Cepatnya RM100 eMadani Masuk Akaun

Assalamualaikum semua.. Sebelum tu mama nak bgtau kalau korang perasan apa2 yg berlaku harini kat blog ni harini korang buat tak tau je la ye hihi.. Semalam RM100 eMadani mama telah pun di masukkan ke akaun MAE mama. Tak sangka Cepatnya RM100 eMadani Masuk Akaun.


Cepatnya RM100 eMadani Masuk Akaun

Honestly, mama ni sejenis yang tak ambil tahu sangat perkara macam ni. Tapi hari Isnin hari tu kat grup2 wasap grup mama banyak yg cerita pasal eMadani. Akhirnya setelah adik mama sendiri yg peringatkan untuk mohon maka mama pun cari tahu la tentang eMadani ni. Wah, tak sangka mama layak juga rupanya untuk mohon.

Baca juga: Wang Tak Dituntut - Tak perlu terburu-buru



Mama mohon melalui MAE aje. Mujur ada MAE. Mama ni takde touch n go ewallet. ShopeePay ada tapi apply guna MAE lagi senang rupanya. Nak tebus pun senang guna MAE juga. Scan QR code saja



Mama apply Isnin petang, tau2 semalam before lunchtime udah masuk. Tak sangka laju juga dapatnya. Hmm.. agaknya boleh buat beli coklat kat Pangkor tak nanti hihi.. Mama plan nak ke Pangkor ni.

Tentang eMadani

Buat yang tak tau tentang eMadani, kat sini mama ringkaskan sediti ye


Apakah RM100 eMADANI?

eMADANI ialah pemberian daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Pemberian dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian e-wallet yang mengambil bahagian.


Siapa yang layak mendapat RM100 eMADANI?

Kriteria kelayakan adalah:

  • warganegara Malaysia; 
  • Berumur 21 tahun dan ke atas pada 2023; 
  • Bukan penerima eBeliaRahmah
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod setakat 7 November 2023 ATAU
  • memperoleh pendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat 15 Julai 2023.


Bagaimana Menebus RM100 eMadani

Aplikasi untuk menebus eMadani ialah

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • TNG eWallet


Bilakah tarikh untuk menebus RM100 eMADANI?

Tempoh penebusan RM100 eMADANI adalah dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.


Di manakah eMADANI RM100 itu boleh digunakan?

eMADANI RM100 hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran kod QR di mana-mana peniaga di seluruh negara, termasuk peniaga kod QR DuitNow bank yang mengambil bahagian & eWallet. 


RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah: 

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Pengeluaran tunai
  • Pembayaran bil utiliti bersepadu apl
  • Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi
  • Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan prabayar
  • Pembelian permainan bersepadu apl
  • Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi 
  • Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi
  • Urus niaga QR rentas sempadan


Mengapakah eMADANI tidak berjaya?

  • Butiran berdaftar seperti nama dan kad pengenalan tersilap dimasukkan
  • Tidak memenuhi syarat warganegara, umur dan pendapatan
  • Tidak membuat e-filing cukai LHDN untuk tahun 2022 (Ni kawan mama kena)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. wah...tahniah mama...tak semua dapat tu...hihihi...linda lah termasuk dalam senarai tak dapat

    ReplyDelete
  2. dana mohon kt mae tak lepas kak... ampeh betul

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sy dah dpt mlm td. sy gn tng. sng nk top up tambang tren nnt😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan berminggu2 jugak tu bayar train kan anies

      Delete
  4. Alhamdulillah..rezeki Allah nak kasi kan...
    dah berjaya claim, cuma x guna je lagi...

    ReplyDelete
  5. laa awat ramai tak lepasa ye? agaknya gaji korang RM100k setahun kot

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah saya pun dapat, tapi apply guna TnG. Memang laju betul masuk akaun kan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki..
    Shopping sakanlah mama di Pangkor nanti hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah mama.. Sy claim guna shopeepay saja.. Dah guna smlm haha.. Kecewa sikit sbb ingatkan boleh order brg d'shopee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. so, sebenarnya sama cam MAE la kot ye cuma ala ewallet shopee pay

      Delete
  9. ammi cuba di TNG dan alhamdulillah dapat. masa mula tu risau je kene rejek sebab selalunya mmg awal-awal dah kena rejek. hmmm

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah sudah dapat.
    Selamat bercuti Adda.

    ReplyDelete
  11. Saya punya dah tinggal 50 hengget, seronok saya jolikan hihi

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah rezeki tu mama..sbb ramai yg tak berjaya, antaranya saya lah tu..tak layak..dh try kat shopee, tng & mae..semua x lulus..haha..

    ReplyDelete
  13. Boleh claim sebab belum tau nak beli apa hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post