Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, September 10, 2021

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Harini mama nak share berkenaan dengan Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga. Nauzubillah semoga kita tak tergolong dalam golongan ni. Mari kita kenali golongan yang jauh dari syurga ni supaya dapat kita muhasabah dan bertindak untuk menghampiri syurga. Semoga kita semua ada rezeki masuk ke syurga tanpa hisab, amin.

 

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

gambar hiasan


عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ

Daripada Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Makbul

Kesimpulan hadith:

1. Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut:

a. Orang yang menipu إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).



b. Orang yang bakhil عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ

Daripada Asma' binti Abu Bakar RA ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, maka Allah akan bakhil kepadamu. (Sunan Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih.



c. Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si penerima).” (QS. Al-Baqarah: 264).

d. Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)

Jadilah kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah. Janganlah kerana kepentingan kedudukan dan pangkat, kita sanggup menyusahkan rakyat.

2. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).

Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, telegram.me/hadisharian_ikram


16 comments:

  1. Nauzubillah..semoga kita semua dijauhi ya..apa yang kita bagi ikhlaskan..terlebih atau kurang ikhlaskan dan halalkan..

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar.. Merenung diri sendiri yg masih blm sempurna lagi...

    ReplyDelete
  3. Risaunya diri jauh dari syurgaaaaa.. Hm

    ReplyDelete
  4. nauzubillah min zalik... moga kita semua dijauhkan dari menjadi golongan ini. :'(

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik dan bermanfaat.. Sama²lah kita jauhkan dari sifat-sifat yang menjauhkan kita dari syurga.

    ReplyDelete
  6. Allahu terima kasih atas peringatan ini.. bahawasanya sy sering lalai dan leka

    ReplyDelete
  7. Semoga dijauhkan daripa sikap dan sifat sedemikian. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  8. Ciri-ciri ke 4 tu banyak terjadi skg..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar. Semiga di jauhi dr sikap begini. Kadang2 berlaku. Rs lemah betul diri ini

    ReplyDelete
  10. Thanks fpr sharing.marilah kita muhasabah diri. Kadang-kadang tak sedar kita terbuat

    ReplyDelete
  11. Maknanya dapat sedikit macam Asam Abu Bakar pun kena bersedekah. Ok noted.

    ReplyDelete
  12. nauzubillah min zalik... moga kita semua dijauhkan dari menjadi golongan2 ini

    ReplyDelete
  13. amin semoga kita tergolong dalam kalangan org yg hampir dan masuk syurga ye

    ReplyDelete
  14. nauzubillah, moga tergolong dalam kalangan orang yang masuk syurga. jemput baca ya solat sunat witir , cara buat video , daftar ssm online

    ReplyDelete
  15. Terima kasih share mama. Semoga kita jauh dari golongan ini

    ReplyDelete

Words of wisdom