Makan Sate Sedap di Satezul Kuantan Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 25, 2020

Makan Sate Sedap di Satezul Kuantan Pahang

Kami sempat Makan Sate Sedap di Satezul Kuantan Pahang semasa trip kami ke Kuantan dulu. Sebagai peminat sate tentulah mama takkan lepaskan peluang untuk merasa sate terkenal di Kuantan. Disebabkan mama duduk di hotel berdekatan dengan Teluk Cempedak maka kami asyik lalu lang depan kedai ni aje. Mana tahan kan, akhirnya malam kedua tu kami singgah dan Makan Sate Sedap di Satezul Kuantan Pahang.




Walaupun ramai yang beratur tapi kami tak putus asa cewah.. Maka beraturlah kami join the club. Mujur selepas kami beratur geng-geng motor besar pula sampai. Memang patuhi SOP restoran ni. Order di ambil semasa kita nak masuk tu. Kita nyatakan berapa pax dan staff akan bawa kita ke meja yang sesuai. Lepas duduk kat meje tunggu aje lah sate sampai. Order dah siap ambil sebelum masuk kan. Sambil tu baca ni juga:

Menu Pilihan di  Satezul Kuantan Pahang

Ini antara menu yang mama sekeluarga order malam tu. Kami hanya order sate aje. Sebenarnya byk lagi menu lain selain sate kat sini

Sate ayam yang sedap. Rare sate kat sini ialah sizenya yang besar dan takde lemak pun. Dari segi rasa dia memang sedap. Mama suka

Nasib impit, timun dan bawang

Sate hati mama beli 2 cucuk aje sebab nak rasa. Sedap tau

Sate kambing ni yang sampai paling lambat. Walaupun memang sedap tapi daging dia agak liat. Ada ketul2 yang tak dapat nak kunyah habis.. So, kalau korang ke sini dan nak order sate kambing kena waspada sikit ye.

Air yang kami order ialah limau ais, nescafe tarik dan orange juice. Seperti biasa mama akan benchmark air nescafe kalau pergi ke mana-mana tempat makan dan air nescafe kat  Satezul Kuantan Pahang ni memang la yang terbaik. Sedap sangat

Menu Dan Harga Makanan di  Satezul Kuantan Pahang

Jom tengok menu dan harga makanan di  Satezul Kuantan Pahang



Ada bermacam menu selain sate tapi mama tak mencuba sebab datang sini memang nak makan sate aje. Maybe nex time


Keadaan dlm kedai yang memang bersih dan luas.



 Tingjat atas. Kami makan kat sini. Ttambah kuah minta adik yang bertugas kat kaunter sini aje.
 
Inilah total harga yang kami bayar

Pengalaman di Satezul Kuantan Pahang







Mama rekemen korang makan kat sini especially penggemar sate. Satay ayam dan hati memang sedap. Satay kambing pun sedap cuma liat sikit. Kuah kacang dia pun sedap juga tau. Kedai ni nampak bersih dan servis pantas, makanan sampai cepat kecuali satay kambing lambat. Air Nescafé dan minuman kat sini memang sedap tau. Dari segi parking agak terhad so korang pepandailah lah nanti ye..

Maklumat Satezul Kuantan Pahang

Ni maklumat kedai
Kat luar kedai. Ramai juga yang beratur masa ni

Satezul Kuantan Pahang

Alamat: A-2600, Lorong Alor Akar, Kampung Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu perniagaan: 4:30  petang – 12:00 tengah malam



16 comments:

  1. Itulah nampak kemas dan buku menu pun tunjuk gambar-gambar yang cantik.

    ReplyDelete
  2. ada tgk org share sate zul ni kalo p kuantan antara satay yg sedap...oh liat ye satay kambing ..nmpk juicy

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan sate tue especially sate ayam..

    ReplyDelete
  4. teringat dulu lebih 5 tahun da rasanya last makan sni.. sedapp..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sate. Suka sate kambing, tapi kalau liat, makan sajalah sate ayam...heheheee.

    ReplyDelete
  6. amboi mama makan sate, kak ana suka sate macam ni kurus2 ni hehe :)

    ReplyDelete
  7. lama tak makan sate tetiba teringin nak makan lepas tengok post mama ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Wak jarang beli sate ayam.
    Basa cari sate daging lembu atau kambing.

    ReplyDelete
  9. Puas makan kalau isi ayam je tanpa lemak dengan saiz yang besar..
    sate kambing tu macam susah nak jumpa yang tak liat..

    ReplyDelete
  10. Craving sate la plak. Jauh nak ke Kuantan, makan yang di ampang jelah nampaknya

    ReplyDelete
  11. favourite husben saya ni, sate. Dia kalau pi kedai, ada menu sate confirm nak cuba..saya kureng pulak sate ni. tak berapa gemar..makan tu makan lah jugak tapi tak banyak.

    ReplyDelete

Words of wisdom