Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, August 7, 2020

Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan?

Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan?  Assalamualaikum. Salam hari Jumaat yang mulia. Apa khabar semua. Maafkan mama sekarang ni teramat busy dengan kerja di office. Kalau ikut sejarah memang setiap tahun waktu ni memang mama akan super busy. Bezanya tahun ni mama SUPER DUPER MUPER busy dari tahun-tahun lepas huhuu..Korang dapat banyak tak daging korban? Selalunya waktu-waktu macam ni kita akan tertanya-tanya Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan? Risau juga sebab macam mama ni selalunya weekend baru masak makanan berat sikit. Bagi preggy mommies kat sini mari baca panduan mendapatkan sample susu free kat sini.








Mari kita tengok Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan? Ini adalah berdasarkan hadith sahih. Mama ambil dari telegram 1 hari 1 hadith.

Nak tengok resepi daging lembu boleh klik sini




gambar hiasan

Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan?  Tempoh Makan Daging Korban


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه

Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih



Kesimpulan hadith:









1.  Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.  Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.  Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.  Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:


بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.


KESIMPULANNYA, kita boleh simpan lama-lama daging korban ni. Malahan Rasulullah SAW sendiri mengingatkan kita agar sentiasa berjimat dan beserhana . SO, bolehlah masak sikit-sikit asal jangan membazir ye


Sumber : telegram.me/hadisharian_ikram


19 comments:

  1. yolah kak takkan nk diperabihkan semua kalau dapat banyak kan...

    ReplyDelete
  2. Betul kan. Dapat kadang tu banyak. Boleh cuba macam-macam resepi

    ReplyDelete
  3. wahh ilmu baru harini... tak pernah tahu pun pasal hadith daging korban

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Dapat ilmu baru hari ini :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih mamapipie,haritu ada juga terbaca dekat fb kononnya daging korban tak boleh simpan lebih 3 hari, ni dah ada penjelasan yang lengkap =)

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah ada kemudahan freezer
    memanglah boleh tahan simpan lama2.

    ReplyDelete
  7. Sha dapat 2kilo tahun ini.. Alhamdulillah memang dibahagi-bahagikan dalam bungkusan kecil untuk sekali masak.. Simpan dalam peti beku, lama tahannya..

    ReplyDelete
  8. Simpan dalam freezer tahan lama macam-macam boleh masak dan cukup bekalan makanan gitu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Berdebar juga nak tahu boleh simpan berapa lama...Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Saya pun selalu simpan lama jika dapat daging korban yang banyak.. maklumlah duduk berdua jea, takdelah masak banyak².. terima kasih atas perkongsian Mama, semoga kita tak berada dalam golongan orang² yang suka membazir...

    ReplyDelete
  11. terima kasih sbb share ni mama.

    ReplyDelete
  12. Ada sikit lagi daging dlm peti sejuk

    ReplyDelete
  13. Jenuh nak perabis awal kan..hehe islam itu mudah

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...boleh simpan lama2...boleh masak sikit demi sedikit..

    ReplyDelete
  15. tq sharing mama..Alhamdulillah boleh simpan lama..saya dapat 3 kg..baru guna skilo..

    ReplyDelete
  16. Selalu bila masuk raya haji, memang tak perlu beli daging dah. Berbulan stok daging tu boleh simpan dlm freezer.hehe.

    ReplyDelete
  17. Selalu bila masuk raya haji, memang tak perlu beli daging dah. Berbulan stok daging tu boleh simpan dlm freezer.hehe.

    ReplyDelete
  18. tahun ini dan tahun lepas saya tidak merasa daging kurban...

    yang ada makan daging dekat kedai sahaja

    ReplyDelete
  19. Ena kalau dapat daging qurban memang seminggu tu dok buat mcm2 resepi daging. Hehe. Apstu kongsi dgn jiran. Jarang simpan lama.

    ReplyDelete

Words of wisdom