Pengajaran Surah Al Kahfi Dalam Konteks Kekeluargaan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, April 19, 2019

Pengajaran Surah Al Kahfi Dalam Konteks Kekeluargaan

Pengajaran Surah Al Kahfi Dalam Konteks Kekeluargaan antaranya adalah mempersediakam anak-anak dengan agama. Kelak kita juga yang akan memperolehi bahagia.


Kita ambillah pengajaran daripada ayat ke 14 dari Surah Al Kahfi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;

"Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." [18:14].

Jika anak anak muda di dalam kisah Ashabul Kahfi ini telah "diikat" hati hati mereka dengan aqidah yang sama dan jitu kepada Allah SWT, maka begitu jugalah dalam konteks hubungan kekeluargaan.

Ibu bapa wajib memainkan peranan mengajarkan anak anak tentang agama agar hati hati mereka "diikat" pada aqidah agama yang benar dan jitu kepada Allah SWT. Maka kelak mereka memahami hukum hakam dan hakikat kehidupan yang mana salah satunya adalah mereka takut untuk menderhakai ibu bapanya.

Dalam hal ini, ibu bapa jangan berputus asa dalam mendidik agama kepada anak anak. Setidak tidaknya jangan ditinggalkan berdoa memohon petunjuk daripada Allah. Teruslah mendidik anak anak sama ada mereka masih kecil mahupun sudah "tua bangka" mengikut kapasiti masing masing. Pasti Allah akan membantu hamba hambaNya.

Tetapi jika kita sering sambil lewa tidak menekankan didikan agama kepada anak anak kita, maka kelak kita sendiri yang bakal berdepan dengan kekecewaan yang berpanjangan sedang hidup di dunia mahupun di akhirat. Wal'iyyazubillah.

Sumber: Tazkirah Ringkas

13 comments:

  1. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu =)

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kita tak lupa dan lalai tentang tanggungjawab kita terhadap pendidikan agama anak2

    ReplyDelete
  4. Apa gunanya pendidikan dari segi akademik dan kokurikulum tanpa agama? Didikan agama lebih utama demi kebaikan anak-anak di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg bagus Adda..thanks

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang menarik berkaitan alkahfi. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, perkongsian yg bagus..pemantapan akidah penting utk orang Islam...

    ReplyDelete
  8. betul kak. ajaran agama kena terap seawal mereka kecil lagi. masa mereka masih suci dan terang hati. mudah2an syafi kita menjadi penawar dan anak2 yang soleh. amin.

    ReplyDelete

Words of wisdom