Amalan Yang Digalakkan Selepas Solat Fardhu - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, January 18, 2019

Amalan Yang Digalakkan Selepas Solat Fardhu

Amalan Yang Digalakkan Selepas Solat Fardhu, Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut.

Amalan Yang Digalakkan Selepas Solat Fardhu


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW  baginda bersabda: "Barangsiapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan baginda  menambah dan kesempurnaan seratus adalah membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadiir, maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan." (HR Muslim No: 939) Status: Hadis Sahih

 Antara amalan yang digalakkan selepas solat fardhu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali.

Bagi menjadikan zikir tersebut sempurna, zikir terakhir (ke 100) dibaca sekali:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sesiapa yang menyempurnakan zikir di atas dengan ikhlas, dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan (dosa kecil),

JOM istiqamah dengan zikir selepas solat fardhu kita semoga ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.

sumber: https://t.me/ahadithadayAHAD


15 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. nice kak, insyallah lps ni rajin2 buat amalan yg ini...

    ReplyDelete
  3. terima kasih diatas perkongsiannya mama..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  5. Semoga kita menambah amalan-amalan kita untuk bekalan ke sana

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah sama2 lah kita perbanyakkab amal

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah :)
    aida selalu amalkan terutama sebelum tidur.
    ikut nasihat nabi saw kpd aisyah.
    berzikir kalau terlalu penat :) pasti akan hilang penat tu.

    ReplyDelete

Words of wisdom