Balaslah Kebaikan Dengan Kebaikan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, May 27, 2022

Balaslah Kebaikan Dengan Kebaikan

Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Alhamdulillah mama dikelilingi oleh ramai rakan-rakan jiran-jiran, hatta blogger2 yang baik. Setiap kebaikan itu semoga Allah saja yang membalasnya. Balaslah Kebaikan Dengan Kebaikan.

Baca ni:


Balaslah Kebaikan Dengan Kebaikan

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَلْيُكَافِئْ بِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَلْيَذْكُرْهُ فَمَنْ ذَكَرَهُ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ تَشَبَّعَ بِمَا لَمْ يَنَلْ فَهُوَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ

Daripada Aisyah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mendapatkan kebaikan maka balaslah dengan kebaikan yang serupa, dan barangsiapa yang tidak mampu maka sebutlah (semacam terima kasih) kebaikan tersebut. Barangsiapa yang menyebutnya (mengucapkannya) sungguh ia telah bersyukur dan barangsiapa yang membangga-banggakan diri dengan (menggunakan) sesuatu yang ia tidak berikan maka ia seperti orang yang memakai pakaian keburukan." (HR Ahmad No: 23452) Status : Sahih dalam al-Adab al-Mufrad (215)


Kesimpulan Hadith:

gambar hiasan


1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal.

2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur.

3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan

Moga Allah memperbaiki akhlak kita. Jazakallahu khairan pada yang membaca dan berkongsi.



Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 

13 comments:

  1. Salam Jumaat, mamapipie 😊 Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus. Betul tu. Balaslah kebaikan dengan kebaikan.

    ReplyDelete
  3. Betul. Selalu alami lagi-lagi bulan puasa. Saling berbalas juadah dengan jiran.

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua.. sama-sama kita remind diri kita

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Jazakallahu khairan.

    ReplyDelete
  6. Betul...kebaikkan di balas dengan kebaikkan...

    ReplyDelete
  7. semoga Allah membalasmu dengan kebaikan

    ReplyDelete
  8. yang aku ketahui, jika kita tidak menyakiti orang lain, maka santet pun tidak akan mempan pada diri kita diiringi iman dan keceriaan..

    ReplyDelete

Words of wisdom