Coffee Lover: Cuba Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor Pula - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 22, 2021

Coffee Lover: Cuba Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor Pula

Coffee Lover: Cuba Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor Pula. Sebagai penggemar kopi mama dan en hubby memang selalu explore kopi-kopi di sekitar Shah Alam ni. Baru-baru ni mama try minum Kopi Hainan pula, beli di Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor. 

Sebenanrya dah lama mama nampak Kopi Hainan bila  ke mana-mana. Ramai yang jual kopi Hainan tapi baru ni mama baru tergerak hati nak beli. Tu pun sebab kehausan gila, mama tak sempat nak minum air selepas setengah hari ke hulu ke hilir setelkan beberapa perkara hari tu. Baca ni juga: 


Kopi Pilihan di Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor  

Mama beli Kopi Hainan Premium yang berharga RM 6, Versi premium ada karamel dan cream dia atasnya. Kalau kopi Hainan biasa  harganya RM 3. Murah aje kan.

Inilah kopi Hainan premium mama.

Besar bekas dia kan. Tak habis minum, mama bawa opis sebab masa ni mama cuti halfday. Rasa kopi sedap juga boleh diterima tekak mama. Bila di mix dengan sedikit karamel dan cream tu lagi la sedap. Walaupun mama minum banyak-banyak, tak sakit kepala pun macam sesetengah kopi tu. Alhamdulillah kena dengan taste mama.


Maklumat Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor

Berikut ialah Maklumat Kopi Hainan, Seksyen 2 Shah Alam, Selangor.

Kedai ni bersebelahan dgn Muiz Hot Chicken di Seksyen 2 tu.

Kopi Hainan Seksyen 2 Shah Alam

Alamat: Jalan Bunga Ros 2/17, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa beroperasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 12 tgh hari - 6:00 petang
Telefon: 017-283 6823


11 comments:

  1. Ammi pernah cuba tapi ammi tak gemar kopi kalau ada cream, caramel bagai ni.
    setakat ni kopi darjat (option karim) plg ammi suka sbb pahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ammi suka kopi yg biasa buka jenis fsion ye. waa nak kena cari ni kopi darjat

      Delete
  2. Kopi faveret anak-anak Kak Sue nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah boleh geng la. sedap saya pun suka kak sue

      Delete
  3. Dekat sini pun ada kopi hainan. Ramai juga kata sedap dan mewah rasa dia. Rasa nak cuba plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk jual la kopi hainan senang nak jumpa ana

      Delete
  4. In trend jugak kopi hainan ni. Belum try lagi

    ReplyDelete
  5. Murah! Nanti kena cari kopi Hainan.

    ReplyDelete
  6. iye kopi ni murah dan rasa dia pun sedap. try la korang

    ReplyDelete

Words of wisdom