Jadilah Seorang Yang Pengasih Untuk Dirahmati Allah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Post Top Ad

Friday, January 20, 2023

Jadilah Seorang Yang Pengasih Untuk Dirahmati Allah

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Dihari mulia ini mama nak share hadith Rasulullah SAW berkenaan dengan sifat pengasih. Jadilah Seorang Yang Pengasih Untuk Dirahmati Allah. Semoga bermanfaat untuk diamalkan.


Jadilah Seorang Yang Pengasih Untuk Dirahmati Allah


سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (Sahih Bukhari No: 1284). 


gambar hiasan

Kesimpulan Hadith:


1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.

3.  Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat  membantu kepada yang memerlukan pertolongan,  sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan motivasi kepada mereka.

4.  Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong dan membantu mereka, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

5.  Jika kita benci pada perbuatan buruk seseorang, jangan sampai kita tidak berlaku adil dengan menzalimi mereka. Lakukanlah dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak. "Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"


Sumber: 1 Hari 1 Hadis 


13 comments:

  1. "Tidak beriman seorang Muslim itu sehingga dia mengashi saudaranya seprti dia mengasihi dirinya."

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul. terkadang manusia suka lupa dengan itu

      Delete
    2. nama pun manusia kan...fitrahnya mmg pelupa

      Delete
  2. manusia dicipta dengan sifat kasih. Kasih diberi Tuhan agar manusia bisa menjadi khalifah di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  3. Entahlah kadang-kadang marah untuk perkara kecil.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih mama atas perkongsiannya. In shaa Allah! ;)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terima kasih peringatan sesama kita kak

    ReplyDelete
  7. So far masih banyak kekurangan saya. Masih tak mampu berbaik dengan orang yang ada buat salah.

    ReplyDelete
  8. kasih-mengasihi.
    saling maaf-memaafkan.
    aida masih lagi mendidik diri sendiri.
    in shaa Allah :)
    tq atas peringatan ni.

    ReplyDelete

Words of wisdom