Kontraktor Rumah Shah Alam Nas Nuri Construction - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, November 27, 2019

Kontraktor Rumah Shah Alam Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Shah Alam Nas Nuri  Construction

Rumahku Syurgaku. Ya, mama percaya rumah adalah syurga kita di dunia. Masakan tidak, di rumahlah tempat kita melepaskan lelah dan memghabiskan masa luang bersama keluarga tercinta. Setiap kita pasti maukan rumah yang selesa dan cantik dipandangan mata. Kerana itulah salah satu perkara penting ketika membina atau mengubahsuai rumah adalah pemilihan kontraktor yang berkualiti dan dipercayai. Korang pernah dengar tentang Nas Nuri Construction tak? Mari mama kenalkan Kontraktor Rumah Shah Alam Nas Nuri  Construction.



Cantik kan rumah ni. Kalau dapat buat banglo sebuah Macam ni alangkah indahnya. Ada laman di depan, belakang pula buat swimming pool waaa memang tak keluar rumah lah mama.

Lokasi Strategik Beli Rumah Di Shah Alam

Sebagai seorang yang dah menetap di Shah Alam selama 11 tahun lebih, mama secara peribadi memang suka menetap di Shah Alam kerana suasana di sini tak sehavoc seperti di Petaling Jaya dan KL. Sebelum mama duduk di Shah Alam, mama dah merasa duduk dan bekerja di area Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Memang berbeza dengan Shah Alam dari segi trafik yang tak seteruk di 3 tempat tu. Environment di Shah Alam adalah relax walaupun tak terlalu banyak shopping complex seperti di KL. Bagus untuk emosi dan environment yang takdelah kosmopolitan sangat.

Mama suka duduk di Shah Alam kerana persekitaran di sini sentiasa di jaga. Boleh katakan MBSA berjaya menjaga Shah Alam dengan baik. Setiap hari mama lihat ada orang yang bersihkan dan sapu jalanraya serta kawasan sekitarnya. Bahkan dikawasan rumah mama pun ada kontraktor MBSA bersihkan. Jika ada pokok tumbang mama lihat mereka cepat je selesaikan. Alhamdulillah seronok duduk sini.

Antara lokasi strategik untuk beli rumah di Shah Alam menurut pandangan peribadi mama seperti berikut.

Pusat Bandar Shah Alam


Kawasan di area pusat bandar Shah Alam seperti Seksyen, 6, 7 , 8, 9, 11 adalah kawasan yang seronok didiami kerana berdekatan dengan pasaraya dan prasarana seperti bank, sekolah, masjid, UITM, semuanya dekat-dekat. Hampir setiap Seksyen ada kawasan kedai dan kawasan tempat makan yang menarik. Mungkin sebab tu mama secara tak langsung menjadi seorang food hunter bila menetap di sini. Restoran dan kedai makan terlalu banyak pilihan. Hotel pun banyak yang best seperti Hotel Congcodei haha.. Apa bestnya duduk hotel Concorde kat Shah Alam?

Seronok duduk Di Selangor. Selain Dari banyak tempat makan yang best, banyak jug tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Boleh tengok video Di bawah ni .. Latest tempat menarik Di Selangor.


Kawasan Berhampiran LRT3

Sejak beberapa bulan lepas, sudah berjalan projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama sehingga ke Klang. Jadi, lokasi berhampiran dengan stesen LRT3 adalah lokasi yang paling strategik untuk beli rumah

Ni mama senaraikan LRT3 Station. Bolehlah kalau korang nak beli rumah atau buat investment rumah dari sekarang;

Bandar Utama - Kayu Ara - BU 11 - Tropicana - Dataran Prima - Kelana Indah - Glenmarie - Temasya - Persiaran Kerjaya - Malawati - Persiaran Hisamuddin - Bandar Anggerik - Seksyen 2 - UiTM - Seksyen 7 - Lebuh Keluli - Bukit Raja - Pasar Besar Klang - Jalan Meru - Klang - Taman Selatan - Sri Andalas - Bukit Tinggi - Batu Nilam - Bandar Botanik
Johan Setia

Kawasan Pinggiran Shah Alam

Harga Rumah Semakin Mahal, Tanah Lot Lebih Popular. Korang setuju tak statement mama ni. Sebagai penduduk Shah Alam, memang harga rumah di sini hanya mampu tengok bagi mama yang berpendapatan sederhana je ni. Harga melambung tinggi. Rumah teres paling murah pun menjangkau RM400,000. Mahal sangat . Kerana itulah semakin ramai yang membeli tanah lot di pinggiran Shah Alam kerana harga yang lebih murah. Dengan harga RM60,000 korang boleh beli tanah lot dan mendirikan banglo sendiri di atas tanah tu. Berbaloi kan. Cuma korang kena pandai cari kontraktor yang boleh dipercayai saja untuk dirikan rumah korang tu. 

