Selamat Tahun Baru 2024 - New Year, New Age

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita survive sehingga tahun 2024 semoga kita semua sentiasa diberikan keberkatan umur, rezeki dan kesihatan. Harini adalah hari ke 2/366 hari untuk tahun ini. Masih sempat untuk melakarkan plan utk tahun ni. Tahun ni juga special sebab tahun lompat. Mama doakan semoga segala impian kita menjadi kenyataan tahun ini. Selamat Tahun Baru 2024 - New Year, New Age.


31 Disember 2023


Mama spend last day of the year dengan melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor. Ada pameran Rehlah Nabawiyyah. Menarik tau korang boleh pergi visit sana. Pameran sudah bermula sejak 2021 lagi. Nanti mama buat post lain ye.


Kemudian, kami mendapatkan ZUS terakhir untuk tahun 2023. Mama memang berhasrat untuk beli ZUS setelah deria rasa dan bau mama kembali semula selepas dijangkiti Covid. Walaupun belum 100% pulih tapi mama dan teringin nak ber ZUS hihi.


Malam tu mama tidur awal hihi.. Selalunya mama tunggu kul 12 tgh malam tapi tidak untuk kali ini. Mama berazam nak tidur awal setiap hari. Nak dapatkan quality sleet dari kul 10 malam - 2 pagi tu. Sebelum ni mama selalu tidur lambar dlm kul 1 pagi +-.. Malangnya tidur malam tu tak berapa lena. Baru teringat yang mama ni tak boleh minum kopi selepas Asar. Kompem susah nak tido huhu..Memang mencari pasal hihi..


1 Januari 2024. 


Happy New Year!! Alhamdulillah..  Bertemu Tahun Baru 2024,  New Year, New Age buat mama. Bertambah lagi setahun umur mama. Barulah mama buka wasap dan medsoc. Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan dan mendoakan mama. Mama doakan perkara yg sama dan dilipatgandakan untuk semua.


Makan kat SR aje.. Seronok rasanya bila dapat sambut dengan family kecik mama. Lengkap kali ni sebab anak mama belum pulang ke asrama lagi. Memula ingat nak order fav cake mama Chocolate cheesecake tapi outlet tu tak ambil pula cake tu. So, mama pilih Choc Cheese Berries Cake dan Hokkaido Triple Cheese Chocolate Cake. Sedap juga walaupun tak sepekat rasa chocolate cheesecake.


Syukur kepada Allah kerana memanjang umur mama. Semoga tahun ini tahun terindah buat mama. Mama berdoa agar tahun ini mama tidak kehilangan sesiapu. 3 tahun bertururt2 dari tahun 2021,2022 dan 2023 mama kehilangan insan yang terdekat dengan mama. Alfatihah buat mereka yang telah pergi..

Balik dari makan sempat kami melawat insan tersayang yang sudah tidak bersama lagi tahun ini huhu..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. alhamdulillah...
    happy bday mama...semoga yang baik2 je utk tahun ini...aamin

    ReplyDelete
  2. Happi birthday dan selamat tahun baharu

    ReplyDelete
  3. happy bday mama pp! moga diberi kesihatan yg baik sepanjang tahun ni aminnn

    ReplyDelete
  4. Happy New Year & Happy Birthday Mamapp

    ReplyDelete
  5. Sanah Helwah Adda, semoga cepat sembuh. Selamat tahun baru juga..

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru Mama 🌷
    Semoga yang baik² utk kita semua tahun ni 🤲

    ReplyDelete
  7. Happy birthday...reward diri sebagai tanda syukur diberikan peluang menambah amalan..
    zus tu memang tempting

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempting sgt sampai mama tak boleh tido malam tu hihi.. overdose cafein

      Delete
  8. Hehe senang sambut harijadi yang memang sudah cuti.
    Alhamdulillah atas segala nikmat.

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru mama... semoga dipermudahkan urusan, dilimpahkan rezeki yg luas dan diberkati dan sentiasa dlm lindungan Allah.. selamat ulang tahun.. semoga tahun ini baik2 saja

    ReplyDelete
  10. wishing you and yours some well-deserved downtime and a very happy new year to come....

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru daan selamat hari lahir...moga tahun ini beri lebih manfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  12. insyaallah..semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya
    setiap yang hidup pasti akan pergi mama... kita semua tau itu fitrahnya. Tapi memang sukarkan nak terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ammi.. mmg hidup mati rahsia Allah.. semoga semua yg kita kenali panjang umur dan murah rezeki hendaknya

      Delete
  13. terima kasih semua atas doa.. mama doakan semua hajat dan impian korang juga akan tercapai tahun ni. happy new year

    ReplyDelete
  14. hepi belated birthday mama. hepi new year. semoga tahun 2024 membawa kebaikan untuk mama sekeluarga

    ReplyDelete
  15. Happpy belated birthday and happy new year mama!

    ReplyDelete
  16. Happy new year Adda, dan Happy belated birthday .... sweet brp tahun ni?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post