Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 28, 2017

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar sambil menikmati pemandangan sungai Muar Dan Masjid Sultan Abu Bakar II. Memang mendamaikan Dan mengenyangkan sekali.. Biasalah kalau pulang ke Muar, semestinya aktiviti wajib kami ialah bersarapan di sekitar bandar Muar. Sarapan mee rebus, lontong, mee bandung, dan sate di pagi hari sangat menyeronokkan. Pagi-pagi dah makan sedap-sedap siapalah yang tak seronok kan haha.. Baru-baru ni mama berpeluang bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar.

Setelah melihat rakaman Jalan-jalan Cari Makan TV3 yang di share di Facebook, maka kami pun carilah kedai Ezan Sate Ban Sate Muar yang terletak di kawasan hentian bas dan teksi bandar Muar. Tempat ni best sebab senang parking (parking berbayar RM1 sejam je) dan kawasannya yang berada betul-betul di tepi sungai Muar sangatlah mendamaikan. Selalunya mama bersarapan di area kedai Kopi 434 yang terletak di stesen bas Muar satu lagi tu. Situ pun OK gak cuma nak parking susah sikit lah.

Cuma hajat tak kesampaian sikit sebab asalnya kami nak try laksa Johor seperti dalam rakaman JJCM tu sebab nampak sedap dan pekat. Tapi rupanya laksa Johor dah lama tak dijual di sini huhuu. So, melepaslah mokcik. Jadinya kami order menu di bawah ni aje;

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar
Menu pilihan mama. Lontong. Memang sedap Di tekak mama. Rasanya perfect takde Yang lebih atau kurang

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar
Mee rebus muar pilihan ayah syafi. Dia suka mee rebus ni sebab tak manis sangat katanya. Bila mama Rasa  sikit mee rebus ni mama Rasa macam udang kering dia Ada Rasa extra sikit. Tapi Masih lagi sedap lah.

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar
Pilihan anak bujang mama. Nasi impit Dan timun tak masuk Dalam gambar. Sedap juga sate Dan kuah kacang ni 

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar
Pemandangan Dari meja Kami. Kami makan outdoor je. Ni menghadap kedai.

Bersarapan di Ezan Sate Ban Sate Muar
Dari depan kedai inilah pemandangan Yang Kami tengok sepanjang bersarapan Di sini. Memang nyaman aje. Kena hembus dengan angin sepoi-sepoi Dari sungai Muar ni 

So, kepada sesiapa Yang nak datang ke sini bolehlah ke alamat ini;

Ezan Sate Ban Sate
G18, Kompleks hentian bas/teksi maharani
84000 Muar, Johor
No telefon: 013-3030900

19 comments:

  1. Terliurnya tengok sate tuu. Dah la tengah hujan niiii, rasa lapar pulak. Keke

    ReplyDelete
  2. Tengah2 lapar ni tengok sate, tak tahan lak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya.. harus pergi muo Cari sate Tu hazmin

      Delete
  3. LZ rindu makanan Muar sebab dah lama tak balik Muar mamapp..
    Aktiviti wajib LZ juga bila balik kg iaitu breakfast di Muar..
    Hurrrmmmm telan ailio tengok sate, mee bandung & lontong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. kampung la juga dimuar ye? Bestnya jumpa org kampung kat sini

      Delete
  4. sedapnya lahai dapat lontong. susah dah nak jumpa kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah ke mommy. Kalau teringin sgt kena buat sendiri lah kalau camtu

      Delete
  5. sedapnyer lontong tu....dah lama tak makan...

    ReplyDelete
  6. mama, ray pun suke lontong...

    ReplyDelete
  7. wow...

    sekali sekala bersarapan kat luar memang sedap..

    saya ada juga peluang sarapan kat luar..tetapi tak pandai la pulak tulis review..

    hahahaha

    ReplyDelete
  8. nak singgah sini la, sebab ahad ni nak balik johor..

    ReplyDelete
  9. Wahhh menarik ni kak. Lokasi pun senang nak parking. Maklumlah muar tu sesak selalu. Susah nak dapat parking.

    Semua sedap. Semua pun fav. Oohhh memyeksa jiwa ragaku ni.

    ReplyDelete
  10. rindunya Muar..memang best kalau datang makan sini

    ReplyDelete
  11. Uniknya kat Muo ni ada sarapan sate.
    Tempat lain jarang2 jumpa.

    ReplyDelete
  12. yahooo baru lepas jenjalan cari makan kat muar dua bulan lepas. apepun kena pandai cari kedai, ada je yg pesen masak ala kadar .. By LubukSeni.com

    ReplyDelete

Words of wisdom