Pengalaman Membeli Baju Sekolah MRSM di Koperasi Muafakat MARA ANSARA

Pengalaman Membeli Baju Sekolah MRSM di Koperasi Muafakat MARA ANSARA. Harini genaplah 2 minggu anak mama memasuki MRSM. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mama baru berkesempatan nak share Pengalaman Membeli Baju Sekolah MRSM di Koperasi Muafakat MARA ANSARA. Buat pengetahuan korang baju sekolah MRSM ada 2 jenis iaitu baju beige seluar/kain coklat dan baju biru cair dan seluar/kain biru gelap. Selain tu ada juga baju melayu serba putih untuk pelajar lelaki yang digunakan untuk sembahyang jumaat dan upacara rasmi keagaaman.

UPDATE 13/3/2023: 

Setelah 2 tahun mama kembali ke kedai ni sebab baju anak dah mengecil :). Berkali2 juga telefon guna no yg mama berikan di bawah tapi rupanya no tel tu dah x guna. So, kalau nak apa2 dan sebarang pertanyaan boleh contact Linda di 018-2748074. Linda memang banyak membantu. Contohnya semasa mama ke sana Sabtu lepas, kebetulan kemeja lelaki dah habis stok dan driver sedang otq hantar. So, mama berlegar2 di area Sogo dan pukul 1 mama wasap Linda. Masa tu Linda kata baju takde lagi. Then, dalam kul 1.30 Linda wasap mama bgtau baju dah sampai. Alhamdulillah mudah urusan. TQ Linda yg sabar melayan customer yang tengah ramai tu.

Pricelist latest 13/3/2023



Sebelum decide beli baju di ANSARA mama sudah terlebih dulu survey baju sekolah MRSM di kedai biasa seperti Hari Hari, dan Faridah Maju di Komplek PKNS Shah Alam. Malangnya di Hari-hari tiada saiz, dan harga pula amat mahal di kedai satu lagi. Bayangkan RM49 untuk sehelai seluar dan RM50 untuk sehelai baju. Kalau beli 4 pasang baju tak ke jadi RM400. Sebab tu lah kami decide pergi sendiri ke ANSARA. Mujur lokasi Shah Alam strategik buat rumah, so tak jauh sangat dengan KL. Baca ni:


Pengalaman Membeli Baju Sekolah MRSM di Koperasi Muafakat MARA ANSARA

Sebenarnya bagi pelajar MRSM lebih baik korang beli baju kat sini sebab warna code memang confirm betul. Mujur mama tak jadi beli kat Hari Hari kalau tak tentu mama tersalah pilih beli baju kuning cair, bukannya beige. Selain dari itu baju yang dibeli dari Koperasi ni sudah tersulam lencana MRSM tau. Memang cantik sangat tapi mama terlupa pula nak ambil gambar. Mama pergi ke kedai ni hari Sabtu. Walalupun sepatutnya tutup Sabtu tapi menurut pekerja kat situ ada masanya dia akan buka Sabtu (half-day) especially bila tarikh buka sekolah nak hampir. So, sebelum datang better call dulu la ye.

Kedai ANSARA di Medan MARA ni kecil saja tapi serba lengkap.

Sebelum mama datang ke sini mama ada email ANSARA bertanya jika ada cawangan di Shah Alam. Memang takde sebab tu kami kena turun KL juga. Kalau nak beli online boleh juga tapi takut tersalah pilih size. So, pergi sendiri ke sana boleh terus testing baju. Lagi mudah.

Semua color ada apa lagi nak.

So simple yet complete. Nak test baju pun kat ceruk tu aje atau di bilik satu lagi.

Senarai harga dan senarai baju pelajar MRSM. Pricelist lama. Year 2021


Puas hati beli kat sini sebab baju dan saiz ada byk lagi stok. Selain itu staf juga sangat peramah dan sabar melayan kehendak kita. Terima kasih ANSARA. Cuma parking memang susah sikit almaklimlah KL. Mama parking di Pertama Complex aje.

Dapat juga cuci mata tengok KLCC


Maklumat Koperasi Muafakat MARA ANSARA

Ini mama copy maklumat dari email yang ANSARA bagi mama.

Untuk pembelian secara WALK-IN boleh terus ke alamat seperti dibawah.

Koperasi Muafakat MARA Kebangsaan Bhd,
Lot 3.35, Tingkat
2, Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala
Lumpur 50609.

WAKTU OPERASI
ISNIN - JUMAAT
9:00 PG - 5:00 PTG
REHAT
1:00 PTG - 2:00 PTG.
No telefon: 03-2691 7076


Bagi pembelian secara ONLINE encik boleh melayari laman sesawang (webpage) kami seperti yang tertera.

Kedai ANSARA Online by AnsaraPay Resources
Pejabat Urusan : No 11, Block 4, Ground Floor, Wolrd Wide Business Centre,
Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax: +603 5511 3919 / Wassap Only: +6012 293 7000/ +6012 2136105
E-mail: kedaiansara@gmail.com / Webpage: www.kedaiansara.my / www.ansarapay.my

original post 21/4/2021

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Lagi senanglah kalau beli di sini kan Mama... Dah tentu warnanya menepati kehendak MRSM.

    Bagus perkongsian mama ni, PH minta izin kongsi dgn kawan-kawan ye.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak ronda2 area medan mara ni mama,senang bila ada satu kedai yang lengkap semua keperluan anak-anak nak ke sekolah kan :)

    ReplyDelete
  3. Itulah senang beli kedai rasmi MARA. Baru tahu juga ada kedai khas jual baju MRSM.

    ReplyDelete
  4. saya teringin nak masuk MRSM masa budak-budak dulu tetapi tidak berjaya.

    yang berjaya salah seorang anak sahaja..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. best betul bila dapat layanan superb.. Nak membeli terasa seronok.. Stok pun ada.. mudah kerja kan kak..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post