Resepi Lasagna Ayam Guna Air Fryer Mudah dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, July 6, 2020

Resepi Lasagna Ayam Guna Air Fryer Mudah dan Sedap

Resepi Lasagna Ayam Guna Air Fryer Mudah dan Sedap. Assalamualaikum semua.. Harini mama nak share Resepi Lasagna Ayam Guna Air Fryer Mudah dan Sedap. Dulu mama pernah cerita mama buat lasagna guna periuk ajaib di sini [Percubaan buat lasagna guna pemanggang ajaib ]. Resepinya sama cuma cara bakar je lain sikit. Tapi mama tak pernah share resepi lasagna kan. So kat sini mama nak share la resepi lasagna style mama.. Kali ni mama guna air fryer je. Lagi senang u ols..







Buat lasagne ni mama bahagikan kepada 3 bahagian iaitu buat sos bolognese, sos putih bechamel dan proses melapis lasagna..


Resepi Lasagna Ayam Guna Air Fryer Mudah dan Sedap

Jom kita tengok resepi..


Bahan-bahan untuk sos bolognese

1, Resepi Sos Bolognese [ Boleh baca sini (video pun ada) ]


Bahan-bahan yang diperlukan

400g daging kisar (mama guna daging ayam)
1 labu bwg besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
4 biji cili padi (jika suka pedas)
1 tin sos prego (tradisi)
1 tin sos prego (cendawa)
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato dan cili benggala jika suka

Cara memasak

1. Panaskan 2 sudu butter. Nak guna olive oil pun dialu-alukan
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api
3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Masukkan sos Prego tradisi dan sos Prego cendawan dan kacau rata. Mama gunakan 2 jenis sos ni sebab mama malas nak beli cendawan. Bila dah ada PRego cendawan kan dah ada cendawan dalam tu..
6. Perisakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.







2. Resepi Sos Putih (Bechamel)

Bahan-bahan untuk sos putih. Mama suka sos putih ni kalau letak banyak-banyak dalam lasagna.. sedap!!

Bahan-bahan Sos Putih (Bechamel)

1. 2 sudu besar mentega
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. 2 kotak susu UHT
4. Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Dalam periuk cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata.
2. Masukkan susu dan kacau sebati. Perisakan dengan garam. 
3. Kacau sehingga agak pekat. Siap!


3. Melapis Lasagna

Bahan yang diperlukan ialah lapisan lasagna (korang kena rendam dulu ni sebelum buat no 1 dan 2. Rendam dalam air panas sehingga lembut.

Cara melapis seperti berikut:
1. Susun lasagna yang sudah lembut di dalam bekas..
2. Lapiskan  sos sos bolognese di atasnya.
3. Lapiskan dengan sos putih.
4. Ulangi langkah diatas dan pastikan lapisan teraakhir mesto sos putih di atas sekali .
5. Taburkan mozarella / parmesan cheesw
6. Bakar dlm Air Fryer selama 30 mins dengan suhu 180°C

Sori gambar blur.. inilah rupa lasagna mama yang dah siap. Rupa tak berapa lawa tapi rasa dia sedap tau. Tak makan dah lasagna kat tempat lain hihi

Boleh tengok video step by step kat sini ye

Videp Memasak Lasagna Ayam Guna Air Fryer Mudah dan Sedap



26 comments:

  1. Wah.. mudah, senang dan sedap nie..

    ReplyDelete
  2. Nampak senang je..boleh la buat...tapi kena beli Air Fryer dulu la plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya kak.. guna oven atau pemanggang ajaib pun boleh

      Delete
  3. Sedapnya. Tapi tak ada air fryer kat rumah.

    ReplyDelete
  4. Lasagna mesti kegemaran anak.

    ReplyDelete
  5. sedapnya mama..Inshaa Allah shida juga nk cuba buat nnt :)
    tq sharing resepinya mama :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnyer.. InsyaAllah ada masa nak try nnt.

    ReplyDelete
  7. Guna air fryer mmg mudah. tq mama pipie kongsikan resipi

    ReplyDelete
  8. aduh sedapnya... mantap betul hasilnya

    ReplyDelete
  9. sedap lasagna ni mama sekeluarga mmg suka.. kalau xde air fryer jgn risau boleh guna oven atay magic pan

    ReplyDelete
  10. kalau nak makan sendiri ..rupa tak pentimg.

    yang penting sedap

    ReplyDelete
  11. YaAllahhhh kenapa laaa kc pergi tengok lasagna ni time malam malam niii hahhahaa

    ReplyDelete
  12. seronok ada air fryer.. saya ni dok tunda2 nak beli..
    sebab tak rajin masak sangat. maybe kalo beli jadi rajin kot =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah ada air fryer ni kalau nak goreng2 frozen pun senang

      Delete

Words of wisdom