Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, June 22, 2020

Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri

Alahai seronoknya mama Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri. Beberapa hari lepas mama tetiba perasan salah satu dari buah betik mama dah bewarna kuning dan bila mama picit tgk dah masak rupanya. So mama pun petik dan inilah Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri. Wow excited ok..






Sebenarnya seminggu sebelum tu bibik sebelah rumah dah tegur Dan beritahu yang buah tu dah hampir masak tapi mama Macam tak percaya sebab buahnya comel aje. Ada 2 biji lagi yang lebih besar tak masak-masak pun lagi. Mama ingatkan dia layu rupanya memang dah masak.

Alhamdulillah dapat juga merasa hasil tanaman sendiri. Manis macam buah induk yang mama makan Dan buat benih untuk tanam pokok ni. Biji benih ni dari betik kawan mama. 








Sebenarnya pokok ni mama nak tebang sebab ada kesilapan masa mama tanam dulu. Mama tanam dalam pasu tapi tak sangka pula akar dia boleh keluar dari lubang pasu dan masuk ke dalam tanah. Disebabkan pasu tu mama letak bersebelah dengan rumah jiran mama risau juga akan buat dinding dia retak atau ganggu paip bawah tanah.

Nampak tak kedudukan pokok betik Tu.. mmg X sesuai kan




Tapi tu laa.. bila niat nak tebang ni tetiba tak putus pula buahnya macam tau-tau aje dia nak kena tebang huhuu

17 comments:

  1. Hehehe. Syoknya dapat makan dan merasa hasil dari tanaman sendiri. Yg kita tanam kan Mama.

    Ouh nak tebang. Sebab berakar dan takut dinding jiran retak. Tapi itulah. Mcm tahu2 je dia nk kena tebang makin berbuah. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ruby.. aduyai kena tebang juga nanti.. bahaya

      Delete
  2. bestnya dapat rasa hasil tanaman sendiri... dana pun memang ada niat nak tanam betik tapi tak sempat nak cari benihnya... betik akarnya tak sekuat akar pokok lain... sebab tu dia senang nak rebah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke.. tapi dia akar tunjang Kan takut gak.. Dana nak benih ke.. nanti mama Cari benih Tu X ingat aritu letak mana. Kalau jumpa mama.boleh post

      Delete
  3. seronokkan...nieyl pun alhamdulillah selalu juga dapat rasa hasil tamanan dkt keliling rumah ni..cuma buah xde lagi la...sayur² tu ada la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga Tu sayuran. Segar Tu petik terus makan

      Delete
  4. hahahaha harap jiran sebelah tak marah la. Hulur la buah betik dekat dia. Nanti mesti dia sejuk hati makan buah betik sedap ni. Bestnya dapat makan betik tanam sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg naknhulir yg paling besar Tu.. harap2 Dinding jgn retak la

      Delete
  5. uish ganas juga pokok betik ni, kena tunggu habis buah dulu baru boleh tebang..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut buahnya X pitus je tiara.. soon ken la tebang juga ni

      Delete
  6. Alhamdulillah
    Hasil berbudi kepada tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wak.. merasa juga Serba sikit

      Delete
  7. Hihi, mcm tau2 je nak kena tebang ye, sayang pulak dah banyak buahnya...takpe nnt paslah kat rumah jiran tu sekali.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. seronok bila hasil berbudi dengan tanah dapat dirasai.. Puas hati kan kak..

    ReplyDelete

Words of wisdom