Bila Terlalu Banyak Kerja Sampai Kepala Naik Mereng - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, August 4, 2022

Bila Terlalu Banyak Kerja Sampai Kepala Naik Mereng

Bila Terlalu Banyak Kerja Sampai Kepala Naik Mereng. Alkisah, mama nak cerita peristiwa yang berlaku hari Jumaat lepas.. Selalunya mama ni adalah seorang yang mampu menahan stress dan mampu buat kerja super multitasking. Tapi perkara yang mama nak cerita ni berlaku pertama kali ke atas diri mama. Mereng kepala mama 3 hari 3 malam haha..

Baca juga:



Seperti yang mama pernah luahkan kat sini. Mama tersangat busy sejak June, dan kebizian tu menjalar ke Julai dan akhirnya menyinggah di Ogos. Sebabnya adalah mama in charge of satu certification dan sejak June sampailah last week, bermacam-macam masalah yang tak pernah mama hadapi berlaku. Setiap perkara menjadi masalah pada setiap proses sampai mama almost give up tapi alhamdulillah 29/7 haritu akhirnya berjaya juga. Minggu ni mama sedang buat selection walaupun device yang mama guna pula ada masalah. See, setiap proses ada je masalahnya.. 

Pada masa yang sama, co mama ada restructure dan CEO baru bagi mama pelbagai task sebagai case study dan membuat flow kerja baru bagi dept lain. Disebabkan mama kena ada kat site utk fokus certification maka mama tak duduk di office. So, mama tak berapa cukup masa nak study. Mujur gak CEO bagi sorang untuk tolong mama.

Selain dari semua ni, pelbagai kerja tertunggak juga banyak seperti audit, ubah prosedur etc. Semuanya berlaku pada masa yang sama mana tak mama jadi mereng.

Jumaat tu pula ada masalah yang diutarakan oleh sub con yang mama kena setelkan pagi tu juga. Pada waktu yang sama mama tgh analyze data utk certification tu juga.

Personal matters pun byk juga yang sedang mama kena plan untuk setelkan, keluarga, pusaka, rumah etc.. panjang list mama tau. semuanya kalau boleh nak mama setelkan tapi apakan daya seorang mama ni ada masa 24 jam saja sehari.


Akhirnya kesemua tu beri kesan kepada diri mama.. Pada hari Jumaat lepas tu...

Mama mula cakap meraban. Contohnya Mama mati mati ingatkan report yg diminta dari satu dept tu takde, tapi rupanya kawan yang bantu mama tu kata dia belum tanya pun lagi pada dept tersebut. Tapi mama betul2 ingat dia ada cakap report tu takde. 

Selain tu, mama jawab soalan kengkawan lain dengan jawapan yang meraban dan out of topic mcm org gila je.Orang tanya lain jawab lain. Sampaikan ada officemate mama yang slow2 datang kat mama dan tanya kenapa dgn mama, mama ada masalah ke.. dia sendiri tak penah nampak mama macam ni..

Badan ter rasa melayang-layang. agaknya sebab mama ke sana kesini terkejar-kejar. Risau mama sebab rasa badan melayang selama 3 hari. Ingatkan darah naik, manatau stress.. Mama check blood pressure 100/78. Bahagian atas tu mcm rendah kan. Ingatkan tinggi, rupanya rendah pula..

Last sekali sabtu lepas mama boleh pula jatuh tersungkur kat tangga rumah. Masa tu mama baru lepas shopping, tengah bawa banyak barang tetiba kaki mama mcm tersadung tangga. Macam otak tak function sekejap, tak suruh kaki tu angkat tinggi sikit. Memang badan terasa melayang tapi mama sentiasa hati-hati bila nak melangkah. Benda nak jadi, apakan daya..


Hmm.. risau mama jadinya sebab mama tak pernah mereng macam ni. alhamdulillah hari isnin minggu ni badan dah tak melayang dan mama dah stabil semula. Task yang boss mama tu berjaya disiapkan kecuali satu in progress.. certification almost dapat dah.. kerja2 tertangguh tu slow2 mama cuba setel.Lepas ni baru boleh tengok personal matters pula.

Mama rasa mama jadi macam ni sebab enjin mama terlalu laju. Guna enjin berlebihan kot.. Badan pun tak dapat cater.. Semoga urusan mama bulan ni berjaya dan dipermudahkan amin.. Simpan sini sebagai kenangan otak mereng mama.. 

 

15 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan opis mama. Jangan stress2x yea :)

    ReplyDelete
  2. aduh kak, lain kali kalau tak boleh buat minta tolong kawan kak, jangan bebankan semua pada diri akak. Bahaya tau kalau jadi lagi, lepas ni rilex dan rehatkan diri kak jangan stress macamtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalahnya dana. yg mana boleh delegate keje, akak dah bagi tapi yg kat atas ni akak korang aje buat huhu..

      Delete
  3. syida pun haritu pi klinik nurse check darah naik.. mmg ada stress jugak . smga dipermudahkan mama

    ReplyDelete
  4. Allahu... semoga dipermudahkan semua urusan. Have some rest juga, kesihatan diri perlu dijaga juga. Semoa Allah kurniakan kesihatan yg baik dan berpanjangan hendaknya..

    ReplyDelete
  5. Allahu. Hati-hati mama. Takut burnt out. Kalau penat sangat kita pun akan confuse, nampak dan dengar bukan-bukan

    ReplyDelete
  6. Mama jgn workaholic ye. Take some rest,ok?

    ReplyDelete
  7. Kagum Adda boleh buat macam-macam. Kalau saya tertekan dah awal-awal.

    ReplyDelete
  8. alamak mama.. saya baca pon dapat rasa kepenatannya.. semoga dipermudahkan urusan mama

    ReplyDelete
  9. Kita pun pernah juga sesekali jadi camni. Jem sekejap kepala ni.. penat fikir dan penat badan

    ReplyDelete
  10. Ya Rabbi, moga Mama terus sihat ye... Semoga dipermudahkan urusan mama.. Saya pun terlalu busy bulan 7 haritu.... Peninggg... stay up sampai lewat malam.. huhu

    ReplyDelete
  11. Mama kena jaga diri. Bila rasa tak boleh cope, bincang dengan boss untuk extend deadline atau bagi mama cuti rehat sehari dua supaya otak segar balik. Semoga semua urusan mama dipermudahkan.

    ReplyDelete
  12. jangan terlalu capek mama ya. istirahat yang cukup

    ReplyDelete
  13. jaga diri ok.. jangan kerja sampai hilang diri sendiri..

    ReplyDelete

Words of wisdom