Sebaik-baik Infak itu adalah.. - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, February 22, 2019

Sebaik-baik Infak itu adalah..

Harta itu adalah tu adalah amanah Allah. Setiap harta yang dicari perlu di Infak dengan sebaiknya. Sebaik-baik Infak itu adalah..



عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Dari Abu Asma` dari Tsauban ia berkata; Rasulullah SAW  bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkan untuk keluarganya, untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah, dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang di jalan Allah." (HR Muslim No: 1660) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sebaik-baik harta atau wang ringgit yang keluarkan oleh seseorang adalah untuk keperluan berikut:

a.  Harta  yang dikeluarkan untuk membiayai ahli keluarga

b.  Harta yang dikeluarkan untuk keperluan ternakan yang dipelihara

c.  Harta yang dikeluarkan untuk kepentingan membela agama Allah (seperti untuk pembiayaan pembelajaran, pembiayaan pembinaan masjid, zakat, wakaf dan sebagainya)

d.  Harta yang dikeluarkan untuk mereka yang berperang di jalan Allah

2.  Abu Qilabah berkata; Beliau memulai pemberian harta dengan keluarganya terlebih dahulu kerana keutamaan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak, ibu bapa serta kerabat terdekat.

Dumber: 1 Hari 1 Hadis

8 comments:

  1. perkongsian yang baik di pagi jumaat ini

    ReplyDelete
  2. Utamakan ahli keluarga dalam apa jua yang dilakukan baru mendapat keberkatan :)

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat kak.
    Betul.Dulukan yang paling hampir iaitu keluarga.

    ReplyDelete
  4. memang sangat bermanfaat. tqq atas perkongsian dan ingatan sis

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah, semoga jadi amalan kita bersama..

    ReplyDelete
  6. In Shaa Allah.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. betul kak. Ana pun pernah baca sebaik-baik minfak pada keluarga terdekat yang memerlukan dahulu.

    ReplyDelete
  8. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete

Words of wisdom