Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, February 20, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 

Kategori Carian Tertinggi Di Shopee Menggunakan Kata Kunci 



1 Pakaian Wanita 
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam

2 Mobil & Gajet 
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi

3 Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee 

4 Kasut Wanita 
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal 

5 Beg Wanita 
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini di Shopee:-


Kategori Produk Paling Popular Terjual di Shopee 



1 Kasut Wanita 
Kasut Terbuka

2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Set Pakaian Bayi

3 Perhiasan Rumah 
Set Hadiah Tupperware 

4 Kesihatan & Kecantikan 
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina

5 Runcit & Haiwan Peliharaan 
KitKat Edisi Khas 

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee


Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.shopee.com.my

17 comments:

  1. Best kak Shopee ni..saya dh terjebak sama dah hahaha

    ReplyDelete
  2. Cikyan tak pernah lagi beli dgn shoppee ni.. nnt nak try jugak..

    ReplyDelete
  3. Sama laa bukak shoppee ritu cari kasutt, cari bajuu. Tunggu je kalau kalau ada sale best ^^

    ReplyDelete
  4. Suka shopee sebab murah hahahaha pastu website dia universal...nk beli barangan dari China pun senang...

    ReplyDelete
  5. Jom shopping dkt shopee kak. Murah-murah woo barang dia. Rambang mata dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. Macam bakal terjebak je ni..bahaya sungguh...

    ReplyDelete
  7. saya suka main fortune dia
    dapat gold ticket dengan coins
    hehehe

    ReplyDelete
  8. time festive season ni memang best lah nak shopping sebab sales mengancam

    ReplyDelete
  9. sopi free ongkir
    meskipun tidak imlek

    ReplyDelete
  10. Ramai kaki shopping pakai hp saja sekarang ni

    ReplyDelete
  11. saya belum pernah shopping guna shopee..

    ReplyDelete
  12. Memang selalu shopping online kat Shopee.

    ReplyDelete
  13. semua barangan wanita..nampak sangat tau dah siapa yg rajin membeli tu..haha

    ReplyDelete
  14. Syok sgt shopping kat shopee kak...

    ReplyDelete
  15. Best sangat shopping kat shopee. Tambah sempena CNY ni, byk diskaun.

    ReplyDelete

Words of wisdom