Resepi Daging Masak Kicap Paling Mudah di Dunia.. Cuma guna 2 bahan je - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, October 3, 2019

Resepi Daging Masak Kicap Paling Mudah di Dunia.. Cuma guna 2 bahan je

Harini mama nak share Resepi Daging Masak Kicap Paling Mudah di Dunia.. Cuma guna 2 bahan je tau. Mama tak pernah tau pun resepi ni. Mak mertua yang ajar dan bagitau dulu anak-anak dia memang suka makan lauk ni.. So, memandangkan daging korban ada lagi maka mama pun buat lah guna Resepi Daging Masak Kicap Paling Mudah di Dunia.. Cuma guna 2 bahan je ni. Senang sangat uols..

Yum.. yum..versi mama Ada letak kentang

Makan dengan sayur favourite Syafi ni memang umpph sangat. Licin pinggan

Resepi Daging Masak Kicap Paling Mudah di Dunia 




Bahan-bahan:
1kg daging dipotong kiub
Setengah buku butter
Kicap lemak manis
(Boleh tambah bahan lain ikut suka seperti kentang, cili merah, etc. Tapi guna 2 bahan ni dah sedap dah)

Cara membuat:
1. Rebus daging yang telah dipotong sehingga agak lembut.
2. Masukkan setengah buku butter dan kicap lemak manis mengikut citarasa.
3. Rebus sehingga daging benar-benar empuk.
Siap!!

Amacam.. mudah kan.. Mama masak ni seperiuk sekejap je habis. Butter tu memang memberi aroma dan lauk kicap jadi lain. Wah, senang je lah mama nak masak lepas ni.. 






20 comments:

  1. macam sedap ni mamapp! nak try la nanti...simple, bahan2 ada kat rumah dah...daging lembu korban hari tu pun ada tinggal sikit lagi

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tu ha....tp masih blom bleh makan daging

    ReplyDelete
  3. Wah senang banget, hehe.
    Kalo akk kena tambah cili kot, kasi ada pedas sikit.

    ReplyDelete
  4. Yang mudah-mudah macam ni biasanya lebih menyelerakan dan bertambah-tambah nasi jadinya.

    ReplyDelete
  5. Wah.. senanagnya.. Nak cuba jugalah.. Kat rumah ada lagi daging tu..

    ReplyDelete
  6. ehhh serious la, senangnyaaaa adui. baru tau ha gini cara dia. slalu takut nak buat

    ReplyDelete
  7. memang mudah... bg dana daging ni masak apa simple macamne pun dah sedap...

    ReplyDelete
  8. 2 bahan ja? Sennag sngt2 lah. kalau taknak masak lagi tak tahu la haha. Mama kita sama la kalau masak kicap msti sup sayur campoq tu. Suhun wajib ada! hehe

    ReplyDelete
  9. uii senang sangat ni mama kiranya rebus je lah kan :) nampak sedap gak tu :)

    ReplyDelete
  10. Uishh senang sangat ni. Tengok pun nampak macam sedap dah. Nak try la nanti

    ReplyDelete
  11. simple giler ni kak. sebenarnya daging yg dah direbus kalau makan dengan nasi dan kicap je pun dah sedap kan.

    ReplyDelete
  12. 2 bahan saja ye,..senang yakmat ni, boleh dicuba nanti. kicap lemak manis tu cap kipas udang ke mamapp guna?

    ReplyDelete
  13. 2bahan gtu je.. Xde bawang2 tumis.. Mudah sgt ni

    ReplyDelete
  14. Wahh betul betul senang masak ni.

    ReplyDelete
  15. Ehh, biar betul...2 bahan ja? Nampak sgt menyelerakan. Hebat! :D

    ReplyDelete
  16. resepi mudah2 ni yang cheq suka.. nyumss !!

    ReplyDelete
  17. kira mcm lauk org bujang laa ni ye ok sy akan cuba

    ReplyDelete

Words of wisdom