Mama pernah juga survery tanah lot di Banting dan Jenjarom. Berkenan juga di hati ni kalau bina rumah sendiri di tanah lot. Bolehlah anak cucu bermain di sekeliling kawasan rumah. Puas hati kan. Kalau diberi kesempatan, teringin juga nak beli tanah dan bina banglo sendiri dalam masa setahun dua ni.


Nas Nuri Construction Sdn Bhd

Mari mama kenalkan satu construction company milik bumiputra yang boleh di percayai di Shah Alam. KAlau korang beli tanah lot dan perlukan kontraktor boleh lah try contact Nas Nuri. Buat pengetahuan korang, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman dan ditukar kepada nama sekarang pada penghujung 2009. NAS Nuri Construction Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00. Ini mama ambil dari website Nas Nuri.

Sepanjang tempoh tersebut, pihak syarikat banyak terlibat dalam projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta seperti baik pulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, membina jeti, membina kediaman perumahan, baik pulih bangunan kerajaan dan lain-lain kerja berkaitan. Pada tahun 2009, pihak syarikat mengambil keputusan untuk mewujudkan NAS Nuri Construction Sdn Bhd dengan menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian.

Sejak penghujung 2009 hingga kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat dalam lebih 100 kerja membina kediaman dan juga renovasi. Kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mempunyai 9 staff serta 30 pekerja tapak bagi melancarkan kerja-kerja binaan yang sedang kami lakukan.


Portfolio Nas Nuri Construction Sdn Bhd

Mama dah tengok hasil kerja yang dibina oleh Nas Nuri dan bagi mama rasa hasil kerja Nas Nuri memang cantik dan design pun nampak elegan dan moden. Antara banglo yang di bina oleh Nas Nuri seperti gambar di bawah. Perlu ingat, harga tertera tu mengikut pasaran waktu itu tau;


Banglo 2 Tingkat

1 unit banglo dibina di Kuang. Kos keseluruhan anggaran RM 720k (termasuk binaan tembok dan imprint concrete). Saiz binaan rumah: anggaran 5200++ kps.

Mama suka binaan macam ni. Suka bumbung yang ada macam tu



Banglo 2 Tingkat

Rumah banglo 2 tingkat ini dibina dengan spesifikasi standard & menelan kos keseluruhan anggaran RM 700k pada waktu tersebut (termasuk binaan tembok serta retaining wall, binaan rumah comply CCC). Saiz binaan rumah: anggaran 4800 kps.


Banglo Ni nampak mewah Kan





Banglo 2 Tingkat

1 unit banglo dibina di Sepang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM420k (harga termasuk retaining wall, gabion dan 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan guna gov loan).




Wow dgn harga RM 420k Boleh dapat banglo Macam ni? Macam Tak caya je. Kalau beli dah siap maunya harga 2-3 juta RM.



Banglo 1 Tingkat

1 unit banglo dibina di Jenderam (Standard spec).. Kos keseluruhan anggaran RM 310k (harga termasuk 6% GST). Saiz binaan rumah: anggaran 1900kps (binaan menggunakan gov loan + CCC, kos termasuk pagar dan juga retaining wall).


Cantiknya.. Dapat banglo setingkat Macam Ni pun mama dah Rasa puas hati


Banglo 1 Tingkat

1 unit banglo dibina di Bt4, Klang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 260k (harga termasuk 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 1800kps (binaan tunai).



Buat banglo satu tingkat pun. Antik juga sesuai untuk keluarga kecil macam mama

Kalau nak tengok hasil binaan Nas Nuri yang lain bolehlah lawati website Nas Nuri seperti mama tulis di bawah.


Kenapa Pilih Nas Nuri?


Kontraktor berdaftar CIDB G5

Kontraktor yang di percayai kerana berdaftar dengan CIDB. Maka, tak perlu lah risau jika projek terbengkalau atau perkara tak diingini berlaku.

Banyak Pengalaman Dalam Pembinaan Rumah

Pengalaman Nas Nuri memang banyak. Sehingga sekarang 100 banglo telah dibina. Setiap binaan ada 3 tahun warranty untuk Struktur dan 1 tahun warranty untun Kemasan.

Hanya mengambil 15 slot projek setahun

Dalam setahun, Nas Nuri hanya mengambil 15 slot saja, maka dari sini kita boleh tahu bahawa Nas Nuri bukanlah syarikat kontraktor yang mementingkan keuntungan. Mereka lebih mementingkan kualiti. Selaion itu Khidmat servis selepas jualan juga dijamin.

