Selamat menyambut Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua, mama nak ucap Selamat menyambut Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah kepada semua. Awal Muharam adalah bulan pertama dalam tahun islam. 1 Muharam 622 masihi dulu dimana peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dan tarikh itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Allah berfirman:
ﺇِﻥَّ ﻋِﺪَّﺓَ ﺍﻟﺸُّﻬُﻮﺭِ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﺛْﻨَﺎ ﻋَﺸَﺮَ ﺷَﻬْﺮًﺍ ﻓِﻲ ﻛِﺘَﺎﺏِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻳَﻮْﻡَ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﻭَﺍﻟْﺄَﺭْﺽَ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﺃﺭْﺑَﻌَﺔٌ ﺣُﺮُﻡٌ ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﺍﻟْﻘَﻴِّﻢُ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (bulan Dzul Qa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab), yang demikian itu adalah (ketetapan) agama yang lurus..”
QS. At-Taubah: 36


Sempena memasuki tahun baru 1439H, semoga kita semua berjaya membuat pembaharuan dan penghijrahan yang lebih baik.

Dari *Abu Musa Al Asy’ari* radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan:
ﻛﺎﻥ ﻳﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭﺍﺀ ﺗﻌﺪﻩ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻋﻴﺪﺍً ، ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ‏« ﻓﺼﻮﻣﻮﻩ ﺃﻧﺘﻢ ».
Dulu hari Asyura’ dijadikan orang yahudi sebagai hari raya. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Puasalah kalian.”
HR. Al Bukhari

Puasa di bulan Muharram merupakan sebaik-baik puasa setelah ramadhan
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ ﺑﻌﺪ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﺷﻬﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻤﺤﺮﻡ
“Sebaik-baik puasa setelah Ramadlan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.”
HR. Muslim

Tanggal 10 muharram adalah hari di selamatkannya nabi Musa dari kezhaliman fir'aun*
Ibnu Abbas radhiallahu‘anhuma, beliau menceritakan,
ﻟَﻤَّﺎ ﻗَﺪِﻡَ ﺍﻟْﻤَﺪِﻳﻨَﺔَ ﻭَﺟَﺪَﻫُﻢْ ﻳَﺼُﻮﻣُﻮﻥَ ﻳَﻮْﻣًﺎ ، ﻳَﻌْﻨِﻰ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَﺍﺀَ ، ﻓَﻘَﺎﻟُﻮﺍ ﻫَﺬَﺍ ﻳَﻮْﻡٌ ﻋَﻈِﻴﻢٌ ، ﻭَﻫْﻮَ ﻳَﻮْﻡٌ ﻧَﺠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﻣُﻮﺳَﻰ ، ﻭَﺃَﻏْﺮَﻕَ ﺁﻝَ ﻓِﺮْﻋَﻮْﻥَ ، ﻓَﺼَﺎﻡَ ﻣُﻮﺳَﻰ ﺷُﻜْﺮًﺍ ﻟِﻠَّﻪِ . ﻓَﻘَﺎﻝَ ‏« ﺃَﻧَﺎ ﺃَﻭْﻟَﻰ ﺑِﻤُﻮﺳَﻰ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ‏» . ﻓَﺼَﺎﻣَﻪُ ﻭَﺃَﻣَﺮَ ﺑِﺼِﻴَﺎﻣِﻪِ
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura’. Beliau bertanya, *“Hari apa ini ?”*Mereka menjawab, *“Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa-pun berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah.
Akhirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, *“Kami (kaum muslimin) lebih layak menghormati Musa dari pada kalian.” kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk puasa.
HR. Al Bukhari

Puasa Asyura (10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lalu*
Dari Abu Qotadah Al Anshoriy, berkata,
ﻭَﺳُﺌِﻞَ ﻋَﻦْ ﺻَﻮْﻡِ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺮَﻓَﺔَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ‏« ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ ﻭَﺍﻟْﺒَﺎﻗِﻴَﺔَ ‏» . ﻗَﺎﻝَ ﻭَﺳُﺌِﻞَ ﻋَﻦْ ﺻَﻮْﻡِ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَﺍﺀَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ‏« ﻳُﻜَﻔِّﺮُ ﺍﻟﺴَّﻨَﺔَ ﺍﻟْﻤَﺎﺿِﻴَﺔَ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Beliau menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Beliau juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Beliau menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”
HR. Muslim no. 1162

Dianjurkan juga puasa pada tanggal 9 Muharram
Ibn Abbas Radhiyallahu allahu ‘anhuma, beliau menceritakan:
ﺣﻴﻦ ﺻﺎﻡ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭﺍﺀ ﻭﺃﻣﺮ ﺑﺼﻴﺎﻣﻪ ، ﻗﺎﻟﻮﺍ : ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ! ﺇﻧﻪ ﻳﻮﻡ ﺗﻌﻈﻤﻪ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ، ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : )) ﻓﺈﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﺍﻟﻌﺎﻡ ﺍﻟﻤﻘﺒﻞ ، ﺇﻥ ﺷﺎﺀ ﺍﻟﻠﻪ ، ﺻﻤﻨﺎ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻟﺘﺎﺳﻊ (( . ﻗﺎﻝ : ﻓﻠﻢ ﻳﺄﺕ ﺍﻟﻌﺎﻡ ﺍﻟﻤﻘﺒﻞ ﺣﺘﻰ ﺗُﻮﻓﻲ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan para sahabat untuk puasa.
Kemudian ada sahabat yang berkata:   Ya Rasulullah,  sesungguhnya hari  Asyura  adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani.
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Tahun depan, kita akan berpuasa di tanggal sembilan.”Namun, belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah diwafatkan.
HR. Al Bukhari

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, sesungguhnya kami redha Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami. Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Salam maal hijrah ya mamapp, semoga hijrah Kita adalah hijrah yg diredhaiNya.

    ReplyDelete
  2. Menarik.

    Selamat menyambut Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah kepada mamapp.

    ReplyDelete
  3. Amiiinn ya rabbal alaminn. Salam maal.hijrah juga untuk mamapp.

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah mama. Semoga hijrah kali ini membawa perubahan positif utk kita semua.

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah juga mama..
    xlewat sgt nk wish lagi kan..hehe =p

    ReplyDelete
  6. i'm late
    selamat tahun baru Islam ya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post