Compilation Gambar Pilihan Mama - Syafi 0 hingga 10 tahun

Assalamualaikum semua.. maafkanlah mama yang masih tak move on dengan anak mama yang sorang ni. Semasa mengorek gambar-gambar kek aritu mama pun sambil-sambil tu melayan gambar-gambar lama Syafi. Memang menggamit kenangan gitew.. So, hari ini mama nak tepek pula Compilation Gambar Pilihan Mama - Syafi 0 hingga 10 tahun. Alahai sekejapan aje anak mama dan membesar..

Gambar favourite mama masa ni syafi 7 Bulan. Kitaorg pergi Batu Pahat tidur di Pinetree. Punyalah sejuk aircond dalam bilik mama dengan ayah memang Tak tahan tapi budak kecik Ni tidur punyalah lena. Gambar ni dia baru bangun tidur. Malam tu dia tidur dengan baju, stokin, topi macam dalam gambar tu lah . Happy baby! 

Born day. Masa Ni umur Syafi Tak sampai 1 jam. Ada sedikit komplikasi Masa nak bersalin so Syafi krna duduk kat sini sekejap. Mama dapat pegang Syafi pun Keesokkan harinya. Masa mama keluar Dewan bedah nampak dia macam Ni. Mama siap Tanya nurse.  Ni baby saya ke? Bila nurse kata iya, mama boleh cakap.. macam anak Cina.. boleh gitu?

Umur 1 tahun.. Baru dapat kaki. Tengah happy2 mood baik. Lepas ambil gambar baru Tau dia tengah buat projek "Besar"

2 tahun.. photoshoot di tesco. Saja suka2 photoshoot. Sebenarnya ada seorang kawan Cina mama husband dia buka talent agency. Selalu Usha Syafi jadi model sebab katanya budak Ni Mata Besar Dan ada beberapa sebab yg menjadikan dia sesuai untjk jadi model. Tapi mama x bawa pun.. kalau korang nak Tau, Syafi bukanlah sejenis yang suka ambil gambar. Mama je yang selalu paksa dia. Best juga kalau buat kompilasi gambar yang dia buat Muka pula lepas Ni. Eh..eh..

3 tahun.. Masa ni kami Cameron Highland. Syafi memang suka tempat sejuk macam Ni. Mama ingat lagi Kat CH dia memang berselera makan. Roti canai dia boleh makan sampai 2 keping sampai jilat pinggan lagi 

4 tahun.. di Farm in The City. Dia pun sgt suka tengok binatang sampai sekarang

5 tahun. Di Cowboy  Town A Famosa Melaka. Masa Ni dia fanatik koboi tu yg bawa dia ke sini

6 tahun.. Masa Ni di Taiping

7 tahun.. di Taman Dinasour Muar

8 tahun.. di Anjung Batu Melaka. Masa Ni tengah kill the time tunggu kedai ikan bakar Anjung Batu buka kedai. http://www.mamapipie.com/2017/06/makan-ikan-bakar-di-muara-anjung-batu.html?m=1

9 tahun.. di Batu Feringghi Pulau Pinang..

10 tahun.. di Puteri Harbour JB . Beso dah anak mama..

Jenuh juga mama nak korek gambar lama banyak sangat gambar yang mama suka.. tapi puas hati dapat tengok macam mana dia membesar sampai sekarang. Alhamdulillah syukur Kepada Allah walaupun dikurniakan dengan sorang je permata hati. Semoga yang seorang ini akan menjadi seorang yang beriman, soleh Dan kebanggaan mama Dan ayah sesuai dengan namanya.. "Penawar Kebanggaan Ku"

Harap mama dah boleh move on dan terima hakikat  lepas ni anak mama dah besar dah lepas Ni haha..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. comelnya dia dari kecik. Tapi dah start sekolah membesar dengan jayanya. Tak apa Mama, janji sehat, ye dok.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah aien bertambah sado anak mama sekarang haha

      Delete
  2. Alhamdulillah..besar dah dia adda

    ReplyDelete
  3. Comelnyaa masa lahir, sungguh macam anak cina. Hehee. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. siap ade compilation lagi..alahai kejapnya amsa berlalu..da 10 tahun da

    ReplyDelete
  5. aah lah kak. macam anak cina Syafi masa kecik-kecik tu haa.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...

    masa begitu cepat berlalu..

    dulu baby dan sekarang nak jadi anak bujang..

    hanya gambar mampu berbicara untuk menceritakan kisah silam kita

    ReplyDelete
  7. Comelnyaaa Syafi masa lahir. Hehe. Putih gebu btol smpai sekarang. Hehe.

    ReplyDelete
  8. tak kira mamapp. umur remaja, 20an, 30an pun ambik juga gambar dia kan hehehe

    ReplyDelete
  9. comel.. semoga sihat selalu dan menjadi anak soleh :)

    ReplyDelete
  10. Comelnya dia.. bila besar nampak bam bam.. ;) tapi tetap comel..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post