Betul Ke PPV MMU Cyberjaya Dah Tutup? Vaksin Remaja - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, October 28, 2021

Betul Ke PPV MMU Cyberjaya Dah Tutup? Vaksin Remaja

Betul Ke PPV MMU Cyberjaya Dah Tutup?.Alhamdulillah semalam sudah selamat anak mama ambil 2nd dose vaksin remaja. Setel dah budak tu cuna tunggu 14 hari je lagi utk fully vaccinated. Sejak mama post berkenaan vaksin remaja di sini [ Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja di PPV MMU ], ramai sebenarnya kaum ibu-ibu yang pm mama. Ramai yang keliru berkenaan dengan PPV MMU yang dikatakan sudah tutup. Betul Ke PPV MMU Cyberjaya Dah Tutup?

Alang-alang dah ke PPV MMU semalam, maka sempatlah mama tinjau-tinjau tentang hal ini. Semoga dapat clearkan dan menjawab pertanyaan ibu bapa dan orang-orang lain yang nak ke PPV MMU. Tentu sekali sesiapa yang tinggal di Selangor dan KL mencari-cari info ni kan. 


Dah Setel 2nd Dose Vaksin Remaja Anak

DTC MMU Cyberjaya. 

Proses yang smooth dan teratur


Syukur urusan kami dipermudahkan semalam. Walaupun ramai anak remaja yang ambil dos kedua vaksin semalam tapi proses berjalan lancar dan teratur. Dalam masa setengah jam anak mama dah selamat menerima vaksin. Tahniah MMU very systematic.


Betul Ke PPV MMU Cyberjaya Dah Tutup?

Dah alang-alang ke sana mama terus bertanyakan tentang Betul Ke PPV MMU Cyberjaya akan di Tutup? Jawapan dari petugas kaunter ialah YA, PPV MMU CYBERJAYA AKAN DITUTUP PADA 7/11/2021. Appointment sehingga 6/11 masih lagi di buat di MMU




Tapi selepas 7/11/2021 appointment vaksin akan dibuat di klinik-klinik kesihatan. So, mama harap perkara ini jelas bagi ibu bapa yang masih tertanya-tanya tu ye. Apapun mama syorkan korang tengok lah dalam mySejahtera mesti ada tulis kat mana appointment seterusnya tu kan.


Ni mama copy dari siaran bertarikh 30/9/21:

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin mengumumkan bahawa inisiatif walk-in untuk warganegara bermula 1 Oktober 2021 akan diteruskan di satu Klinik Kesihatan (KK) di Lembah Klang dan selebihnya melalui kaedah janji temu. Senarai KK di Kuala Lumpur adalah seperti di lampiran sementara senarai KK di Selangor akan diumumkan dalam masa terdekat

SENARAI KLINIK KESIHATAN YANG MEMBERIKAN VAKSINASI COVID-19 BAGI INDIVIDU YANG MENETAP DI LEMBAH KLANG. Kalau korang nak buat apponitment boleh terus call nombor klinik2 di atas.

Kalau ada sebarang pertanyaa boleh bertanya pada 1 800 88 828



13 comments:

  1. Kasihan saya tidak tahu PPV ditutup. Masa ambil dos ke-2 terkejut tidak nampak khemah. Pada hal temujanji ditulis di situ. Terpaksa pergi satu-satu tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke.. dlm mysejahtera mmg tulis ppv tu ke.. kesian na

      Delete
  2. banyak PPV dah tutup kan lepas ni kena pii klinik untuk vaksinasi , apapun semoga semua baik2 sahaja buat anak-anak.. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sebab kita dah capai 95% dewasa dan 65% remaja.. kan

      Delete
  3. dan banyak ppv besar dan kecil dah tutup, sebab kita dah capai lebih 90% dewasa yang dah vaksin, untuk remaja pun dah capai peratus yang di target, di klinik terpilih kira ok dah tu. Orang pun dah takde sangat pi ppv rasanya kak pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu dana.. dah tak perlu ppv besar mcm ni dah..

      Delete
  4. salam singgah
    ooo. 7hb baru tutup
    yelah
    budak2 sekolah serama and menengah + tahap 2 sekolah balik 8hb

    ReplyDelete
  5. terjawab persoalan. lepas ni, untuk vaksin kena terus ke klinik kesihatan je.

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun hari tu bawak Kakak nak vaksin kat IDCC.. sekali dah tutup. Tak ada pulak KKM update apa-apa sebelum nie, nasib depa ganti esoknya ke klinik dekat dengan rumah..

    ReplyDelete

Words of wisdom