Pengumuman Hadiah Saguhati Birthday Giveaway by Mamapipie - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, January 25, 2018

Pengumuman Hadiah Saguhati Birthday Giveaway by Mamapipie

Pengumuman Hadiah Saguhati Birthday Giveaway by Mamapipie. Lagi beberapa jam sahaja lagi Giveaway mama iaitu Birthday Giveaway by Mamapipie Akan ditutup penyertaan nya. Terima kasih kepada semua peserta Yang sudi join GA mama ni. Sebelum ni mama Ada bagitau terdapat 3 peserta bertuah Yang Akan memenangi buku Dari mama. So Hari ini mama nak buat Pengumuman Hadiah Saguhati Birthday Giveaway by Mamapipie.

Jadinya Tampa berlengah masa, tiga buku berikut adalah hadiah saguhati Yang Akan mama beri kepada 3 peserta bertuah Yang Akan dipilih melalui random.org. Kita tunggu dia tuan dia nanti ye. Kalau nak baca syarat penuh untuk sertai GA Ada Di sini http://www.mamapipie.com/2018/01/birthday-giveaway-by-mamapipie.html


Buku Soalan Bocor Dari Kubur

SEMENJAK di lohmahfuz lagi, kematian kita telah direncanakan oleh ALLAH S.W.T. Walaupun mati itu pasti, namun tiada seorang pun mengetahui bila dan di mana Izrail akan menjemput kita menghadap ILAHI. Usah jadikan rahsia tersebut sebagai alasan untuk kita tidak mempersiapkan diri menghadapi detik-detik sakaratulmaut. Sesungguhnya dari tanah kita berasal, kepada tanah jualah kita dikembalikan. Setiap yang kita miliki di dunia ini, satu per satu akan diambil semula oleh Pemiliknya. Dunia hanyalah pinjaman semata-mata. Selagi jasad masih bernyawa, rebutlah peluang menggandakan amal ibadat demi menjadi hamba-NYA yang cemerlang di akhirat sana.

SOALAN BOCOR DARI KUBUR ini mengupas setiap persoalan yang akan ditanya oleh Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti. Sematkan di dalam hati akan hakikat sebuah kematian dan pertemuan dengan Yang Maha Pencipta. Persiapkanlah diri dengan amalan soleh, mudah-mudahan kita bakal ditempatkan di syurga firdausi yang kekal abadi.


Buku Wanita Yang dirindui Syurga

ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah. 

43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
Demi Cinta Zainab
Maryam Puteri Imran
Kisah Balqis Ratu Saba’
Keutuhan Iman Masyita
Asiah Isteri Firaun yang Beriman
Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w


Buku Kita tenggelam Dalam Nafsu

KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil… dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada pusingan U demi sebuah tekad untuk berubah.

KITA TENGGELAM DALAM NAFSU menampilkan gugusan pengalaman insan yang pernah melalui jalan kegelapan disebabkan kejahilan diri sendiri. Namun, ada janji-NYA terhadap golongan yang ingin kembali ke jalan keimanan. Ada juga ganjaran-NYA bagi yang mahu bertaubat. Semua itu menjadi lambang betapa DIA tidak pernah melupakan kita. Jadikanlah muhasabah diri yang disulami taubat seikhlas hati sebagai panduan menuju kebahagiaan yang hakiki.

18 comments:

  1. Wah menarik semua buku-buku nie, sapa yang bertuah nie ya..

    ReplyDelete
  2. soalan bocor dari kubur bestnyaaa. mudahan ada rezeki azah terselit. allahumma aamiin :) goodluck jugak buat semuaa

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu siapa yang akan dapat buku2 ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh buku wanita yang dirindui syurga tu menarik :)

    ReplyDelete
  5. Ika dah ada semua buku tu. :D Semoga yang bertuah mendapat manfaat membacanya.

    ReplyDelete
  6. Wahhh!! best2 hadiah GA MamaPipie... tahniah bakal pemenang! :)

    ReplyDelete
  7. sape la yg bertuah tu kans.. bestnya kalau dpt.. hihi..

    nak nak nak ! semua buku pon best.. cikyan xde lg..alau dpt salah satu pon okey. hahaha

    ReplyDelete
  8. Wah, hadiah buku yang sangat menarik mama. :D

    ReplyDelete
  9. Bestnya kak kalau dapat buku wanita yang dirindui syurga tu. Ana sejak dua menjak memang selalu beli buku2 sirah ni kak. Seronok pula. Semoga bertuah buat semua peserta.

    ReplyDelete
  10. bertuah la mrka yg dpt buku2 ini nanti...

    ReplyDelete
  11. hadiah menarik..semoga ramai yg join

    ReplyDelete
  12. dah lama tak topup rohani dalam diri ni. Asyik sibuk fikir kerja jea.

    ReplyDelete
  13. Menarik topik santapan rohani semua buku ni :D

    ReplyDelete
  14. Untungnya pemenang-pemenang nanti.
    Jengjengjeng....siapalah yang bertuah tu.

    ReplyDelete
  15. Wah untung siapa yg menang hadiah buku ni

    ReplyDelete

Words of wisdom