Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, November 19, 2021

Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh

Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh.  Mama percaya kita semua tentu mencuci telur sebelum dimasak kan. Tertanya juga Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh? Especially jika telur itu nampak bersih, tanpa najis di luar kulitnya.. Mari sama-sama kita baca jawapan dari Mufti WP ni.

Baca ni juga:





Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh

Jawapan:

Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam. Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya. Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam makanan berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya. Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.


Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:

“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”

Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)


Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya. Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.


Sumber: www.muftiwp.gov.my


16 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.

    Saya tetap basuh walaupun tak nampak najis. Sebab tahu telur-telur tu semua berkumpul kat kawasan najis ayam.

    Pernah tengok orang jual burger basuh dan siap lap lagi telur ayam sebelum guna. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bagus org burger tu. utamakan kebersihan

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian. memang dah jadi habit untuk basuh.

    ReplyDelete
  3. Di rumah memang basuh. Luar pula kalau boleh elak beli makanan ada telur goreng.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi entri nie Adda. Kak Sue memang akan basuh sebelum simpan atau guna..

    ReplyDelete
  5. Dah ada orang buat perniagaan basuh telur sekarang ni

    ReplyDelete
  6. kena basuh dulu takut ada kuman melekat kat kulit telur tu...

    ReplyDelete
  7. tapi yang kita selalu tak teliti ialah telur sebaiknya dibasuh sebaik sebelum guna.. bukannya selepas beli.. sebab ada layer of protection pada telur yang belum dibasuh untuk elak telur cepat rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga terdengar ni hamidah. mama memang selalunya nak masak baru basuh. baru-baru ni mama cuci dah simpan dulu. memang ada bezanya. tq for sharing ye

      Delete
  8. yes..memang basuh dulu. Dulu ammi beli je terus basuh dan simpan. Tapi ada yang kata nanti hilang selaput kat kulit telur tu..so sekarang nak pakai baru basuh.

    Mana-manalah janji basuh.

    ReplyDelete
  9. saya lebih suka mencuci telur daripada membiarkan begitu sahaja

    ReplyDelete
  10. Ana akan cuci dulu kak. Risau bab keselamatan dan kesihatan akibat najis tu.

    ReplyDelete
  11. mmg ramai yg basuh dulu kan utk kebersihan

    ReplyDelete

Words of wisdom