Review D'Skyview KSL Esplanade Residence, Johor Bahru, Johor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, October 27, 2021

Review D'Skyview KSL Esplanade Residence, Johor Bahru, Johor

Review D'Skyview KSL Esplanade Residence, Johor Bahru, Johor. Seperti yang mama beritahu dalam post ni [ Travel Secara Tak Sengaja], mama sekeluarga telah travel merentas 3 negeri. Tempat persinggahan pertama kami adalah di Johor Bahru. Memandangkan Yang pergi ramai, maka Kami pilih Airbnb Yang Ada 4 bilik ni. Review D'Skyview KSL Esplanade Residence, Johor Bahru, Johor.


Review D'Skyview KSL Esplanade Residence, Johor Bahru, Johor

Yang bestnya tentang D'Skyview KSL Esplanade Residence ni ialah town view yang cantik Dan tempat shopping Di Dalam bangunan yg sama. Kami stay Di tingkat 35 Dan memang terasa mcm melayang aje masa baru sampai.. gayat mama. Pelan 4 bilik dan ruangan keseluruhan rumah ni mmemang nampak modern dan convenience.


Tapi bila melayan scene yang mcm ni terasa indah sangat dan rasa kosong minda


Pemandangan dari balcony Di waktu malam. JB town. Boleh nampak org main drone juga

Airbnb dengan 4 Bilik Tidur Dan 3 bilik Air


Ini adalah gambar 4 bilik. Semuanya spacious especially master bedroom Tu dah mcm suite dah tau. Besar sgt. Setiap bilik ada aircond, linen semuanya bersih dan comfy.

Ini bilik air

Kawasan dapur dia pun besar, siap Ada ruamgan outdoor yang Ada washing machine serta satu lagi toilet. So, total toilet di rumah ni sebenarnya Ada 4.




Ruamgan balcony, dining dan living room yang cantik dan minimalist. Area dining dan living room pun Ada aircond. Menggigil bila on semua aircond tau.


Ni pool di waktu siang. Rasanya masa ni pool KSL tak dibuka lagi. Pool sebelah tu je  yang dibuka

Keesokkan harinya hujan renyai2 Di pagi hari diikuti angin yg boleh tahan kuat juga oa. Ngeri mama bila duduk kat balcony waktu tu. Rasa macam nak terbang. Tak lama lepas tu tetiba nampak pelangi. Subhanallah cantik sgt.



Overall memang puas Hati stay kat sini. Walaupun kami yg kesemuanya 10pax ni besar bilangannya tapi dengan rumah yang luas mcm ni memang sangat selesa. Kalau nak book kat sini dia Ada private lif Dan setiap tingkat Cuma Ada satu aje kondo. Memang privacy kan.


View cantik, rumah modern Dan very spacious. Kami book dgn harga RM 440 melalui Airbnb

Wuwu.. cantikmya.. I love you Mr 🌈. 

13 comments:

  1. Ok bagus sekali ramai-ramai boleh duduk.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pemandangan dari bilik

    ReplyDelete
  3. cantik tempat dia.. boleh pergi nanti

    ReplyDelete
  4. Luas dan cantik. Puas hati dapat tempat macam ni

    ReplyDelete
  5. Harga tu berbaloi kalau ramai yang stay. Cantiknya pool dia dari atas.

    ReplyDelete
  6. Wah cantik menarik....pelangi tu indah sangat...

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat tengok pelangi, memang cantik sangat walaupun angin sebelum tu mengerikan hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak terbang farhana hihi.. tingkat 35 kot

      Delete
  8. Cantiknya view tapi gayattt. Tkt.35. Susun atur & dekorasi dalam residence pun cantik. Nampak besar & selesa..

    ReplyDelete
  9. Bestnya Adda.. memang puashati kalau dapat tempat cantik, luas dan bersih macam nie. Berbaloi sangat dengan harga..

    ReplyDelete
  10. mmg puas hati tinggl kat unit ni. walaupun tinggi tapi sesekali syok gak dgn view yg amazing gini

    ReplyDelete

Words of wisdom