Senarai Barang-barang Keperluan Masuk Asrama MRSM Tingkatan 1 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, April 5, 2021

Senarai Barang-barang Keperluan Masuk Asrama MRSM Tingkatan 1

Assalamualaikum semua.. Beberapa harini memang mama sibuk sangat membuat persediaan untuk anak mama masuk ke MRSM. Setiap hari mesti keluar cari barang. Mujur juga mama dah siap-siap buat Senarai Barang-barang Keperluan Masuk Asrama MRSM Tingkatan 1 dalam henpon dan mama tambah-tambah aje senarai bila teringat. So harini mama nak share Senarai Barang-barang Keperluan Masuk Asrama MRSM Tingkatan 1 yang mama buat sendiri. 







Bila lihat senarai orang lain rasanya tak jauh beza. Memang semua ni keperluan tapi ini hanya sebagai panduan in case lepas ni kalau mama nak refer pun senang. Korang boleh aje ubah ikut kesesuaian masing-masing. Mama bawa baju lebih untuk anak mama sebab dia ni baru nak belajar basuh baju sendiri. So, mama prepare baju lebih in case dia tak sempat sebab orientasi kan busy sikit. Baca ni:


Senarai Barang-barang Keperluan Masuk Asrama MRSM Tingkatan 1

Tak sanggup letak gambar sendiri dah rupa nak pindah rumah dah hihi


Berikut adalah Senarai Barang-barang Keperluan Masuk Asrama MRSM Tingkatan 1.  Mama kategorikan kepada beberapa kategori

1) Dokumen

  • surat tawaran MRSM & dah di cop polis (untuk rentas negeri)  *style  merentas negeri musim covid 
  • semua document MRSM+ salinan ic/pay slip + gambar passport


2) Pakaian

  • Baju beige, seluar coklat – 2 pasang
  • Baju biru cair, seluar biru gelap – 2 pasang
  • Baju melayu putih – 2 pasang
  • T-shirt berkolar – 4
  • Seluar tracksuit 3
  • Baju tidur, seluar tidur, baju melayu (sembahyang terawikh), tuala mandi
  • sapu tangan, seluar dalam, singlet
  • selipar jamban
  • kasut kulit, kasut prep, kasut sukan
  • stokin hitam
  • cap/topi, songkok,





3) Barangan Peribadi

  • Bakul baju, bakul toiletries, ketip kuku, sikat, bedak, cermin muka, lampu suluh, Kipas bateri henpon+charger, kad atm, wallet
  • Baldi, gayung, hanger, sepit baju, toiletries (berus gigi+sarung, ubat gigi, pencuci muka, sabun mandi, shampoo)
  • Deodorant spray, berus baju, sabun baju,
  • Botol air, mug bertutup, mangkuk sudu garfu, tisu, wet tissue, facemask, sewing kit, belt
  • Cadar, Bantal peluk, Bantal busuk,selimut
  • Beg sekolah, pencil case, Payung,
  • Storage boxes & laci2, sendal buku
  • luggage tags


4) Makanan

Mama bawa lebih sikit sebab mengenangkan anak yang akan berpuasa diperantauan seminggu lagi huhu..
  • Milo, nestum, biskut, cornflakes, kurma, serunding, susu uht, Peanut butter


5) Ubat-ubatan



Mama bawa berdasarkan penyakit yang selalu hinggap kat anak mama. Korang boleh sesuaikan ikut peyakit yang selalu anak hidap contohnya kalau selalu gatal2 bawalah ubat gatal. Tapi bagi mama dah ada nona roguy semua boleh dah tu..
  • Panadol, handiplast, Nona roguy, Vicks, ubat selsema, aloe vera, pil chi kit


6) Lain-lain

  • Quran + sejadah
  • Buku dari SMK
  • Beg Sekolah
  • Storage box & rak (untuk kemudahan menyusun barang dalam loker (ini mengikut jenis loker di MRSM masing-masing)


14 comments:

  1. Senang ada senarai macam nie kan Adda, boleh juga nanti orang lain buat rujukan kat sini..

    ReplyDelete
  2. Tak lama dah nak masuk MRSM tu. Semoga dipermudahkan segala urusan mama dan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah anak mama dapat masuk MRSM. Semoga anak mama cepat dapat menyesuaikan diri dok di asrama.

    Banyak jugak barang2 yang yang dibawa yea. Terima kasih mama sebab buat list ini :)

    ReplyDelete
  4. Hehe banyak betul barang kena bawa.

    ReplyDelete
  5. Panduan yang bagus untuk pelajar yang bakal masuk ke MRSM.

    ReplyDelete
  6. teringat zaman nak masuk sekolah teknik dulu dulu... mengemas barang tak habis habis...

    ReplyDelete
  7. bagus ade list macam ni, memudahkan untuk mak2 untuk buat rujukan

    ReplyDelete
  8. wahh dulu saya waktu masuk sbp pun refer kat internet jugak barang keperluan. senarai barang keperluan ni bukan berguna untuk yang nak masuk mrsm je, masuk sekolah asrama mana-mana pun boleh guna jugak hehe

    ReplyDelete
  9. Teringat zaman belajar dulu. Rasa nak angkut satu rumah haha. Ada lagi ye brand nona rogay tu. Dulu femes, siap amik rosyam nor jadi duta

    ReplyDelete
  10. Teringat kenangan masuk kolej dulu. Semua barang nak bawa sekali kalau boleh. Hehe.

    ReplyDelete
  11. bagusnya perkongsian kak adda nie.. membantu..

    ReplyDelete
  12. wahhhh banyak jg ya persediaannya...good luck utk Syafi ;-)

    ReplyDelete

Words of wisdom