Rekabentuk dalaman disediakan dengan kos menarik

Selepas rumah siap, tentu sekali kita teringin memberikan sentuhan terbaik untuk rekabentuk dalaman rumah, kan. Korang jangan risau, Nas Nuri ada sediakan rekabentuk dalaman dengan kos yang menarik. So, bila masuk rumah cuma cuci kaki saja kan.


Maklumat Lanjut Berkenaan Nas Nuri

Korang boleh hubungi Nas Nuri melalui details di bawah. Kalau ada masa korang kunjungilah di website Nas Nuri. Ada banyak tips dan ilmu perumahan yang boleh kita ketahui tau.


NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852   Sales: 019-3487372 
E-mel: sales.nasnuri@gmail.com
Website: https://www.dawaibesi.com/



28 comments:

  1. ahai cantik nian model rumah di atas paling utama sebab dekat dengan mesjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.lokasi dekat dgn masjid maka mudahlahnak berjemaah nanti

      Delete
  2. Terpegun tengok binaan rumah Nas Nuri Construction ni. Nampak cantik dan mengagumkan

    ReplyDelete
  3. Teringin nak sebiji.banglo.. setingkat pun takpe huhuu.

    ReplyDelete
  4. Rumah impian ku ada basement parking kat porch untuk parking my moto bike, basikal and black pearl... kikikikiki... entah tercapai ke idok impian teman nie...

    ReplyDelete
  5. Banglo terbina atas tanah persendirian. Ada pula swimming pool di halaman aahh.

    ReplyDelete
  6. design moden, roof senget. cantik

    Jemput singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  7. cantik design rumahnya kak, impian memang nk ada rumah sebijik gitu tapi tak kesampaian duduk umah apartment tingkat bawah pun dah syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk tingkat bawah dah mcam duk rumah atas tanah gak. boleh tanam pokok kak.. best juga tu

      Delete
  8. CANTIK BETUL DESIGN RUMAH TU..KALAU ADA TANAH BOLEH BUAT SEBIJI KAN...TAPI TU LA..ADA TANAH PUN NUN JAUH DALAM HUTAN..TAKDE SAPA NAK BUAT RUMAH KAT SITU

    ReplyDelete
  9. Shah alam sekarang dah maju kak. Masa ana study sana sunyi je rasa. Tp food hunting mmg best

    ReplyDelete
  10. nanti kalau nak buat rumah boleh la kita guna kontraktor bumiputra Nas Nuri ni...terbaik laa

    ReplyDelete
  11. Wow! Saya pun suka tengok hasil kerja Nas Nuri ni. Baguslah bila kualiti yang dijaganya. Memang pelanggan pun akan puas hati.

    ReplyDelete
  12. Design urbun yang menarik dibuat. Cantik

    ReplyDelete
  13. wahhhhhhhhh.. cantiknya design rumah zaman moden ni.. saya suka !! tahniah Nas Nuri sebab dapat bagi harga luar biasa.. em.. nak beli tanah lah suruh dorang naikkan rumah untuk saya 1.. hee~

    ReplyDelete
  14. Kawasan sekitar masjid Shah Alam tu memang lokasi best nak tinggal, tenang dan tersusun, pemandangan pun cantik. Selalu ke masjid tu masa belajar dulu..

    ReplyDelete
  15. cantik dan mmg murah harga tu, kalau beli yang dh siap, mmg mahal...

    ReplyDelete
  16. bila cerita rumah impian mmg byk impiannya. kalau dpt harga yg murah serta kontraktor yg dipercayai lagi lah bagus kan

    ReplyDelete
  17. Banglo setingkat cantikkkkkk, harga pun nampaknya within budget. Syoknya lahai kalau ada tanah..

    ReplyDelete
  18. Alahaii cantik betul rumah.. Best tu kalau dekat dengan kemudahan

    ReplyDelete
  19. cantiknya rumah banglo..buat swimming pool belakang rumah. memang tak keluar rumah lah jawabnya. Ada modal lebih tu bolehlah beli tanah dan kontraktor yang bagus untuk siapkan rumah impian kan.

    ReplyDelete
  20. Betul.. harga rumah semakin mahal sekarang, di Setia Alam pun boleh tahan harganya sekarang.

    ReplyDelete
  21. Buat masa ni mampu berangan bNglo.setingkat tapi banglo setingkat pun dah cukup cantik.dan.murah kan

    ReplyDelete
  22. bila baca entri mamapp yang ini, baru ada sedikit kesedaran, di usia ni dah kena ada satu aset rumah dah ni...yang 1 tingkat tu pun dah memadai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start dgn menabung insya Allah Ada jalannya..

      Delete

Words of wisdom