Status Kesihatan Kaki Mama & Petua Mudah Surutkan Bengkak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, November 26, 2019

Status Kesihatan Kaki Mama & Petua Mudah Surutkan Bengkak

Assalamualaikum semua. Masih ada rakan dan keluarga mama yang bertanyakan status kesihatan kaki mama yang terseliuh teruk aritu. Harini genap 2 minggu dan 2 hari mama jatuh dan sprained my ankle. Maksudnya dah 2 minggu mama hanya pergi ke tempat yang wajib saja e.g pergi kerja. Selebihnya duduk rumah je. Sampai hari ni masih ada part di bahagian kaki mama yang bengkak dan sakit seperti kanan dan kiri buku lali, bahagian atas pergelangan kaki dan bahagian belakang di kawasan atas tumit. Lebam dan biru pun masih ada di certain tempat. Kali ni teruk juga mama kena. Tak boleh nak tahan gelak bila ada yang tanya mama ni gout ke.. haha lawak.. Cerita macam mana mama boleh jatuh di sini Perkara Tak Di Ingini Berlaku.

Pinjam gambar dari pexel. Takkan nak letak gambar kaki mama yg tak cun tu kan kiki





Hari Ahad lepas akhirnya mama berjaya pergi berurut dengan seorang makcik di Padang Jawa. Alhamdulillah ada beza selepas urut. Walaupun kaki masih sakit tapi terasa ringan sikit kaki tu. 2 jam berurut sampai keluar darah beku dari liang roma.. Seram juga mama tengok. Cuma ada urat di bahagian dalam yang tak dapat nak sampai urutan tu. Urat dalam tu bengkak sebab tu lambat nak baik. Makcik tu cakap mama jatuh dengan kaki terlipat. Aduh tak dapat nak bayang. sebab tu agaknya mama ilang ingatan kut hih.. Walau apapun minta korang doakanlah mama kembali sembuh ye.. Selepas berurut memang ada perbezaannya. Lebam/biru disekeliling kaki dah berkurangan dan kaki mama dah boleh gerakkan sedikit ke kanan dan kiri. Jalan pun dah kurang dengkut walaupun masih ramai yang bertanya kenapa dgn kaki mama.

Petua Hilangkan Bengkak






Ni adalah petua hilangkan bengkak yang mama dapat dari makcik yang urut mama. Cubalah mana tau serasi dengan korang..

1. Kapur & Air Limau Nipis

Campurkan air limau nipis dan kapur makan. Dosage tu pepandai lah korang bajet ye. Sampai kepekatan kapur tu rasa sesuai untuk tampal di kaki. Sapukan campuran kapur dan air limau nipis tadi di kaki. Balut atau boleh juga pakai stokin. Pakai sebelum tidur sehingga korang bangun esok pagi. Kalau nak pakai bila-bila pun boleh sebenarnya ikut kesesuaian.

2. Air Suam dan Garam

Masukkan beberapa sudu garam ke dalam air suam. Kemudian, rendam kaki di dalam air tu. Boleh buat sambil tengok TV so takdelah terasa lama.. Rendam selama anggaran 20 minit

Ada banyak juga petua yang mama dapat dari kawan-kawan mama yang prihatin tapi mama x sure keberkesanannya. Ada yang kata letak kopi, ada yg kata letak halia (makcik urut kata ni kurang sesuai sebab halia kalau buang angin dalam badan boleh lah), etc.

25 comments:

  1. moga di beri kesembuhan lepas ni kak, berapa kali lagi boleh berurut dengan makcik tu?

    ReplyDelete
  2. Elakkan makan kekacang. Tu petua orang kampung ai.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh. Wah sampai keluar darah daripada liang roma.Saya pun pernah terseliuh teruk. Lambat baik.

    ReplyDelete
  4. Allahu. semoga diberikan kesembuhan oleh Allah Taala dan kembali kepada keadaan asal. aamiin

    ReplyDelete
  5. Amin.. Amin.. terima kasih doakan MMA.. kesian kaki Kiri mama dh sakit dah dia sebba kena but kerja lebih

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh puan.

    btw jemputlah join contest di blog saya,senang saja contestnya =)

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

    ReplyDelete
  7. semoga kaki akak cepat sembuh selepas urut tuh ye.kalau bab kaki ni kan kak sy memamg seriau

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh mama..pelik jgk..kata kaki bengkak tp gambar pakai kasut hihihih..jgn byk gerak tau..rajin2 sapu minyak angin..kalau bengkak mmg x leh byk gerak nanti otot makin sakit

    ReplyDelete
  9. Semoga MP dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
    Mrs. A pun pernah sprained ankle ikut cakap doktor jangan urut tapi bila tak urut sakit tak baik-baik pastu degil pergi gak urut alhamdulillah dengan izinNYA lepas urut okay.

    ReplyDelete
  10. Seram dengar cerita ni kak.Terasa kaki kita pulak yang sakit. Lama dah tu 2 minggu. Sabar ye kak. Moga cepat sembuh. Aaminn

    ReplyDelete
  11. Petua yg bagus..mudah2han cepat surut bengkaknya

    ReplyDelete
  12. Semoga Mama cepat sembuh.
    Nanti kena pegi urut lagi ke Mama?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kongsikan petua tu... Semoga kaki tu cepat sembuh...

    ReplyDelete
  14. bagaimana sekarang kak kakinya sudah baikan kan semoga tak pernah kena sakit seperti itu lagi

    ReplyDelete
  15. Kalau ana dulu tuang dgn ais kan immediately lps kena tu. Mmg surut bengkak tu. Apa2 pun smg akak cpt senbuh.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas info ni mamapipie. Semoga beransur bengkak tu.

    ReplyDelete
  17. Semoga cepat sihat mama. Btw tak dapat bayangkan macammana darah beku keluar dari liang roma. Takut pun ada rasanya..huhu

    ReplyDelete
  18. Semoga cepat sembuh ye..biasa la tu kalau jatuh terlipat tu memang melibatkan urat...kesian adda

    ReplyDelete
  19. moga di berikan kesembuhan buat kak Adda..

    ReplyDelete
  20. Tak baik lagi ye mama..ingatkan dah OK. Semoga mama cepat-cepat sembuh tau

    ReplyDelete
  21. Selepas urut minggu lepas Ada perkembangan yg bagus.. tq semua doakan mama.. bengkak Ada sikit lagi di bahaguan buku lali kanan Dan kiri.. bahaguan belakang kaki masih sakit. Ada masanya kaki Rasa ngilu Dan kebas.. risau juga.. tapi yg Paling best mama dh Boleh solat normal setelah 2 Minggu solat atas kerusi. Nikmat bila dot sujud secara normal. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Words of wisdom