Kenapa Awak Comel Sangat - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, September 27, 2021

Kenapa Awak Comel Sangat

Baru-baru ni mama craving ayam goreng dan en suami nak coneydog. Maka mama decide beli set A&W melalui Foodpanda. Ini adalah kali kedua mama beli di A&W Central I City. Masa first time beli dulu pun mama dah detect kecomelan diorang ni. Kalau baby rasa nak cubit-cubit je pipi. Tetiba teringat pula, kalau ada yg nak conceive mama sarankan jaga pemakanan dari sebelum conceive lagi ye. Berbalik kepada kisah comel ni, mama tak simpan pula surat yg pertama. So, bila dapat surat cinta kali kedua ni maka mama nak cerita kat blog ni pula la.

Ini la surat cinta dari A&W tu. Comel sangat kan. Makanan memang mama teriima lewat dan bila baca notes ni terus sejuk hati. Lagi pun mama pun bukannya lapar sangat. Masih boleh tunggu.


Ini lah set yang kami beli, macam-macam ada 3 orang makan ni tau haha.. Mama makan ayam goreng aje 2 ketul. Ayam goreng spicy memang spicy betul, tapi sedap. 


Coney mashed potato yang menjadi favourite mama. Sedap dan mengeyangkan.

Alhamdulillah setel dah dinner merangkap sahur kami..


27 comments:

  1. Kan comel lak hai! bear-bear tu
    Mrs.A ada pernah dapat juga bila order A&W paling comel bear tu naik vespa hiks!

    ReplyDelete
  2. comelnya kak. terus jadi sejuk hati ni ..

    ReplyDelete
  3. Hehe banyaknya pesan.
    Apabila promo ayamnya pedas, rasa macam hendak cuba.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. saya sempat pertama kali dan terakhir masuk A&W cuba rootbeer dia je rasanya. lepas tu cawangan dia tutup di Kota Bharu dan walaupun dah buka balik di Aeon, masih tak dapat pergi ^.^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo dah buka balik ye. senang la kalau craving boleh gi aeon

      Delete
  5. Comelnya dengan personalised message lagi. Pandai betul mereka memikat hati pelanggan

    ReplyDelete
  6. pandai dorang jaga hati customer

    ReplyDelete
  7. bila lama tak makan teringin... air dia tu tak boleh tolak wajib order kalau dah sampai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana. akak siap beli aiskrim lagi nak pairkan dgn air. sebab air dia bagi yg botol

      Delete
  8. alahai comelnya bear A&W ni. lamanya tak makan. mama, soalan ni luar topik :ICity dah bukak ke? Rindulah nak jalan-jalan di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, mama tak pasti sal. rasanya dah buka dah

      Delete
  9. Comelnyaaa
    Tak pernah order melalui food panda
    Nnti jenguk blog rabia tau

    ReplyDelete
  10. Comel je nota tu. Lama tggu pun takpe cmni. Hehe

    ReplyDelete
  11. seronk kan ada oder yang diinginkan sampai

    ReplyDelete
  12. sejuk hati dapat note cam ni..pandai pujuk customer, tau. haha

    ReplyDelete
  13. mama A&W shida pernah mkn sekali je tahun lepas tau..masa pi pineng tahn lepas.
    kat taiping xde A&W ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun jarang makan shida. bila teringin je beli.. jadi la kan

      Delete
  14. Comelnya note tu. Saya kalau beli A&W mesti add on sebotol besar air rootbeer tu. Sedapnya menu menu pilihan mamapp. Lama pulak tak ber A&W.

    ReplyDelete
  15. Comelnyaa note tu, Dah lama tak makan a&w, rasa craving pula tengok gambar ni

    ReplyDelete

Words of wisdom