Kali Kedua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, November 22, 2022

Kali Kedua

Assalamualaikum semua.. apa khabar korang. Mesti semua berdebar-debar menunggu2 pengumuman PM ke 10 kita ni kan. Semoga keputusan yg keluar nanti adalah keputusan yang paling tepat untuk semua rakyat Malaysia. Amin. 

Mama pula..  mama ada dirumah ni. Pukul 1.20 baru bangun tido hihi.. Badan tak berapa sihat. Nampaknya mama diuji sekali lagi dengan COVID-19. Ni kisah kali pertama mama dijangkiti Covid.


Swab test  semalam

Hari Ahad lepas mama hantar anak ke asrama. Ye la tunggu2 keputusan PRU tiada lagi pengumuman cuti maka mama pasrah la hantar anak. Masa Tu mama dh muka sakit tekak. Dalam hati dh tak sedap dah. So mama sekeluarga buat swab test Dan kesemua Kami -ve. So mama proceed la hantar anak.

Semalam otw balik ke Shah Alam badan mama rasa makin tak sihat. Badan sakit2 dan rasa dedar. So bila sampai rumah terus buat swab test. Dan keputusannya positive. Terus mama call anak dan suruh dia buat swab sekali Lagi. Alhamdulillah Masih -ve. En hubby pun negative. Semoga mereka tak terjangkit hendaknya.

Jadinya, sekarang mama kuarantin di rumah. Simptom kali ni ada sedikit lain dari Kali pertama. Suhu badan tak tinggi 36++ aje. Cuma badan dan kepala sakit2 macam org demam. Mata berair aje macam panas dalam. Sakit tekak sama mcm dulu cuma kali ni disertai batuk yg agak teruk Dan selsema. Sekali batuk mmg tak berhenti2 sampai nak termuntah. Makan pun kurang selera. Tapi mama boleh katakan simptom kali ni agak kurang dari dulu. Alhamdulillah. Cuma satu perkara aje mama harap tak berlaku iaitu hilang deria rasa dan bau. Korang doakan ye.. 

Ok. Tu je la nak cerita kalini. Kalau dah ok sket nanti mama muncul semula.. Tata..


22 comments:

  1. اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

    ReplyDelete
  2. Allahu....demam PRU la kiranya ni yer.. semoga cepat sembuh key, have a good rest..ada kawan opis kena 2nd time baru ni pun simtomnya..sakit kepala & sakit2 badan..lain plak dr yg 1st tu kan...

    ReplyDelete
  3. Allahu...semoga cepat sembuh..eh simptom macam akak kena la..akak dah seminggu dah ni..tapi bila check negative...ni badan lemau dan asyik cirit birit, selera memang out la...hari- hari check negative je...apesal erk....

    ReplyDelete
  4. allahu semoga cepat sembuh kak adda. banyakkan rest ye

    ReplyDelete
  5. Tak sangka boleh dua kali kena c19
    Semoga cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh mama.... sama la bebudak ni dah sminggu on off demamnya. Panas dalam..Mata bertaik aje la

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh ye Mama. Saya dulu macam tu lah, suhu tak tinggi, tapi tekak perit

    ReplyDelete
  8. risau kan kak skrg ni kalau rasa badan lain macam terus buat swab kan... apa pun moga akak cepat sihat ya

    ReplyDelete
  9. Allahu.. semoga cepat sembuh ya Adda. Banyakkan rehat..

    ReplyDelete
  10. Emm... Samalah saya.. Sebelum ke Sarawak tu hari kena covid buat kali kedua..

    ReplyDelete
  11. Semoga diberi kesembuhan buat Mamapp

    ReplyDelete
  12. semoga cpt sembuh. syu pon tgh kena covid jgk skang. hari ke4 ni bru rasa ok sikit

    ReplyDelete
  13. kes tengah naik setiap hari, nasib ada pengalaman sebelum ni just amalkan balik tau Mama, Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  14. covid masih ada dan kita tak boleh leka. syakillah...

    ReplyDelete
  15. Semoga diberi kesembuhan mama.. Aamiin!

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas doa.. alhamdulillah mama dah ok insya allah

    ReplyDelete
  17. Ammi pun tengah sakit-sakit tekak, sampai ke telinga ni. perit betul waima nak telan air liur sekalipun. Risau je nak check

    ReplyDelete

Words of wisdom