Pokok Betik Ku Tumbang Menyembah Bumi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, October 1, 2020

Pokok Betik Ku Tumbang Menyembah Bumi

Hari mama berangkat ke Kuantan baru-baru ini ada satu peristiwa telah terjadi. Pokok Betik Ku Tumbang Menyembah Bumi. Semasa mama keluar rumah elok aje keadaannya tapi selepas beberapa ketika mama dapat call bagitau Pokok Betik Ku Tumbang Menyembah Bumi. Mula-mula tu, macam tak percaya pun ada. 







Kisah pokok betik sulung mama ni memang agak tragis. Tapi dapat juga mama merasa hasilnya banyak kali juga, siap bagi jiran untuk sama-sama merasa. Boleh baca kat sini Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri. Rasa buah dia memang manis sangat. Alhamdulillah banyak juga berbakti pada mama.

Alolo kesian dia.. bila mama balik tengok dia macam ni. Baru aje tumbang. Tak apa lah, dah memang rezeki mama takat ni aje.. mama redho. Dengan tamatnya riwayt dia mama pun lega sebab mama kan memang ada intention nak tebang sebab risau akan buat simen retak. Akhirnya dia sendiri yang tumbang. Setel masalah mama. 

Pokok betik yang satu lagi tu masih sempat diselamatkan. Mama nak tanak depan rumah tapi sampau sekarang tak sempat-sempat nak cangkul tanah huhu.. Tu pun tengah berbuah tapi buah dia kecik aje sebab tak cukup tanah..







Inilah hasil terakhir buah betik dari pokok sulung mama. Alhamdulillah puas hati juga dapat makan buah dia yang manis dan besar. Siap bagi jiran lagi. Terima kasih si pokok betik, banyak jasa juga walaupun baru aje belajar hidup..

Penyambung legasi pokok mama.. taraa.. mujur mama sempat semai anak benih dia dan alhamdulillah ada 11 anak pokok. Tapi aritu mama alih pasu ada 3 pokok mati so tinggal 8 anak pokok. Jiran mama dah cop nak beberapa pokok. Dia nak tanam depan rumah.

Mama tak kisah, ambil aje la. Mama pun takde plan nak tanam kat umah baru sebab area rumah tu ada monyet. Takut jadi makanan monyet aje.. Sekian aje cerita tentang pokok betik mama..




29 comments:

  1. buat jeruk jelah mama..letak cili padi lebih sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. adudu sedanya kan.. pedas lagi la sedap.. betik muda tu mama bagi jiran sebab masa tu kan mama pergi kuantan

      Delete
  2. Mungkin sb ujan kot ye jadi tumbang kak..pokok bnyk budi mmg jadi syg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kut. lagipun batang pokok tu pun kecik aje

      Delete
  3. sedap makan buah betik masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama selalu sejukkan dulu.. fuh lagi sedap

      Delete
  4. Betik muda masak lemak ritu baca kat blog jannah sedapnya.. :)

    Tak apa mama.. tu ada semaian baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penah mama makan betik muda masak lemak.. boleh la cuba kalau ada betik muda nanti

      Delete
  5. Sedih pulaks tengok pokok betik mama tumbang :)

    ReplyDelete
  6. alahai kesiannya pokok betik tu. nasib baik sempat semai baru :)

    ReplyDelete
  7. Alahaiiii. Sedih tengok dia tumbang macam tu :)

    ReplyDelete
  8. macam tau tau je die mama nak tebang die..takpela nasib sempat semai benih..harap menjadi lagi

    ReplyDelete
  9. memang sayang tapi dapat jugak lah merasa buahnya... boleh la buat kerabu ke masak tumis buah yang tinggal tu kak

    ReplyDelete
  10. Pokok betik tu tak boleh simpan lama2 kat situ sebab dekat sangat dengan longkang rumah.
    Nanti boleh retak simen longkang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wak.. risau gak ni.. so far ajar dia X menjalar lagi

      Delete
  11. bagi jelah monyet makan..

    cuma risiko bila sekumpulan monyet datang akan serang dapur pulak hahaha

    ReplyDelete
  12. Sayangnya.. tapi tak ada rezeki kan kak..

    ReplyDelete
  13. mungkin angin kuat kot jadi tumbang

    ReplyDelete
  14. sgt teringin nak tanam pokok betik. tapi tu la, ruang x byk.
    tapi rumah kakak aida, tanah di laman nyer luas.
    ada 5 pokok betik. aida doa kan ia menjadik jer.
    tiap bulan balik, yes, dpt la merasa betik fresh from the pokok.

    ReplyDelete
  15. senang tanam betik. macam tahu tahu je orang nak tebang dia kan.

    ReplyDelete

Words of wisdom