5 perkara yang wanita tidak tahu mengenai haid

5 perkara yang wanita tidak tahu mengenai haid

Bertahun lamanya anda mengalami haid, dananda fikir anda tahu semuanya. Kemudian tiba-tiba salah seorang temanbertanyakansoalandananda tidaktahu untukmenjawabnya. Menurut pakar ginekologi, masih lagi terdapat persoalanyang sentiasa ditanya oleh wanita berkaitan haid. Berikut adalah 5 perkara yang wanita tidak tahu mengenai haid:







1Mengapa saya mengalami PMS atau sindrom prahaid?


PMS atau sindrom prahaid berlaku disebabkan tubuh wanita amat sensitif terhadap perubahan hormon. Dalam masa seminggu atau lebih 10 hari sebelum kedatangan haid, tahap hormon- progesteron dan estrogen – akan berubah dengan mendadak. Perubahan hormon itu akan menyebabkan gejala-gejala seperti perut mengembung, mood yang tidak menentu, sakit kepala, payudara rasa sakit apabila disentuh, dan kelesuan. Menurut satu kajian, walaupun lebih kurang 90 peratus wanita mengalami beberapa gejala-gejala sebelum kedatangan haid, tetapi lebih kurang 20 peratus atau kurang yang mengalami gejala-gejala teruk hingga boleh mengganggu aktiviti normal. Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ringan atau teruk, apa yang boleh anda lakukan adalah menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Caranya adalah dengan cuba untuk melakukan senaman setiap hari terutamanya ketika PMS. Minum banyak air agar tidak mengalami dehidrasi. Makanlah setiap dua jam dan jauhkan diri daripada kafein mahupun alkohol.

Menurut pakar, jika mood adalah masalah utama, pengambilan makanan tambahan seperti kalsium dikatakan mampu membantu mengatasinya. Pengambilan kalsium dan vitamin D dikatakan dapat mengurangkan risiko mendapat PMS. Wanita yang mengambil kira-kira empat hidangan susu rendah lemak atau makanan berasaskan tenusu atau jus oren setiap hari dikatakan kurang mengalami PMS jika dibandingkan dengan wanita yang tidak melakukan perkara yang sama. Malah terdapat juga pendapat pakar bahawa kekurangan vitamin D dan kalsium membawa kepada PMS.






2Mengapa kitaran haid saya tidak tetap?

Ada antara wanita tidak berovulasi secara tetap dan kesannya mereka mengalami haid yang tidak tetap. Stres dan sakit sebagai contohnya boleh memberi kesan kepada kitaran. Tetapi adalah penting untuk mengetahui definisi kitaran ‘tetap’ sebelum mengatakan diri anda mengalami haid yang tidak tetap. Apa yang seseorang wanita fikir sebagai kitaran tidak tetap, boleh jadi bukan seperti apa yang difikirkannya. Kitaran ‘tetap’ bermakna antara 25 hingga 35 hari, pengiraan daripada hari pertama pendarahan kepada permulaan haid selepas itu. Ramai wanita mengatakan mereka tidak normal jika mereka tidak mengalami haid pada hari sama pada setiap bulan. Sebenarnya anda tidak perlu risau dan tidak perlu mengharapkan ia akan berlaku pada hari sama pada setiap bulan. Kadangkala ingatan wanita terhadap haid terakhir mereka tidak tepat. Bagi mengatasi masalah tersebut, apa yang boleh dilakukan adalah menyimpan rekod atau membuat catatan setiap kali haid bermula dan berakhir.

Sebab lain haid tidak tetap atau tidak datang (selain mengandung), termasuklah berat badan berlebihan atau kehilangan berat badan, masalah pemakanan, senaman berat seperti yang dilakukan oleh atlet, dan masalah hormon. Kesimpulannya, jika haid anda tidak kembali normal pada bulan seterusnya, anda boleh menjalani pemeriksaan dengan doktor.


3Adakah mustahil untuk mengandung semasa haid?

Ia mustahil tetapi boleh berkemungkinan juga berlaku. Cara terbaik adalah untuk memastikan jika pendarahan tersebut benar-benar haid. Ia mungkin tompok darah antara haid. Ada antara wanita yang mengalami pendarahan apabila mereka berovulasi. Jika anda menganggap ia sebagai haid, bermakna anda boleh mengandung. Atau apabila seseorang wanita itu melakukan hubungan seksual pada penghujung haid dan, bergantung pada jangka masa kitarannya, wanita tersebut berovulasi beberapa hari kemudian. Secara teknikalnya, wanita tersebut berada pada penghujung haid, kemudian berovulasi dua atau tiga hari kemudian, dan sperma itu masih lagi ada. Kemungkinan wanita itu mengandung tetap ada.






4Jika saya mengalami haid, bolehkah saya pastikan bahawa diri tidak mengandung?

Anda tidak boleh 100 peratus pasti mengatakan diri mengandung. Mungkin boleh berlaku pendarahan di awal kehamilan. Pastikan anda memberi perhatian sama ada ia berterusan sebagaimana haid biasa. Apa yang penting adalah jika anda mengalami gejala-gejala lain seperti loya, lakukanlah pemeriksaan dengan doktor. Ujian menguji kehamilan boleh juga dilakukan bagi mengesahkan diri mengandung atau tidak.


5Jika saya membiarkan tampon terlalu lama adakah ia boleh menyebabkan risiko sindrom kejutan toksik?

Sindrom kejutan toksik atau TSS, adalah penyakit yang boleh membawa maut yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bakteria tersebut menghasilkan toksin yang menyebabkan sindrom kejutan toksik.

TSS boleh dikenali melalui demam secara tiba-tiba, rasa sejuk, diarea, muntah-muntah, sakit otot, dan ruam. Ada antara pakar mengatakan pemakaian tampon terlalu lama, boleh menjadi tempat membiak bakteria dan menyebabkan sindrom itu berlaku. Ada pula yang mengatakan berapa lama anda memakai tampon tidak meningkatkan risiko untuk mendapat sakit. Sebenarnya, berapa lama anda perlu memakai tampon? Cara paling terbaik untuk mengetahuinya adalah dengan melihat cadangan yang ditulis pada bungkusan tampon.

Boleh juga baca entry mama yang berkaitan di sini


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. semalam bawak mak g jumpa pakar ginekologi... huaa.. mak x jadik buang fibroid...

    ReplyDelete
  2. owh!! skang baru paham
    hmmm, camne lah kalau
    kawin nanti kan. bini oo bini :P

    ReplyDelete
  3. ermm good info dik .. thanx sharing .. kalau tidak x tahu punnn :)

    ReplyDelete
  4. Assalam Alaikum

    You have a great blog.

    ReplyDelete
  5. kpd kaum lelaki, bacalah sbg info korang yer.. at least korang pon leh jawab kalau adik, kakak or isteri tanya.

    gp, hopefully fibroid mak tu tak teruk. akak pon penah kena fibroid gak masa ngandungkan syafi.

    kak ieda n kak nza, just sharing apa yg saya ada. menda yg baik elok dikongsi, kan

    ReplyDelete
  6. walaupun saya lelaki tetapi saya nak ucap terima kasih sebab ilmu saya bertambah
    cuma nak tahu apa itu TAMPON
    baru 1st time dengar

    ReplyDelete
  7. bagus gak utk tambah info ni han.. fyi, tampon tu fungsi dia sama cam pad, cuma rupanya macam straw dan dimasukkan ke dalam vagina.. hope membantu

    ReplyDelete
  8. thanks for the info...seronok baca . jemput singgah rumah saya ye Fadilah Vitashop

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post