Review Korean Drama Memorist - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, November 20, 2021

Review Korean Drama Memorist

Review Korean Drama Memorist. Sebenarnya cerita Memorist ni mama tonton dah lama, sebelum I Am Not A Robot lagi [Baca ni Review Korean Drama I Am Not A Robot ]. Melalui cerita Memorist ni mama kenal pelakon lelaki Yoo Seung-Ho.. Disebabkan cerita ni lah mama tengok cerita I Am Not A Robot. Memang mantap lakonan dia dan rupanya budak lagi dia ni. Review Korean Drama Memorist.

OK  juga cerita ni macam satu big puzzle untuk mencari dan menyelesaikan kes pembunuhan bersiri. Mama bagi 8.5/10 bintang.


Review Korean Drama Memorist


Tajuk Drama: Memorist

Jumlah Episod: 16

Tahun Tayangan: 2020

Genre: Thriller, Misteri, Action, Supernatural

Pelakon: Yoo Seung-Ho (Dong Baek), Lee Se-Young (Han Sun-Mi), Cho Seong-Ha (Lee Shin-Woong)


Sinopsis Korean Drama Memorist

Berdasarkan webtoon, drama ni berkisahkan Dong Baek seorang detektif superstar polis yang terkenal kerana mempunyai kemampuan luar biasa.  Dia boleh membaca memori seseorang dengan cara sentuhan. Dia dapat scan memori siapa sahaja yang disentuhnya. Dia banyak menyelesaikan kes-kes polis dengan kebolehan dia. Cuma satu aje, dia ni baran dan selalu tak dapat kawal kesabaran. Setiap kali discover kejahatan seseorang dia mesti nak pukul orang tu. Ramai yang suka dia dan ramai juga yang membenci dia. Dia banyak selesaikan kes-kes polis especially kes susah2.

Suka hubungan team Dong Bark ni especially captain yg selalu payung dia.


Dia sebenanrnya hilang memori masa dia kecil dan ditemui polis di stesen keretapi bernama Dongbaek, sebab tu la lekat nama dia Dong Baek tu. Memori paling awal yang dia ingat dan selalu mimpi adalah satu pembunuhan seorang perempuan dan dia rasa perempuan tu adalah mak dia. 7 tahun lepas dia berkenalan dengan seorang perempuan yang selamatkan dia dari bunuh diri dan bantu dia untuk bangun semula dan terima kebolehan dia. Tapi perempuan tu hilang pada satu hari sehingga kini.



Han Sun mi pula adalah seorang profiler yang genius. Dia adalah seorang pegawai polis yang menjadi peguam untuk mencari kebenaran mengenai pembunuhan ayahnya 20 tahun yang lalu. Apabila berlaku satu kes pembunuhan bersiri, Dong Baek bekerjasama dengan Han Sun mi untuk menghentikan pembunuhnya dan mencegah kematian selanjutnya. Dalam proses tu, kebenaran tentang masa lalu mereka mula terungkap sedikit demi sedikit. 


Dari setiap episod kita akan lihat bagaimana mereka selesaikan kes-kes pembunuhan dan mengejar untuk menangkap orang jahat. Banyak plot twist dalam cerita ni. Cerita ni macam satu puzzle besar yang ada banyak puzzle kecil-kecil . So, bersedialah korang untuk perah otak sikit2 haha. Penat juga nak fikir dan fokus, tapi mama suka. Kalau tak fokus memang pening jadinya. Selain dari pembunuh bersiri tetiba mereka berjumpa satu penjahat lain pula yang dikenali sebagai Eraser yang boleh menghapus /dan memanipulasi memori. Lagi la sukar Dong Baek dan Su Mi nak cari penjahat yang sebenar.


Eraser. Memang misterius dan scary dia ni. Sebab dia boleh manipulate dan sebabkan kita tak tahu nak percaya atau tak memori orang tu.

Tapi nanti identiti sebenar Eraser akan terbongkar dan mama sendiri tak dapat nak agak siapa Eraser ni. Cerita ni menarik kerana penuh dengan teka teki dan misteri. Pada masa yang sama ngeri juga tengok pembunuhan bersiri dilakukan, ganas!. Cerita ni langsung takde elemen romantik tapi ada elemen komedi. dan byk juga action Pelakon semua best-best. Mama suka subordinates Dongbaek yang setia dengan dia.


8 comments:

  1. Macam menarik nie Adda.. Kak Sue tengah layan k-drama baru My Name. Suka gila cerita tu..

    ReplyDelete
  2. Boleh layan ni. Ana suka cerita2 mcm ni. Nk hbs layan drama korea lama yg ana tgk skrg ni dulu. Hehe

    ReplyDelete

Words of wisdom