Lunch di Wan Telur Berlada Klang Selangor

Lunch di Wan Telur Berlada Klang Selangor. Hari Jumaat lepas mama cuti kerana ada urusan sedikit di area Klang Selangor. Kami semua tak sempat breakfast dan urusan mama setel dalam pukul 11.30 pagi. Masa tu perut semua dan berkeriuk. Maka kami decide Lunch di Wan Telur Berlada Klang Selangor.  Baca sini Lunch di Telur Berlada Kedai Merah Klang Selangor. Kalau korang nak tips best pilih homestay terbaik boleh klik link ni.

Tempat ni selalu dikunjungi oleh kawan hubby. Ia terletak hampir dengan Masjid Kg. Kuantan. Ni first time mama makan kat sini.

Menu Pilihan Kami di Wan Telur Berlada


Telur berlada daging.

Tentu sekali kena try lauk telur berlada kat sini. Menu ni jadi pilihan mama. Rasa dia memang sedap sangat. Daging ni rasanya macam daging masak merah favourite kami. Memang tiptop dan mama bagi 5 bintang.

Telur berlada ayam. Lauk ni pun sedap tapi mama prefer telur berlada daging sebab tu lagi sedap dan daging dia pun lembut aje. Potion jangan cakap la, memang banyak..

Telur hancur.. Mama ni memang penggemar sambal telur hancur. Ini versi kering. Sedap juga rasanya. Inilah signature kedai ni.

Kami semua datang berempat. Kami order lemon panas, nescafe ais, jus epal dan carrot susu..

Jangan marah tau, ada menu tambahan iaitu bihun tomyam, sup tulang dan telur kicap. Sup tulang tu kami tak order. Tapi accidentally diorang terhantar kat meja kami. Last-last kami ambil aje la lauk ni. Rasanya memang sedap tau. Typical sup bukan jenis sup berempah tau.

Boleh lihat senarai menu dan harga di sini..











So far memang puas hati makan kat sini. Portion makanan memang banyak dan rasa dia memang sedap. Harga pun murah aje. Kami order macam-macam sampai lauk pun tak habis hihi. Total harga bagi semua menu tu RM 50. Memang affordable.


Maklumat Wan Telur Berlada

Alamat: 154, Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, 41300 Klang, Selangor
Waktu perniagaan: Sabtu - Khamis dari 11:00 pagi hingga 1:00 pagi, Jumaat dari 9:00 pagi hingga 11:00 malam


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Nampak sedap telur berlada tu. Portion pun banyak.

    ReplyDelete
  2. uuiii nampak sedap!!! nanti bila singgah klang boleh la singgah ni.. hehehhe

    ReplyDelete
  3. Yang macam jemput2 tu ke telur kicap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak diana.. mama tertinggal nak letak telur kicap. tu sotong goreng tepung. telur goreng kicap dia memang sempoi. 2 biji telur mata dan masak kicap macam kita masak kat umah tu

      Delete
  4. uishh. sup tulang tu. perghh.. sedapnyaaa.

    ReplyDelete
  5. Gambar yang zoom dekat2 tu, perghh menggoda hehe

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Lain dari yang lain nie Adda..

    ReplyDelete
  8. tgk time tgh hr ni...mmg sedap je nampak....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post