Jerebu Makin Teruk Sekolah Tutup di Shah Alam, Tindakan Semasa Jerebu - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, September 18, 2019

Jerebu Makin Teruk Sekolah Tutup di Shah Alam, Tindakan Semasa Jerebu

Assalamualaikum semua.. pagi2 tadi buka whatsapp grup sekolah Syafi mama baca guru besar dah wartakan hari ini cuti kerana bacaan IPA dah mencapai 216. Baru tadi mama check IPA takde penurunan sangat cuma 219 je setakat kul 11 pagi tadi.

Mama selalu check bacaan IPA di website APIMS

Masa nak ke office tadi nampak masjid Shah Alam Ada sikit berjerebu. Harini nampak teruk sikit dari semalam.macam berasap je kan.. Hmm.. inilah akibat dari pembakaran yang tak terkawal. Tak dapat bayangkan keadaan di Kalimantan yg IPA 1000 tu macam mana..

Mama Dan Syafi batuk dah Seminggu lebih dan so  far  tak nampak lagi perkembangan nak baik.. Kat opis pun ramai dah batuk2 dah.. mungkin ni adalah akibar jerebu.. 





Sini mama nak share sedikit perkara yang patut kita lakukan.

Tindakan Semasa Jerebu

1. Gunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di luar sepanjang masa
2. Sejauh yang boleh, tinggal di dalam rumah/bangunan dan elakkan berada di luar
3. Minum banyak air
4 Kurangkan aktiviti luar/riadah/bersukan yang agresif
5. Dapatkan rawatan di hospital/klinik (pesakit asthma, sakit mata, batuk , selesema & sakit jantung) jika bertambah buruk
6. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan


Menjaga diri dari ancaman penyakit Jerebu Cara Alami

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yg terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yg terancam.

Jgn lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yg dpt menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yg lebih merbahaya.

Sumber:  Prof. Dr Norhisham Wahab.


17 comments:

  1. Aah...hari nampak teruk dari semalam.

    ReplyDelete
  2. semoga cepat la berakhir musim jerebu ni..
    sian kat ank2 kecik..

    sy pon dh seminggu batuk ni..

    ReplyDelete
  3. tengok jugak dlm web APIMS tuh kak, shah alam sekolah banyak kene tutup ye kak... sampai kul 1 tadi pun masih 219 , aduhai

    ReplyDelete
  4. Balik kerja ni nak pi cari air kelapa la kat sungai buloh...ada jual kat tepi2 jalan tu...mana tau boleh membantu akak yang ketat dada dah berapa hari ni

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita menjaga kesihatan pada musim jerebu ni...

    ReplyDelete
  6. Bilalah masalah jerebu ni nak selesai.
    Tiap2 taun ngadap masalah yang sama

    ReplyDelete
  7. semalam teruk sangat kan. kat klang pun teruk.

    ReplyDelete
  8. tadi headline dekat twitter malaysia negara pencemaran udara nombo 1 paling teruk.. bahaya sangat kesian kat budak2 sekolah humm..

    ReplyDelete
  9. Syafi pun start cuti dah semalam. Memang dok rumah je lah. Nk kuar rasa tak sihat sgt.

    ReplyDelete
  10. Selamat datang Di Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188
    Situs Masterbet188 berbeda dengan situs situs slot lainnya.
    Dengan memberikan fasilitas berupa Deposit via Pulsa
    yang didukung oleh 3 Jaringan Lokal Simpati,Xl,Axis
    Dengan Minimal Deposit Pulsa Hanya 10.000
    - Rate Simpati 83%
    - Rate Axis & XL 90%
    Mainkan Seluruh Permainan Yang Menarik
    Hanya Di Situs Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188
    Link Official:
    https://masterslot888.com
    https://masterslot888.site
    https://masterslot888.life

    Contact US :
    Livechat : Masterbet188
    Whats App : 081397628286

    ReplyDelete
  11. Esok banyak sekolah tutup sebab jerebu makin teruk tapi dekat negeri sembilan dengan melaka dah bukak balik sebab IPU berkurang. Take care kak adda sekeluarga!

    ReplyDelete
  12. Bagus juga sekolah tutup demi menjaga keselamatan anak-anak.

    ReplyDelete
  13. habis hutan dibakar yg tak elok tu oleh syarikat2 Malaysia.

    ReplyDelete
  14. semalam teruk jerebunya dekat tempat sha nie.. memang seharian lah dalam rumah..

    ReplyDelete
  15. now melaka dah berkurang.
    hujan dah 4-5 hari.
    moga terus menerus lah jerebu ni berkurang dan hilang...

    ReplyDelete
  16. 1st time dpt tgk puncak klcc ms lps jerebu rs sgt2 membahagiakan! betapa besarnya nikmat bla dpt cuaca cerah

    ReplyDelete

Words of wisdom