Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 24, 2020

Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang

Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang. Semasa di Kuantan Pahang, kami ada pergi makan Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang yang memang terkenal dengan cendol dan makanan yang sedap. Tengok review kat google nampak memang tempting so kami decide datang makan kat sini.







Sebenarnya, kami singgah sini selepas on the way balik dari kenduri kahwin tau. Tapi sebab masing-masing tak makan banyak, so bolehlah merasa makan kat sini serba sikit. Sambil-sambil tu boleh baca post mama kat bawah ni:

Menu Pilihan Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang

Inilah antara menu yang kami order kat Mustafa Cendol Corner 
Cendol aiskrim RM3.40. Opkos kenalah order signature menu kat sini kan

ABC aiskrim RM3.60. Sedap ni. Cendol Dan ABC kat sini manis dia sedang2 je. So, mama rekemen untuk orang yang tak kuat manis. healthy pun healthy kan

Rojak RM4.70. Sedap rojak ni dan kuah dia pun tak terlalu manis macam typical rojak mamak. Mama suka

Mee goreng RM4.70. Sedap memang sedap cuma ada rasa pahit sikit maybe mee tu kapur byk kot


Kitaorang makan sambil menghadap stall ni

Ni la harga yang kami bayar. RM20 aje u ols untuk 4 orang makan.


Pengalaman Makan di Mustafa Cendol Corner







Overall pengalaman makan kat sini memang OK. Kedai ni takdelah terlalu sedap tapi rasa dia memang kena dengan tekak kami. Cendol aiskrim dan ABC aiskrim memang tak sama dengan cendol lain. Harga dia memang amat berpatutana. Punyalah banyak pilihan cendol sampai ada ini ada 13 jenis cendol tau. 

Kalau ke sini korang tak perlu risau tentang parking sebab parking space mencukupi. Walaupun masa kami ke sini agak ramai orang tapi servis laju. Mama lihat memang ramai pelanggan dan dari pelbagai bangsa pun ada. Datang sini masa musim pandemik memang kedai ni ikut SOP. Next time kalau ke kuantan boleh lah singgah lagi dan cuba meggie goreng pula ramai yang kata sedap.

Maklumat Mustafa Cendol Corner 

Berikut adalah maklumat tentang Mustafa Cendol Corner 
Pemandangan luar kedai

Mustafa Cendol Corner

Alamat: Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu perniagaan: 11:00 pagi–7:00 mlm

8 comments:

  1. Ya Allah, sedapnya. hujan hujan ni lapaq pulak :)

    ReplyDelete
  2. Pernah makan cendol di sini tapi dah lama sangat... Lupa dah :)

    ReplyDelete
  3. Halah.. halah.. rindu pula nak makan rojak dan cendol macam nie..
    Sedapnya cendol dengan aiskrim..

    ReplyDelete
  4. Penting servis cepat waktu ramai orang.
    Wah banyak jenis cendol.

    ReplyDelete
  5. masa saya ke Kuantan tahun lepas.. tempat ni dalam list..
    tapi sayangnya tutup.. huhu insyallah ada rezeki repeat Kuantan..

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa..murah pula tu memang berbaloi dapat makan :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya tengok cendol tu, mama...Bila terperap tak boleh rentas negeri ni windu nak jalan2, balik kampung. Moga cepatlah virus ni berlalu dari sini.

    ReplyDelete

Words of wisdom