Review Hotel Regalodge Ipoh Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, January 9, 2023

Review Hotel Regalodge Ipoh Perak

Assalamualaikum semua. Hari ini mama nak buat Review Hotel Regalodge Ipoh Perak. Hotel ni terletak di Ipoh Perak dan semenjak bulan Mai tahun 2022 sampai sekarang mama dah pernah stay kat sini selama 3 kali. Kali terakhir mama ke sini adalah pada awal tahun ni iaitu pada birthday mama di tahun baru. Mama suka hotel ni.

Sambil tu baca ni juga


Review Hotel Regalodge Ipoh Perak 

Hotel ni banyak juga biliknya. Nampak cantik dari luar kan

Sepanjang 3 kali ke sini, kesemua bilik adalah lebih kurang. Mama pernah juga bermalam di bilik yang ada katil 2 single. Not bad juga. Gambar ni adalah bilik yang ada katil double. Tilam, selimut dan bantal dia selesa. 

Deco bilik yang simple dan minimalis


Setiap bilik air dia memang ada bathtub. Ada diberi sabun mandi, shampoo, berus gigi + ubat gigi beserta shower cap. Serba lengkap kan. 

Ada fridge, iron, safety box dan kettle. Walaupun bilik untuk 2 orang tapi air mineral diberikan sebanyak 4 botol. Walaupun bilik ni didatangkan bersama breakfast tapi masih diberi air kopi 3-in-1 juga. 

Ruangan lobi

Sepanjang berada di sini memang terasa selesa dan staff di sini semuanya friendly sentiasa dengan senyuman. Mama selalunya tempah hotel ni melalui booking.com. Kalau book bilik kat disini memang disertai dengan breakfast. Harini mama tak sempat nak cerita pasal breakfast. Nanti mama review Limestone Restaurant kat hotel ni pula ye. 

Parking ada di premis, tapi kalau penuh ada pakcik guard akan suggest kat mana boleh parking. Free aje walaupun parking luar. Walaupun mama singgah sini biasanya untuk tidur aje sebab selalunya check in malam, tapi pengalaman duduk sini ok.Tak mustahil mama akan kembali lagi nanti sebab mama kan selalu ulang alik melalui Ipoh.


Maklumat Hotel Regalodge Ipoh Perak



Regalodge Hotel Ipoh

Alamat: 131, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh, Perak
No telefon: 05-242 5555


11 comments:

  1. Janji bersih dan selesa kan mama? Selalu jugak mama stay situ ya

    ReplyDelete
  2. Nampak macam selesa dan cantik hotel tu.

    ReplyDelete
  3. Cantik la bilik dia...minimalis sanagt deco ni...

    ReplyDelete
  4. Boleh masuk dalam list ni kalau ke Ipoh lagi

    ReplyDelete
  5. Cantik, macam best jugak hotel nie. Next time boleh lah suggest kat Abang Man datang sini jugak..

    ReplyDelete
  6. kenapa laaa kami tak jumpa hotel ni masa g ipoh dulu...

    ReplyDelete
  7. cantik..nama hotel tak familiar tapi deko dlm bilik & keseluruhan cantik..kemas...

    ReplyDelete

Words of wisdom