Zero To Million Richworks - Year 2021 Journey - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, January 18, 2022

Zero To Million Richworks - Year 2021 Journey

Zero To Million Richworks - Year 2021 Journey. Sesungguhnya tahun 2021 adalah tahun yang serba sukar bagi semua orang. Dengan keadaan pandemik yang menular, diikuti dengan kejatuhan ekonomi dan dituruti pula dengan bencana alam yang menimpa seperti bencana banjir di akhir tahun 2021 tentu sekali memberikan keadaan yang amat sukar kepada semua terutama kepada para peniaga Dan usahawan.


Namun begitu, tidak semua peniaga dan usahawa yang terus berserah nasib dengan keadaan ini. Tedapat 605,000 usahawan yang berjaya bangkit semula pada tahun 2021 dengan bantuan RichWorks. Syukur masih ada sinar bagi mereka. Mama tumpang gembira kerana kebangkitan mereka ini tentu sekali akan membantu meningkatkan ekonomi dan menguatkan negara kita Malaysia.



Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula



Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

RichWorks memahami kesukaran yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan. Lebih -lrbih lagi apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.


Betapa hebat dugaan ini sehingga mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.



Program RichWorks Secara Percuma



Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Betapa komitednya Dr. Azizan yang masih lagi mementingkan bantuan kepada orang lain walaupun dirinya sendiri sedang dalam ujian besar.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

 

Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) Mendapat Pengiktirafan Kerajaan

Salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Program CSR Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. pihak RichWorks tidak ketinggalan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.


Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.


Sumbangan 762 Ekor Kambing Dan 84 Ekor Unta Untuk Ibadah Korban

Pada tahun 2021 RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

 

RickWorks Terus Berjaya Bersama Usahawan Bimbingannya


Alhamdulillah pada tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama setahun

 



Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.


Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Video Kisah Journey Richworks di Tahun 2021

Kisah journey Richworks di Tahun 2021 boleh disaksikan dalam video ni. Jom tonton sama-sama.



Latar Belakang RichWorks

Siapa itu RichWorks? RichWorks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Sungguh berwarna warni program RichWorks di tahun 2021. Terlalu banyak sumbangan positif yang berjaya dibuat. Sesungguhnya RichWorks sangat komited dan segala program yang dibuat bukan calang-calangnya. Mama doakan semoga RichWorks bertambah maju di tahun 2022 ini. Semoga segala program akan terlaksana dengan jayanya dan dan dapat membimbing lebih ramai usahawan berjaya di tahun 2022 ini.



21 comments:

  1. Zero to Million syabas kepada richwork untuk pencapaian tahun 2021... tahun yang penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran... tapi semua harus bangkit menaikkan taraf kehidupan harian moga terus maju tahun ini 2022...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bonde, banyak cabarannya tahun 2021 ni tapi ramai juga yg bangkit dari kesusahan dgn bantuan richworks

      Delete
  2. alhamdulillah..bagus usaha Richworks yang berterusan bantu usahawan2 kita. Moga semua usahawan terus melangkah maju dan naikkan semula ekonomi negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fieza. usaha yg sgt baik utk bantu org lain

      Delete
  3. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. kerana usahawan tu penjana ekonomi negara

      Delete
  4. buka mata semua utk berusaha berniaga.
    beri semangat yg baru dan agar ekonomi negara pun pulih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aisa. ekonomi skrg meudum akibat covid kan

      Delete
  5. Alhamdullilah.. tahniah RichWorks..

    ReplyDelete
  6. Tahniah RichWorks atas usaha dan sumbangan yang diberi kepada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  8. Tahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan

    ReplyDelete
  9. bagus kan usaha Richworks ni, sama-sama naik dan sama-sama membantu yang memerlukan

    ReplyDelete
  10. tahniah Richworks..bantu ramai usahawan..:)

    ReplyDelete
  11. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah semoga usaha murni richworkd untuk membantu lebih banyak lagi usahawan di luar sana

    ReplyDelete
  13. Hi there

    Very nice post and blog, keep sharing the best content with us, hope to read more interesting articles like this one around here

    take care and regards

    Your follower

    Salvatore

    ReplyDelete

Words of wisdom