Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit) - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, September 8, 2021

Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit)

Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit). Dah kenapa ye mama tetiba nak cerita kisah mistik ni? Sebenanrya mama ada beberapa kisah mistik yang dialami oleh diri mama sendiri. So, mama nak share mana yang sempat di blog kesayangan mama. Mama selalu bercerita dengan anak mama dan kadang-kadang dia minta repeat cerita2 mama ni. Hmm.. seronok juga kalau mama share kat sini kan. Mama start dengan siri Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu. Jeng3..

Alhamdulillah sehingga sekarang ni mama tak pernah lagi mengalami perkara mistik yg ekstrem. Mama cuma nampak2 aje dan menda tu pun takde kacau mama. Kalau dia kacau ngeri juga mama. Sambil tu baca ni juga:


Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit)


Perkara ni terjadi di tempat kerja mama. Masa ni mama tak ingat sama ada mama masih lagi bujang atau Syafi masih baby. Alkisahnya di opis mama ni ada 2 cafe, satu cafe indoor dan satu cafe outdoor yang kami panggil Garden Cafe. Garden Cafe ni open air, takde bumbung dan banyak pokok. Dah namanya garden kan.

Mama dan seorang kawan minum petang kat situ, lebih kurang waktu asar. Sambil minum-minum dan berborak, mata mama asyik pandang ke langit, luar dari cafe. Sebabnya mama nampak ada satu menda putih di situ. Jaraknya dengan mama dan kawan mama tu tak jauh sgt dalam 100-200 meter tapi dia terapung dan melayang-layang. Mula-mula mama tak ambil pot sangat. Aleh-aleh mama tergerak hati nak tanya kawan mama.

Mama: "Mat, ko cuba tengok tu.. burung ke apa tu?"

Mat: Dia pandang ke arah yang mama tenung dan dia x cakap apa2. Dia selamba aje minum air dia. Masa ni mama tak perasan lagi apa2.


beberapa detik lepas tu..


Mama: "Mat, tengok lah menda putih  tu (sambil tunjuk ke arah menda depan mata tu), cepat lah tengok tu.. amende tu ye. Cepat tengok tu nanti dia terbang jauh". 

Masa tu mama dah mula nampak dia dah mula menjauh..

Mat: Akhirnya menjawab "Mana ada apa2 weh. Takde apa pun"

Mama: Erk.. baru dapat tangkap yg menda tu sebenarnya mama sorang aje yang nampak. Padahal mama nampak menda tu jelas sangat. Dia berwarna putih dan seperti kain tapi bukan kain, Cara dia melayang tu memang lain macam sikit. Nak kata burung memang bukan burung. Nak kata kain memang bukan rupa kain pun. Mama pun tak reti nak describe. Dia macam terbuai-buai. Dan akhirnya benda tu pun semakin hilang dari pandangan.

Sampai sekarang mama masih lagi tertanya-tanya apekah yang mama nampak. Pelik sungguh pengalaman ni kan. Nak kata mistik ke... atau pengalaman pelik.. mama pun x sure

Walau appaun mama percaya apa yang mama nampak tu adalah makhluk Allah juga. Mama tak rasa hantu. Memang mahkluk Allah. Hanya Allah saja yang tahu apakah dia.

36 comments:

  1. serahkan pada Allah ya..Allah maha mengetahui semua rahsia alam buana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya begitu etuza.. rahsia allah besar

      Delete
  2. Cara MP describe tu macam cik ponti jer... eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukan mrs A, cik ponti kain kan. ni macam menda licin, ala kain sutera tapi pergerakan dia macam dalam air gitu

      Delete
  3. Nasib baik baca siang hari. Kalau baca tengah malam ni seram juga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat tengok, kadang Allah nak tunjukkan pada kita.. Dulu pun saya pernah lalui situasi macam nih... sy dapat dengar dengan jelas.. tapi org lain tak dengar sy pun pelik waktu tu.. lepas tu kite fikir adalah tu Allah nak tunjuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. bonde share la kat blog. nak baca. mcm best aje

      Delete
  5. mak Cida selalu pesan kalau nampak benda pelik2 jangan ditegur. sebabnya Cida pun lemah semangat. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya mama ni jenis suka menegur tau. bahaya sungguh kan

      Delete
  6. Malam2 gini terbaca kisah seram pulak

    ReplyDelete
  7. Ah ingatkan MP beralih hobby ke bird watching

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejenis bird watching juga la ni tapi ni tak tak tau kategori bird ke apa hihi

      Delete
  8. mujur nampak waktua siang kak, kalau nampak waktu malam comfirmla tak berani nak tengok lama-lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu malam pun penah nampak dana.. haha nanti akak cerita next time pula ye

      Delete
  9. mata mamapp ni memang cepat nampak agaknya ya...kawan mamapp tak nampak pulak ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tak la ciksun.. tak suka nampak menda2 pelik ni.

      Delete
  10. mungkin nalaikat ...

    atau ia memang makhluk Allah yang memang kita tidak akan tahu

    ReplyDelete
  11. Seramnya! benda tu hanya sehelai kain putih ke tanpa ada rupa?

    ReplyDelete
  12. Wallahualam. Walau apa pun ia, kalau tak kacau kita takpelah kan

    ReplyDelete
  13. makhluk allah ni ada bermacam jenis dan rupa. alhamdulillah dapat mama lihat satu

    ReplyDelete
  14. Ponti kuar waktu sianag ke erk...hahahahaha...takpe la asalkan dia x kacau adda kan...next time kalau nampak apa2 yang pelik biasakan jangan tegur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm bukan ponti kak... bend baik2 tu rasanya.. ok kak saya x tegur dah. tp mulut ni mmg suka sgt tertegur

      Delete
  15. Fuh saya kalau once kawan cakap tak nampak memang saya terus kalut betul mama. mama ni hebat lah

    ReplyDelete
  16. fuh mama, pagi pagi pun dia kacau ya, jemput singgah yaa cara buat video , Daftar Syarikat , silk screen printing

    ReplyDelete
  17. Hanya Allah Maha Mengetahui apakah yang mama nampak tue..😊

    ReplyDelete

Words of wisdom