Salam Jumaat semua. Last week mama akhirnya berkesempatan Lunch Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam. Kedai ni dibuka tahun lepas tapi masa tu mam tengo ramai sangat orang beratur maka mama chill2 dulu bagi orang lain makan dulu hihi..
Lunch Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam
Kedai ni nampak jelas dari wad arwah mak mertua mama, Sebab tu dulu mama selalu sekodeng dari tingkap wad.
Rambang mata juga nak pilih lauk
Akhirnya mama memlih layk ayam kicap, telur masin dan bendi. Mama tak tau kalau pilih nasi kuning memang diberi telur sebiji. Maka bertambah la telur di pinggan mama. Ada juga pilihan nasi putih
Lauk ayah.. Suka la dia sebab ada lauk kentang goreng favourite dia
Masih ramai orang dan masih ada orang beratur. Tapi dah tak seramai dulu queue panjang bebenar
Overall kami puas hati dengan lauk nasi kandar kat sini. Lauknya sedap dan tak manis sangat. Kuahnya pekat. Patutlah ramai yang datang makan kat sini. Walaupun ramai tapi tempat duduk dia pun ada banyak. Total makanan kami RM 26 termask air tech ais dan air kosong.
p/s: Mama repeat lagi beberapa hari lepas hihi. kali ni mama ambil daging. sedap juga
Maklumat Nasi Kandar Saddam, Seksyen 7 Shah Alam
Alamat: 7, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 7 pagi - 10 malam
Tags
FOOD
baru semalam sy nampak foto Beckham kat repan resto nasi kandar saddam
ReplyDeletetapi kat caw Sogo KL laa
hahaha
uihh yeke.. so beckham dh makan la nasi saddam ni ye.. caya aa
Deletepenat2 dtg dari jauh so dia nk jg try nasi kandar kannnn hahahaha. kalau bawa victoria tu kompem tak mkn hahahahaha
Deleteuiii kecurrr dibuatnya
ReplyDeletewalaupun baru lps lunch ni
hahaha
nasi kandar mana ada masa tak kecur kan anies hihi
Deleteperghh dia punya menu eh memanggil esok kena makan la ni nampaknya
ReplyDeletemama tgk gambar ni pn terasa nak repeat haha
DeleteKalau makan nasi macam ni suami suka la campur sekali kuah banyak jenis. Saya kurang makan nasi kandar ni. Kalau makan selalunya kuah 1 jenis atau takde kuah langsung.
ReplyDeletekalau xde kuah langsung mama pun pernah juga tapi dgn syarat makan ayam bawang sebab kuah kat ayam tu dh pekat
DeleteSama Mama set nasi tu, suka ayam kicap.
ReplyDeletemeriah sungguh makanannya..
ReplyDeleteConfirm saya akan cari nanti 😍😍😍. Terlalu suka dengan nasi kandar. Ini termasuk kuliner yg tak pernah saya skip kalo ke Malaysia 😄😄❤️
ReplyDeleteSaya kalau makan nasi kandar mesti nak cari ayam madu atau ayam bawamg. Biasalah sejenis tak tahan pedas. Huhu
ReplyDeleteTak pernah makan lagi nasi kandar
ReplyDeleteSedapnya ;)
ReplyDeletedari jauh boleh nampak bangunan nasi kandar saddam ni
ReplyDeletepeminat nasi kandar pasti suka...byk juga cawangan nasi kandar saddam ni ye...kita tk minat sgt
ReplyDeleteSedapnya nasi kandar. Entah bila boleh makan lagi. Di LD tak ada kedai jual nasi kandar.
ReplyDeletekari pekat tu yang mantap...tapi ammi kalau makan nasi kandar jarang letak kuah kicap tu sbb mcm dia potong rasa kari
ReplyDelete