam2 kisah ada kan.. belum lagi kes histeria

      Delete
  5. seram juga jika nampak..baca doa..pada Allah mohon dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam bilik air cane nak baca doa etuza hihi

      Delete
  6. Seram pula. Tu la bulan puasa pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg buat mama pelik naniey.. agak pelik kan

      Delete
  7. Replies
    1. Cerita pasal mimpi ni mama ada satu mimpi yamg pelik sangat tau ad huhuu

      Delete
  8. Ada sorang kakak senior coursemate ammi selalu gak nampak benda camni. Terus terbayang muka dia yg cantik putih2 merah tu

    ReplyDelete
  9. Bila baca cerita mama nie dengan kisah yang lepas², mungkin mama ada sixth sense cumanya semangat mama kuat..😊Baca ayat pendinding,mohon perlindungan dari Allah, Insha Allah mama akan selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke shikin. tak pasti pula. kalau betul 6th sense mesti selalu sgt nampaknya kan. mama ni jarang-jarang nampak. apapun tq ye memang kena amalkan ayat pendinding dan berserah kpd allah

      Delete
  10. Toilet sekolah memang tempat yang menyeramkan. Pernah mengalaminya dibulan puasa. tapi masa tu kecil lagilah sekolah rendah. Balik terawih dengan kawan, sampai kat tepi pokok besar ada satu lembaga besar berbulu sama tinggi dengan pokok menghalang jalan. Lari bawah kaki dia dan masing masing menjerit Allahuakbar berkali kali. lintang pukang lari balik rumah. Dahlah balik awal sikit dari jemaah lain. Memang tak ada orang lain kecuali kami. Bila ingat balik rasa kelakar dan terfikir juga, bulan puasa pun ada jugak hantu ye. Pelik juga. Harapnya itu hanya ilusi tapi trauma jugalah takut dah nak pergi masjid kena ada teman orang dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuuu seramnya fiza oii, kalau mama sampai skrg trauma, x boleh gelak. makhluk besar berbulu? mcm hantu raya kalau baca penerangan fiza tapi dia keluar bulan puasa pula ye.. pelik juga tu.

      Delete
  11. uiiish pendek jer ceritanya tapi mampu menyeramkan hehehe tegak bulu tengkok sis. sy selalu jgk alami perasaan mcm ada yg memerhati. nanti sy cerita dlm blog. Bagus entry mama, pencetus idea content blog huahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram ke ct? mcm tak seram je hihi.. nanti bila dah up cerita seram kat blog bgtau la mama. nak baca hihi

      Delete
  12. Uish mama, cakap pasal toilet asrama walaupun saya tak pernah kena perkara begini sepanjang berada di asrama. Tetapi saya ada satu habit kalau saya pergi tandas pagi pagi 3 dan 4 pagi, saya mcm akan pergi dengann tenang tetapi lepas saya selesai saya akan berlari ke bilik sebab saya takot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar nasia ni.. tapi mmg la lepas dah lega tu mmg cepat2 nak balik ke bilik kan. masa tu baru terasa seram hihi

      Delete
Previous Post Next Post