Lunch Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam

Salam Jumaat semua. Last week mama akhirnya berkesempatan Lunch Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam. Kedai ni dibuka tahun lepas tapi masa tu mam tengo ramai sangat orang beratur maka mama chill2 dulu bagi orang lain makan dulu hihi..


Lunch Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam 

Kedai ni nampak jelas dari wad arwah mak mertua mama, Sebab tu dulu mama selalu sekodeng dari tingkap wad.


Rambang mata juga nak pilih lauk

Akhirnya mama memlih layk ayam kicap, telur masin dan bendi. Mama tak tau kalau pilih nasi kuning memang diberi telur sebiji. Maka bertambah la telur di pinggan mama. Ada juga pilihan nasi putih

Lauk ayah.. Suka la dia sebab ada lauk kentang goreng favourite dia

Masih ramai orang dan masih ada orang beratur. Tapi dah tak seramai dulu queue panjang bebenar

Overall kami puas hati dengan lauk nasi kandar kat sini. Lauknya sedap dan tak manis sangat. Kuahnya pekat. Patutlah ramai yang datang makan kat sini. Walaupun ramai tapi tempat duduk dia pun ada banyak. Total makanan kami RM 26 termask air tech ais dan air kosong. 

p/s: Mama repeat lagi beberapa hari lepas hihi. kali ni mama ambil daging. sedap juga


Maklumat Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam


Alamat: 7, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 7 pagi - 10 malam



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. baru semalam sy nampak foto Beckham kat repan resto nasi kandar saddam
    tapi kat caw Sogo KL laa
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh yeke.. so beckham dh makan la nasi saddam ni ye.. caya aa

      Delete
    2. penat2 dtg dari jauh so dia nk jg try nasi kandar kannnn hahahaha. kalau bawa victoria tu kompem tak mkn hahahahaha

      Delete
  2. uiii kecurrr dibuatnya
    walaupun baru lps lunch ni
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kandar mana ada masa tak kecur kan anies hihi

      Delete
  3. perghh dia punya menu eh memanggil esok kena makan la ni nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tgk gambar ni pn terasa nak repeat haha

      Delete
  4. Kalau makan nasi macam ni suami suka la campur sekali kuah banyak jenis. Saya kurang makan nasi kandar ni. Kalau makan selalunya kuah 1 jenis atau takde kuah langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xde kuah langsung mama pun pernah juga tapi dgn syarat makan ayam bawang sebab kuah kat ayam tu dh pekat

      Delete
  5. Sama Mama set nasi tu, suka ayam kicap.

    ReplyDelete
  6. Confirm saya akan cari nanti 😍😍😍. Terlalu suka dengan nasi kandar. Ini termasuk kuliner yg tak pernah saya skip kalo ke Malaysia 😄😄❤️

    ReplyDelete
  7. Saya kalau makan nasi kandar mesti nak cari ayam madu atau ayam bawamg. Biasalah sejenis tak tahan pedas. Huhu

    ReplyDelete
  8. dari jauh boleh nampak bangunan nasi kandar saddam ni

    ReplyDelete
  9. peminat nasi kandar pasti suka...byk juga cawangan nasi kandar saddam ni ye...kita tk minat sgt

    ReplyDelete
  10. Sedapnya nasi kandar. Entah bila boleh makan lagi. Di LD tak ada kedai jual nasi kandar.

    ReplyDelete
  11. kari pekat tu yang mantap...tapi ammi kalau makan nasi kandar jarang letak kuah kicap tu sbb mcm dia potong rasa kari

    ReplyDelete
Previous Post Next Post