Laksam sedap di Kota Bharu - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Saturday, September 23, 2017

Laksam sedap di Kota Bharu

Laksam sedap di Kota Bharu. Beberapa Hari ni kesakitan Gigi mama dah beransur pulih setelah duit pun banyak terbang Dan makan 2 jenis antibiotic Serta painkiller. Alhamdulillah.. so, mood makan pun dah kembali mengganas haha.. boleh gitew? Masa mama buat entry Sup-gearbox-kedai-makan-zuraini-kota-bharu dulu mama Ada janji nak bagitau satu lagi tempat makan Yang mama recommend Di Kota Bharu especially bagi penggemar laksam macam mama ni. Sedangkan kat Shah alam ni pun mama selalu beli lagikan Pula kalau dah ke Kelantan, haruslah mencari Kan.. ni boss mama Yang memang recommend sangat2 sampaikan beriya ajak makan Laksam sedap di Kota Bharu ni dulu walaupun flight lagi sejam lebih lagi nak depart. Tapi memang berbaloi la makan Di sini.

Kedai apa Yang mama pergi? Tentulah Bay T Laksam Yang terletak Di Jalan Raja Perempuan Zainab II , Pengkalan Chepa Kelantan. Lokasi restoran ini tak jauh sangat dari Lapangan terbang Sultan Ismail Petra Dan dekat Pula dengan cawangan office mama Di kawasan Perindustrian dekat situ.

Tu dia.. mama tengok gambar ni Terasa nak makan Pula tapi jauh nun nak pergi Cari. Istimewa ya laksam ni adalah serunding Dan telur puyuh Yang diletakkan Di dalam laksam. So far, inilah first time mama makan laksam Yang Ada telur puyuh Dan serunding macam ni. Rasanya memang awesome sangat! Kalau tak silap harganya cuma RM4.50 saja murah Kan.. berbaloi sangat dengan harganya Tu.

Pemandangan Dari Dalam kedai. Kena order kat kakak tudung peach Tu. Mama minta extra cili baru sedap. Pedass. Kawan-kawan Yang lain tak berani sebab katanya pedas sangat. Tapi mama Rasa biasa saja.

Pemandangan Dari luar kedai. Dah Malam so gambar pun gelap la.. Tu je Yang mama mampu ambil hihi.. Hati dah tak sabar nak sampai Shah alam. Keesokkan harinya Pula mama pergi ke klinik Gigi. Masa kat sini dah start dah sakit Gigi Tu alahai bertabah sesangat menahannya.

Hmm.. macam Akan jejak ke sini lagi je nanti. Sebab Ada lagi testing nak buat kat sini. Bolehlah ke Bay T lagi kalau mama outstation lagi 😄

19 comments:

  1. x rajin sapa make laksam sini... nampak pun sedap

    ReplyDelete
  2. dahlah tengah lapar! sedap tengok laksam niiii!!

    ReplyDelete
  3. uih lama tak makan laksam, teringin plak mama

    ReplyDelete
  4. sedapnyerrrr mama...mana nak carik ni.....nak sekarang jugakkk

    ReplyDelete
  5. dah sakit-sakit pun masih gagah nak tulis blog..

    memang real blogger la nie..

    p/s :laksam tu sama ke dengan laksa ?

    ReplyDelete
  6. Ha a mmg sangat jarang jumpa laksam ada telur puyuh dengan serunding kat KL ni.
    Sesekali suka jugak makan laksam. Menghirup kuah ikan, alahai mmg nikmat sangat

    ReplyDelete
  7. laksam n nasi kerabu mmg faveret sgt..klu nk makan mesti nk org kelantan buat..nasib kt muar ni ramai chef kelantan..senang nk cari.

    ReplyDelete
  8. byt ni 5 minit je dari rumah kami haha.. hari taklalu makan nasi, pegi cari laksam kat sini je la.

    ReplyDelete
  9. kita laksam.tk.pandai makan sgt..kalau.nasi kerabu tu sukaaa..hihi

    ReplyDelete
  10. Aihhh sodapnya laksam.. Peberet mummy tu! yummy...

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik dihidangkan sekali dengan telur puyuh dan juga Serunding... nampak lain, rasa pun mesti lain jugakkan..

    ReplyDelete
  12. Mama kena belajar buat kuah laksam kelate la. Kalau di sini ada yg jual laksam yg dah siap. Kalau di KL kena buat sendiri guna tudung periuk lah ye...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya nampak laksam tu. Uniknya ada serunding dan telur puyih. Harga pun murah sgt. Dekat selayang ni dah xde laksam yg sedap. Semua nya cair je kuah. Tak feel nak makan dah.

    ReplyDelete
  14. Laksam memang sedap. tak pernah puas kalau makan kat kedai, portion kecik2. Last2 kena masak sendiri juga, haha.

    ReplyDelete
  15. mmg spesel laksam di kota bharu, siap ada tlr puyuh ngn serunding,
    bila dh kene ngn selera, mmg rasa nk mkn lagi n lagi

    ReplyDelete
  16. Berbaloinya harga.. ada telur puyuh dan serunding.. sedapnya..

    ReplyDelete
  17. laksa ke laksam kaaa..makanan2 mcm ni biasa mak yaya sukala beli..yaya makan je kalo dibeli..
    kat kb mknanan bnyk yg sedap2 kan

    ReplyDelete
  18. sakit gigi memang tak tertahankan
    sakitnya minta ampun...
    sudah sembuhkah sakit giginya sekarang ya

    ReplyDelete

Words of wisdom