Festival Makanan Malaysia & Thailand Di Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, December 12, 2017

Festival Makanan Malaysia & Thailand Di Shah Alam

Korang tau tak sekarang ini sedang diadakan Festival Makanan Malaysia & Thailand Di Shah Alam tau. Bermacam makanan Malaysia Dan Thailand boleh didapati Di sini. Mama baru je balik Dari Festival Makanan Malaysia & Thailand Di Shah Alam tadi. Nak tengok apa Yang Kami beli? Jom tengok gambar Di bawah.

Kalau nak ke sini senang aje. Tempat dia betul betul Di hadapan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Kalau jumpa kompleks belia mesti korang Akan nampak banyak khemah putih. Haa kat situ lah tempatnya.

Jadi Mamarazzi jap sementara tunggu makcik ni sedang sediakan kerabu Maggie mama

Makanan Malaysia ni. Makanan favourite mama Dan Syafi iaitu cempedak goreng. Mana taknya Syafi pun suka makan cempedak macam mama? Dulu masa mengandung dia, mama.memang suka makan cempedak tapi lepas Tu uwek balik la. Cempedak ni rm5 dapat 8 ketui

Teh ais d royale Yang korang patut Cuba. Kalau nak letak cincau pun boleh. Free aje tau cintau tu. Sedap sangat. Highly recommended. Rm4 untuk medium cup Dan rm6 untuk cawan Yang besar sangat 

Inilah kerabu Maggie mama. Sedap tau. Pedas, masam Dan penuh dengan sayur Dan seafood seperti sotong dan udang. Balik Dari sini Dalam kereta lagi mama dah start menggaru. Allergy datang dah haha.. ni harganya RM7. Pedas yakmat padahal mama ni jenis kuat pedas. Kalau korang tak tahan pedas, minta dia buatkan kurang pedas tau.

Menu Yang korang patut Cuba juga ni. Aiskrim kelapa madu. RM8. Sedappp sangat

Pemandangan khemah Dari depan

Muka puas Hati tengah makan. Siap tapau macam2 lagi

Cucuk2 pun banyak dijual. Tapi pada mama agak Mahal juga. Sosej satu RM3. Mama kensel terus nak beli. Ada cucuk lain mama tengok sampai RM6. Tapi tak taulah kalau rasanya sedap Dan berbaloi. Ayam goreng crispy Di depan Tu ialah menu Syafi dgn Yasmin cousin dia. Cuma RM5. Disediakan dengan sos Thai Yang pedas Dan sedap

Buah mangga Ada Di mana2 saja u ol

Selain Dari Tu, Kami juga Ada membeli somtam mangga juga. Sedap boleh tahan juga tau. Rm7 saja. Menu lain Yang Ada dijual Di sini adalah kambing bakar, Nasir biryani (Sama ke dengan nasi briyani?), Nasi goreng, mee goreng, nasi ayam, mee sup, beehun sup Dan banyak lagi makanan Yang mama tak ingat namanya.

Di sini disediakan meja Dan kerusi. So senanglah Kita nak makan kat situ. Sesiapa Yang nak datang sini jomlah. Hari ahad ni 17/11/17 last tau. Gerai dibuka hingga pukul 11 Malam.

14 comments:

  1. best best. ray suke aiskrim kelapa tu. sedapppp. lepas tu mesti nk makan kerabu maggie. hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Adda, macam nak pergi lah juga nanti. Hari tu Kak Sue pergi kat area Stadium Shah Alam, nengok macam mahal aja harga makanan.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak.. Meriah betul makanan yg ada

    ReplyDelete
  4. sedaaaap... makanan dengan bahan durian ada ndak?^^

    ReplyDelete
  5. Memang meriah dan pelbagai pilihan. Meh la dtg. Juni, durian tiada.

    ReplyDelete
  6. Sedap sedap makanan dekat situ ye. Alahai kalau boleh kene terbang pergi sana nak beli makanan je.

    ReplyDelete
  7. Sedap2 semuanya. Saya pun suka cempedak goreng. Takat 10 ketul boleh hadap sorang. Hihi

    ReplyDelete
  8. Oh Ahad ni dah last yea, tapi jauh pulak nak menapak ke Shah Alam tu...hee

    ReplyDelete
  9. Ala rindu Shah Alam. Dulu masa belajar SA, wajib turun padang bila ada festival makanan la, foodtruck la.

    ReplyDelete
  10. Member bagitau kat depan Mara di KL pun tengah buat festival makanan Thailand ni..Haritu saya ada la ke sogo sbb attend event tapi tak menjenguk plak ke Mara sebab rushing nak masuk ofis..

    ReplyDelete

Words of wisdom